Friday, December 31, 2010
Selamat tahun baru. Saja wish awal satu jam, 13 minit, 10 saat.
Wednesday, December 29, 2010
Jap2.
Tuesday, December 14, 2010
59 - Facebook
Liza menanti dengan sabar. Broadband ni memang bermasalah. Signal kejap ada, kejap takde. Tapi nak buat macamana, dia terpaksa juga. Dan setelah log in account facebook nya, segera dia mencari profile lelaki itu, Amsyar Khalis. Tapi tak dijumpa. Peliknya, friends dia baru sahaja mencapai 20 orang.
Dia mencari profile itu buat kali kedua. Ni bukan, yang ni pun bukan. Hmm. Mana ni. Hampa. Eish. Takkan dia dah delete facebook aku kot. Okay, last time aku cari. Sambil matanya meneliti setiap friendsnya, dia terlihat satu profile bernama,
Indigo.
Jangan2.. Dan tekaanya tepat sekali. Indigo itu adalah Amsyar Khalis. Ah, apa yang lelaki ini sedang buat. Walau pun hatinya kurang senang, tapi di dasar hatinya, dia tersenyum sendiri. Kenapa? Entah. Cuma terasa bahagia.
58 - Minta bantuan
Terdengar pintu dibuka orang. Lamunan Liza terhenti. Roomatenya baru sahaja pulang, dengan berpakaian senaman. Tekanya baru pulang beriadah. Roomatenye boleh tahan aktif dalam bola jaring. Top scorer kolej kediamannya. Orangnya pun boleh tahan, tapi sayang, masih belum berpunya. Jual mahal.
Dengan tidak semena-mena Liza tersenyum melihat rakannya. Dia mendapat satu idea! Tapi kawannya pula terkejut melihat reaksi Liza. Baru tadi nampak macam muram, tapi sekarang senyum sampai ke telinga. Kadang-kadang seram juga sebilik dengan Liza, macam ada masalah mental.
Jangan bunuh aku! Aku belum kahwin lagi.
Liza mengangkat kening mendengar percakapan roomatena. Sedikit tidak faham. Rakannya segera menyambung.
Tadi muram, pastu senyum. Sekarang buat-buat tak faham. Eii memang mental-lah kau seorang ni.
Liza mengecilkan anak mata. Geram. Sempat lagi dia disindir. Tapi Liza buat-buat tenang, sebab dia nak minta pertolongan sahabatnya.
Em wei, minta tolong sikit boleh?
Ha tolong apa? Duit sorry lah ea. Aku nak beli beg tangan idaman tuuu.
Tak. Pinjam laptop. Dengan broadband sekali. Pleaseeeeeeeeee
Liza merayu
Eh bukan assignment tu dah lama siap ke? Ke ada assignment baru?
Tak, bukan assignment. Adalah.
Baik kau cakap. Kalau tak, aku tak kasi.
Alah facebook je.
Dan setelah beberapa minit 'bertengkar', rakannya mengalah. Ahhh lantak kau lah Liza, malas aku nak layan.
57 - Tanpa bicara
Liza berulang kali meminta maaf atas kecuainnya tadi. Tapi lelaki itu hanya tersenyum, tidak berkata apa-apa. Dalam hati Liza, geram mula bertapak. Heish mamat ni, aku punya lah gelabah, dia boleh bantai pulak senyum? Sakit ke tidak ni? Tengok cam melecur je.
Setelah kira-kira 2 minit lelaki itu mengelap tangannya dengan tisu, Liza sedikit tersentak dengan perlakuan lelaki itu. Amsyar terus pergi dari tempat kejadian, tanpa mengucapkan sepatah perkataan, hanya senyuman yang terukir. Liza bingung.
Agak lama juga Liza terpaku melihat lelaki itu pergi. Dan baru disedari mata para pelajar lain masih tertumpu di atas dirinya. Sambil buat-buat tak bersalah, Liza meminta abang cafe itu membungkus baki milonya dan juga lunchnya. Seleranya untuk menjamu selera di cafe terbantut. Biarlah makan di bilik sahaja.
Sesampai di bilik, Liza tidak terus menjamah makanannya. Dia baring di atas katilnya sambil memandang kipas siling berputar. Dalam fikiranya masih lagi persoalan yang sama.
Ok ke tak mamat tu?
Dan tanpa sesiapa mengetahui, Liza seakan geram dengan tindakan lelaki itu. Berlalu tanpa bicara.
56 - Insiden di cafe
Liza berjalan seorang diri ke cafe. Sudah lumrah hari khamis, kelas pack. Dan bermakna Liza lunch seorang diri lagi lah. Liza malas hendak bungkus dan bawa ke bilik, leceh hendak menjamah di bilik. Sudah lah haritu air milo tertumpah di atas katil. Trauma trauma.
Dan ini bukannya cerita di mana Liza duduk dan lelaki itu datang mengorat Liza. No no no...
Liza memesan milo panas. Sambil menanti abang cafe itu membancuh, Liza memerhati sekeliling, mencari kelibat manusia yang dia kenal. Boleh juga buat teman berborak sambil makan. Tapi hampa, semuanya dia tidak kenal. Seorang lagilah harini..
Dik
Liza masih lagi memerhati televisyen 16 inch yang tergantung. Siaran pun tak best. Ah bosan2!
Dik oo dik
Liza menoleh ke belakang. Mengharapkan pelajar yang baru datang ke cafe itu salah seorang rakannya. Sekali lagi Liza hampa.
Dik, air dah siap ni. Nak ke taknak?
Liza tersedar dari lamunan. Dengan tersipu dia mengambil cawan milo panas itu. Dia segera berpusing hendak 'lari' dari abang cafe itu.
Aaaaaaahhhhh!
Liza sedikit terkejut. Separuh cawannya penuh dan separuh lagi kosong. Dan separuh yang kosong itu tertumpah di atas lengan seseorang. Lelaki itu mengelap lengannya dengan tisu. Mukanye berkerut menahan panas. Hampir setiap pasang anak mata memerhatikan dua insan itu.
Liza tergamam.
Awak?
Lelaki itu memandang Liza.
Awak?
Entah kenapa, tapi rasa air milo panas di lengannya seakan hilang. Dan lelaki itu hanya tersenyum terlihat muka Liza yang sedang ke-cuak-kan.
55 - Bila Facebook bersuara
Ni gara2 ada orang promote buku bila ym berbicara. Tapi aku tak bace pun. Tak pepasal jadi bila facebook bersuara.
Dan tanpa meminta persetujuan sesiapa, Liza memutuskan untuk membalas IM lelaki bernama Amsyar itu. Tak salahkan...
Hai. Tak tidur lagi?
Hai. Belum.
Kenapa ungu?
Maksud awak?
Kenapa letak nama ungu. Hasliza kan sedap.
Awak ni siapa ye?
Tak kenal saya?
Amsyar Khalis?
Yep. That's me all right.
Tapi siapa awak?
Lelaki berbaju hitam yang membantu seorang pelajar baru sesat di sini masa hari pertama. Does it rings a bell?
Oh awak ke
You really have a short term memory.
Hello mr. First, I don't know you. Second, I don't give you my email okay.
Erk okay2. Sorry. Didn't want to anger you princess
Princess? Saya ungu, bukan puteri.
So I'll be Indigo then :p
Eh kenapa pula?
Tahu tak apakah rahmat selepas hujan?
Tidur yang nyenyak?
Salah. Pelangi.
So?
So tak ingat warna2 pelangi?
Sorry mr, as you've said before, short term memory.
Michael Jackson Kene Halau Balik India Utara.
What's your point?
Merah Jingga Kuning Hijau Biru Indigo Ungu
Dan?
Dan saya akan jadi Indigo, sebelah je kan dengan Ungu
Dan sebelum Liza sempat membalas, roomatenye sudah tercegat pintu bilik. Liza segera logout dan menekan pangkah di hujung atas kanan. Liza buat tidak endah. Dan meski pun jarum jam sudah menunjukkan hampir jam 3 pagi, Liza masih tidak dapat tidur.
Perh mamat ni. Dah sawan ke mereng?
54 - Pagi yang suram
Liza menarik nafas beberapa kali. Kepalanya sedikit pening. Memikirkan dari mana lelaki bernama Amsyar itu mendapat profilenya. Dan adakah itu Amsyar yang dia kenal atau hanya kembar pada nama.
Setelah membuat perkiraan yang sememangnya lebih payah dari formula E = mc2, Liza menekan butang approve. Em tak salahkan approve... Bukan ada apa pun, approve je pun. Nak kenal2 je.. Nak tau betulke orang yang sama.. Hmm..
Dan Liza menekan butang home. Membaca status rakannya. Sambil melihat video the angry birds. Kelakar. Kan best kalau dapat lepaskan segala rasa di hati. Tidak perlu pendam2. Lebih senang menghadapi dunia ni.
Sedang asyik tergelak melihat karenah burung2 itu, satu window chat muncul. Ahh siapa pula nak kacau ni. Dan Liza segera menekan butang pause dan ingin membalas. Tapi untuk beberapa ketika, Liza teragak-agak. Sangkanya classmate tapi rupanya Amsyar.
Ah sudah. Nak reply ke xnk...
53 - Seventh friend.
Seminggu berlalu.
Liza mengerling jam di dinding bilik. 2 pagi. Mulutnya menguap. Mengantuk. Liza mencampakkan buku di kepala katil. Dan dia terlihat rakannya masih lagi menghadap laptop. Eish minah ni, drug addict pun tak addicted macam ni.
Wei aku rasa baek ko kawen je ngan laptop kau tu. 24 jam menghadap. Tengok macam nak telan dah.
Alah, aku tengah main game kat facebook ni lah.
Dan ketika itu baru Liza teringat dia ada account facebook. Dah empat hari tak buka. Pada mulanya dia ingat best lah sangat muka buku ni. Tapi kosong je. Friends baru je enam. Roomate, dan rakan sekelas. Semuanya perempuan. Tak hingin dia add lelaki.
Dan tiba-tiba rakannya mengaduh. Sakit perut. Dan rakannya berlalu ke tandas dengan keadaan tergesa2. Sempat pula Liza meminta kebenaran rakannya untuk check facebooknya. Dan dia membuka profilenya. Kosong.
Dia terlihat ada satu nombor kecil merah di atas kiri. Eh? 1 new friend request. Dia segera menekan ikon itu. Dan sedikit terkejut.
Amsyar Khalis.
Omaigod. Takkan mamat tu? Mana dia tahu profile aku? Nak approve ke reject? Ahhh!!!
52 - Buta IT
Hari berganti hari. Bulan september sudah menjengah. Antara khayal dan realiti, hampir empat bulan juga Liza di alam baru. Macam-macam sudah Liza pelajari.
Liza memandang laptop skrin kawannya. Dirinya agak terasing dengan dunia IT. Bukan apa, sejak kecil dia tidak biasa dengan komputer. Dia lebih suka menulis dengan tangan, lebih selesa. Dulu pernah juga dia menulis diari tapi apabila rakannya di sekolah terbaca, dia membatalkan niat untuk menulis diari lagi. Segan seyh!
Dia memerhati header laman web tu.
Facebook.
Em muka buku? Sejak bila pula muka ada buku. Buku ada muka aku tahulah.
Dan kawannya menyergah dia dari belakang. Liza terloncat. Segera menampar kawan. Ditepis. Kawannya bertanyakan kenapa Liza macam pelik tengok laptop. Dan Liza menceritakan tentang kekuranganya dalam bidang IT. Facebook pun tak pernah didengari. Kawannya menepuk dahi beberapa kali. Dengan muka tidak bersalah, dia memerli
Ko tahu? Budak darjah satu sekarang pun ada facebook.
Liza mengangkat kening. Hajat di hati hendak menerajang tapi masih perlu dikontrol ayu. Abang roomatenye boleh tahan hensem, mana lah tahu jadi bakal kakak ipar pula kan.. Dan malam itu, Liza hanyut dalam dunia maya. Membuka account facebook dengan bantuan kawannya. Sewaktu dipinta oleh rakannya username, Liza terdiam seketika. Hmm tak pernah pula aku pakai nama samaran ni. Liza mencadangkan letak nama penuh. Tapi rakannya segera menegah. Bahaya lah, nanti identiti dicuri, itulah, inilah...
Liza mengalah. Setelah hampir 10 minit berhempas pulas memikirkannya, rakannya sudah fed-up. Semua nama tidak kena.
Kau minat colour apa?
Em. Ungu. Kenapa?
Ha. Taruk nama ungu je senang.
Dan sebelum Liza sempat memprotes, account nya telah siap diaktifkan. Dan dia baru ada satu friend.
Monday, December 13, 2010
Kenapa sukar untuk dapatkan followers?
Siapa kata blogging tidak boleh buat duit? Anda silap. Bukti terdekat, nuffnang atau juga dikenali sebagai tabung kahwin. Tapi kenapa sukar nak naikkan trafik blog?
1. Anda tak promote blog anda. Untuk mendapatkan trafik yang tinggi, anda haruslah rajin melawat blog rakan anda, dan kemudian blog rakan mereka dan seterusnya. Amat elok sekiranya anda set goal anda kepada 1000 blog sehari dan anda WAJIB meninggalkan ayat di bawah dalam bentuk komen atau sekadar di chatbox.
I follow you now follow me back or I'll send a Trojan! Peace!
2. Anda tak cukup cantik. Ops! Cantik? Kenapa bukan tak cukup hensem? Face it dudes, muka korang, hensem macamana pun, market value low. Sebab muka lelaki ni dah memang sedia natural, tak perlu tambah apa-apa. Fesyen rambut pun berapa jenis je ada. Dan gadis especially warganegara Malaysia, tidak berminat dengan wajah asia tenggara korang. Lainlah korea, jepun, hindustan, bangla, lombok....
3. Jarang update. Eleh, setakat nak post pastu senyap dua bulan pastu post, 'huk3 dah berhabuk dah blog', lupakan saja niat anda nak buat tabung kahwin tu. Follower takkan berminat nak tahu blog korang dah berhabuk ke, dah ada sarang labah2 ke..
4. Content content! Pengisian blog korang juga amatlah penting. Setakat post pasal lirik lagu, aku cadangkan korang buat liriklagu.blogspot.com. Dan kalau setakat nak tulis ayat sepatah dua, amatlah tak disyorkan. Tapi amatlah pelik apabila blog kehidupan harian seorang gadis comel mempunyai ramai follower-sss berbanding dengan blog yang meng-promote agama.
5. Layout blog. Ada sesetengah layout yang gila BLING BLING menyebabkan visitor baru sakit mata dan terus menekan pangkah di hujung kanan atas. Dan ada juga fungsi disable double click yang amat, amat annoying. Tak lupa dengan lagu yang tidak dapat jumpa butang stop. C'mon people, nak panggil eric gak ke?
6. Dan yang terakhir. Memang harapan-lah kalau korang nak tengok follower korang bertambah kalau kotak follower tu korang buang samada secara sengaja atau tak sengaja. Macamana follower baru nak ikut? Omaigod..
Okeh. Selamat mem-praktis :)
51 - Angau?
Liza merenung luar, memandang kepekatan malam. Malam minggu, hostel agak lengang. Ramai juga rakannya balik ke rumah. Maklumlah rumah dekat, lebih best tidur di rumah. Katil berganda lebih empuk, ada tv, internet.. Macam2.
Rumah Liza agak jauh dari universiti. Hendak naik bas, boleh tetapi cukup malas. Perjalanan sahaja mengambil hampir 5 jam. Ditambah assignment yang banyak, sudah tentu tidak akan buat di rumah. Jadi Liza memutuskan untuk tinggal sahaja di hostel. Terdengar pintu biliknya dibuka. Liza menoleh. Roomatenya baru balik dari berjumpa boyfriend agaknya.
Roomate itu menggeleng kepala melihat Liza melayan perasaan. Sejak tiga bulan lalu, mereka berdua sahaja penghuni tetap bilik itu. Dan mereka menjadi rapat antara satu sama lain, walau pun baru sahaja berkenalan. Tapi dia tidak tahu kenapa Liza lebih suka menyendiri, kerap memandang bulan. Seperti pungguk rindukan bulan. Sudah mereng agaknya kawan aku seorang ni..
Hei Liza. Teringat siapa tu...
Liza senyum hambar. Jenaka rakanya itu tidak dibalas. Dia terus melayan perasaan. Tapi rakannya masih lagi tidak berputus asa. Serahsia mana pun sesuatu, pasti ada cara nak cungkil. Dan dia nekad hendak tahu apa sudah kena dengan rakannya seorang ni.
Takkan teringat abang pendaftaran tu kot.
Liza mengerling ke arah kawannya. Dari dulu sampai sekarang, tak habis-habis dengan abang tu. Takde modal lain dah ke.
Tolong sikit yeh. Aku ni tak minat lah type macam dia tu. Lagi pun nama dia pun aku tak tahu.
C'mon dear. Hensem apa.
Hensem? Ko ambil lah ye. Tak hingin aku.
By the way, nama dia Amsyar. Aku tengok gambar dia kat hall tadi. Ajk JPKK.
JP what?
Jawatankuasa Perwakilan Pelajar.
Ohh..
Dan rakannya itu mencapai tuala dan berlalu keluar dari bilik. Hmm Amsyar.. Sedap nama tu. Semanis orangnya. Ahh apa aku fikir ni! Okay2 math. So soalan mana yang lecturer ajar tadi.......
50 - Lelaki gila
Liza sendirian di cafe. Rakanya telah pun pulang ke bilik masing2. Tengahari itu Liza terasa begitu lapar, tetapi tiada rakan mahu menemannya makan. Dasar kawan, bila susah, susah benar minta tolong. Tapi Liza faham, masing2 terlalu penat setelah 8 jam kelas berturut tanpa henti. Sudahlah subjek memeningkan kepala.
Liza menatap nasi goreng di hadapan. Tiada selera untuk menjamah tapi perut sudah pun membuat irama. Perlahan Liza menyuapkan nasi. Terpaksa. Nanti perut kosong berangin lagi payah. Tapi alangkah lebih enak kalau siaran di tv diubah. Asyik-asyik bola, replay pula tu. Tak faham betul dengan kaum adam ni. Live nak tengok, replay pun nak gak.
Liza menoleh ke kaunter. Dilihatnya beberapa lelaki sedang membayar makanan. Dia memperhatikan seorang lelaki berbaju hitam, berseluar slack. Dan tanpa disedari, ada seorang lelaki di belakang Liza.
Ehem pakwe ke?
Liza tersedak. Dengan segera dia meneguk air. Liza masih lagi tersedak.
Ops sorry. Err awak okay?
Liza menoleh ke belakang.
Hei awak ni. Ustazah tak pernah ajar bagi salam ke.
Lelaki itu hanya tersenyum. Dan tanpa diminta, dia duduk di hadapan Liza. Membuka bungkusan makanan, dan mula makan tanpa bicara. Liza terkedu. Perh, biar betul mamat ni. Takkan nak lunch skali dengan aku kot. Ni tak boleh jadi ni.
Siapa bagi awak duduk dekat sini? Meja lain banyak lagi.
Cik Hasliza, sukahati saya lah nak duduk kat mana. Nak cari ketenangan kan.
Liza mengecilkan anak mata. Geram. Menyindir pula lelaki itu. Tapi dalam hati Liza, gembira. Sebab ada juga yang sudi menemani dia makan tengahari biar pun waktu itu sudah pun masuk waktu Asar. Dan mereka makan bersama, lebih banyak diam dari bicara. Kerana Liza ternyata tidak melayan lelaki itu yang kerap bertanyakan soalan.
There's something about him, really. Berani tapi gila. Tapi aku tak berminat nak tahu pasal dia.
tegas hati Liza
49 - Pertemuan tak disangka
Hai. Ingat saya lagi?
Liza hampir2 jatuh terduduk. Terkejut. Makhluk mana pula tak reti bagi salam ni!
Eh maaf. Saya tak maksud nak takutkan awak.
Eh tak tak. Takde apa.
Betul ke ni?
Ya. Err awak. Yang hari pendaftaran tu kan?
Yep. Ingat dah lupa dah. So kenapa seorang je kat sini?
Err? Sukahati saya lah.
Bukan. Maksud saya, kenapa taknak join mereka di kat sana.
Saya suka bersendiri.
Problem?
Hei, you are a pessimistic person. Tak semua manusia yang suka menyendiri mesti bermasalah.
I'm just asking..
Sorry, tak bermaksud nak marah awak.
It's okay. So can I join you?
Dalam hati Liza berdebar. Ah berdua? Never.
Sorry but saya ada too much assignment. Maybe next time.
Dan Liza bergegas pergi. Hendak segera pergi jauh sebelum dia membenarkan hatinya terusik. Biarkan lelaki itu menganggapnya sombong, dia tidak kisah. Dia cuma tidak mahu memberi lagi hatinya kepada orang lain untuk dijaga. Dia boleh hidup sendiri. Dia tidak perlukan sesiapa.
Dan lelaki itu hanya tersenyum melihat karenah Liza. Takutkah gadis itu dengan aku? Atau hanya sekadar jual mahal. Atau mungkin sudah berpunya dan takut untuk mendekati lelaki lain. Hmm next time aku akan tanya..
48 - Pemulaan
Tiga bulan berlalu. Tempoh yang dirasakan terlalu singkat. Dan selama tiga bulan Liza cuba menyesuaikan diri dengan kehidupan di uni. Lemas. Assignment melimpah2. Itu belum dikira lecturer yang mengajar syok sendiri. Ergh!
Petang itu, Liza sudah tidak tahan melihat kerja yang sebegitu rupa. Dia melihat ke luar tingkap. Suasana nyaman, awan yang mendung. Kelihatan di padang ada semacam satu pesta. Hatinya tertarik. Eh, pesta jom heboh kah? Dan Liza terus menyarung tudung dan bergegas menuju ke padang. Rupanya perlawanan bola antara blok kediaman.
Liza menyandarkan badan di sepohon kayu, jauh dari orang ramai. Hajat di hati hanya mahu bersendirian, menghilangkan pening di kepala sambil menonton perlawanan itu. Player2 di padang itu cukup lincah, menggelecek dan menanduk. Tapi keputusan masih terikat 1-1.
Masa kian suntuk. Hanya tinggal beberapa minit sahaja lagi. Dan pemain bernombor 11 membuat hantaran kepada rakannya namun dipintas oleh seorang pemain lawan. Bola itu disepak jauh mencari rakan di sebelah kanan padang. Bola itu ditampan dengan kemas dan digelecek melepasi 2 pemain pertahanan. Striker itu mengacah keeper tapi keeper itu nampak konfiden. Pemain itu menggelecek ke kiri tapi bola itu hilang! Dia telah pass kepada seorang lagi striker yang memecut laju. Striker itu menahan bola di luar kotak penalti dan membuat hayunan. Gol itu sekarang kosong. Hanya jarak beberapa meter sahaja antara tiang gol dan striker itu. Striker itu menyepak bola itu. Bola itu berpusing dan akhirnya terkena palang gol.
Kedengaran riuhan penonton. Ada yang suka, ada yang sedih. Dan Liza tidak ada antara dua emosi itu. Hatinya masih kosong, menanti untuk sesuatu. Dan memandangkan masa permainan telah tamat dan menanti untuk masa tambahan, Liza bingkas bangun, untuk pulang kembali ke dunia realiti.
Sunday, December 12, 2010
47 - Hari Pendaftaran
Somewhere in May.
Liza menapak perlahan melepas ruang foyer. Sesak. Kanan kiri penuh orang. Liza sedikit buntu, hendak pergi ke mana. Liza tercari-cari ruang pendaftaran di celah orang ramai. Hampa.
Hari ini hari pertama Liza menjejakkan kaki di UiTM. Seumur hidup tidak pernah lagi dia datang ke sini. Mujur juga ada second intake, berpeluang juga dia masuk ke alam universiti. Kalau tidak, lebih lama lagilah dia menjadi 'anak dara'. Tapi hari ini juga dia pening, kerana keluarganya sibuk dengan urusan di kampung. Jadi dia terkontang-kanting sendirian di sini. Menguruskan segalanya sendiri.
Dan dia terlihat papan kenyataan yang dikerumuni para pelajar. Dia cuba menjegah sekali tapi apakan daya, dengan ketinggiannya yang tak seberapa, dia tidak mampu untuk melihat apa yang tertulis. Dan Liza berlalu untuk mencuba nasib di hujung foyer. Dan dalam perjalanan dia terlihat seorang lelaki, agak tinggi, berpewatakan kemas sedang memakai baju hitam yang tertulis
Ask me for help!
Dan tanpa mengetahui perkenalannya dengan lelaki itu akan mencorakkan hidupnya di masa datang, dia bertanya-kan tentang proses mendaftar. Dan hari itu berakhir dengan perkenalan antara dua insan, seorang lelaki dan seorang wanita.
46 - Episod pertama
Okay. Sebenarnya malas dah nak sambung cerita Dia bernama tu. Tapi ckynwan minta sambung pula lah kan. Dia kata cerita ni sad ending, tak best. Haha. Alah sekali sekala takpe la kan sad2 ni.
Dan ada pula yang nak nama dia jadi watak. Mula2 nak buat watak jahat tapi memikirkan masa depan yang mungkin akan menjadi gelap gulita, buat watak baik lah ye. Sabo ye.
Dan ni sambungan Dia bernama tu.
-----------------------------------------------------------------------
Kau yang aku pinta
Sekarang bulan april. Result SPM sudah pun diperoleh. Biarpun tidak mendapat straight A's seperti yang diimpikan, namun dia syukur dengan keputusan SPM nya. Biarlah ada cacat satu B3 tapi EST, siapalah yang kisah. Subjek itu pun diwajibkan semasa batchnya dahulu, dan dia masih tidak dapat memberi alasan kenapa sekolahnya mewajibkan subjek itu waktu SPM.
Rakannya sudah ramai masuk ke universiti, ada yang sudah mencari peluang di bumi asing, dengan harapan membawa pulang segulung ijazah, berbakti kepada anak bangsa. Tapi Liza masih terperuk di rumah. Masih lagi menjadi 'anak dara'. Tidak ada rakan mahu keluar ber-shopping, tidak ada rakan untuk ber-chatting. Dan.. tiada teman istimewa. Hidupnya kosong, sunyi.. sepi.
Di hujung anak mata, terlihat posmen memberhentikan motor di depan rumah lalu memasukkan dua pucuk surat dalam letterbox. Liza bingkas bangun dan menuruni anak tangga. Sambil berjalan ke arah pagar, senyumnya terukir. Abang posmen masih lagi di situ.
Ah, dah letak surat tu, blah lah
getus hatinya
Tapi Liza masih waras untuk tidak mencari gaduh. Dia masih lagi sopan, ala-ala gadis melayu terakhir, Diberinya senyuman kepada abang posmen. Dan abang posmen senyum kembali. Liza lantas menyapa abang posmen itu,
Eh abang, kenapa tercegat lagi ni?
Err dik, lawa selipar
Dan Liza melihat ke bawah. Sepasang selipar tapi berbeza. Ya Allah malunye... Liza cuba membuat tidak endah dan mengambil surat. Dalam hatinya hendak segera masuk dan mengunci pintu rumah. Tapi abang posmen itu masih lagi bersuara,
Lain kali jangan control sangat ye dik. Tak jadi kang malu haha
Dan abang posmen itu pergi. Perh kongajo betul! Liza membelek surat dua tiga kali. Dan kali ketiga baru Liza sedar, satu sampul itu dialamatkan kepadanya. Liza sedikit pelik.
Eh, sejak bila pula aku main utus surat ni. Selalu emel je..
Di atas kanan surat itu, tertera satu logo. UiTM. Liza tersenyum seakan terlupa peristiwa memalukan tadi. Surat tawaran lah ni. Lama aku tunggu..
45 - Dia yang bernama..
Liza.
Gadis itu mendiamkan diri. Hatinya remuk. Dia kecewa dengan Im. Sudah Im tidak memahami dirinya, tapi Im menuduhnya penipu? Dan hari ini Liza berjumpa dengan Im pun kerana di-set oleh Bard. Seorang lagi lelaki tak guna!
Liza. Maafkan Im.
Maaf? Untuk apa? Untuk kau pernah hadir dalam hidup aku? Atau untuk pernah buat aku percaya yang kau benar2 cintakan aku? Maaf untuk apa!
Liza, tolong pandang saya.
Ish, tak ingin aku pandang muka kau. Meluat! Kau lebih sayangkan Ima. Walau un dah bermacam aku buat untuk kau, kau tetap lebihkan kenangan kau dengan Ima. Kau tetap tidak benarkan aku untuk memiliki sepenuhnya hati kau.
Liza. Plesae.
Tak guna kau merayu Im. Hati aku dah hilang. Dah jadi batu, besi, titanium! Mustahil kau akan dapat cairkannya lagi. Hati aku bukan untuk lelaki macam kau, bukan untuk sesiapa.
Im.
Ye.
I hate you.
Dan Liza menapak untuk keluar. Im mencapai pergelangan tangan Liza. Liza meronta.
Im, I hate you for the rest of my life.
Dan semakin perlahan genggaman itu hilang kekuatan. Dan Liza menapak semakin jauh. Meninggalkan Im dari pandangan. Dan bayangnya mengikutinya. Dan itulah kali terakhir Im pernah berjumpa dengan dia yang bernama Liza.
- The End -
-------------------------------------------------------------------------------------------------------
Love is an addiction, addicted to a person.
We never know that we're addicted.
But then how about past addiction?
Past is to be remembered to not let it happened for a second time.
But why look in the past, when we have the future waiting for us ahead.
Because
True love is not made, it were meant to be.
Don't let go of it
And hold it real tight
Dedicated to purple
p/s : best x stry sedih2 ni hehe. sry kalau citer xbape best :(
44 - Ini bukan cinta
Im memecut motornya. Meredahi segala bonggol tanpa menekan brek. Dia mahu cepat sampai untuk sampai ke destinasi, cepat untuk mendapatkan jawapan. Kebenaran. Dan dia tahu kebenaran hanya boleh diperolehi dari Ima sendiri.
500 meter lampu isyarat.
Im masih memecut laju motornya. Di hadapan, samar2 kelihatan lampu hijau. Im semakin galak memecut. Selepas simpang empat itu, hanya dua selekoh lagi sebelum sampai ke perumahan Ima.
300 meter.
Lampu bertukar warna kuning. Ahh, sempat lagi. Meter menunjukkan 120 kmph. Jarang benar Im memecut selaju ini.
10 meter.
Lampu bertukar merah. Im masih memecut lagi. Dia tahu masa untuk lampu hijau akan mengambil beberapa saat. Dan Im sempat untuk melintasi simpang empat itu.
Dan tidak semena sebuah kereta kancil bergerak. Im cuba mengelak, sipi. Im terjatuh. Kereta itu brek secara mengejut. Nyaris melanngar Im yang terjatuh di depan. Im bingkas bangun. Memegang motornya. Side mirror patah. Im menaiki motornya dan berlalu pergi. Tuan kereta itu terpinga melihat remaja itu. Gila ke?
5 minit kemudian.
Im sampai ke destinasi. Im menekan loceng. Kelihatan mak Ima membuka pintu. Im cuba tidak menunjukkan apa-apa yang mencurigakan. Im senyum dan bertanya khabar, dan meminta berjumpa dengan Ima. Dan Im masuk ke rumah dan menuju ke bilik yang ketiga.
Ima? Awak ada tak?
Em? Siapa tu?
Im. Takkan tak kenal?
Eh masuklah - terdengar suara bahgia Ima.
Dan Im masuk lalu duduk di bahu katil. Baju nya basah kuyup dengan peluh. Nafasnya tercungap-cungap. Tapi mata Im kelihatan tajam. Dan Ima sedikit takut melihat keadaan Im.
Im, awak ok? Eh Im! Tangan awak berdarah lah!
Im menoleh ke lengannya. Merah. Luka akibat jatuh tadi. Tapi tidak langsung dirasakan sakit.
Ima, saya perlukan satu jawapan.
Im, luka tu. Pergi letak ubat dulu. Ada dekat almari tu.
Ima, saya perlukan satu jawapan.
Dekat laci yang ketiga kiri.
IMA.
Ima senyap.
Malam itu. Malam yang awak telefon Liza, apa awak kata?
Ima sedikit terkejut.
Ima, please. Tolong cerita.
Ima mengeluh.
Im, saya sayangkan awak. Saya xnk kehilangan awak.
Ima, apa yang awak minta Liza buat?
Ima hanya minta Liza untuk faham Ima, faham penderitaan Ima.
Ape Ima minta Liza buat?
Ima.. Ima.. Ima minta dia lepaskan Im.
Tapi kenapa Ima? Ima tahukan kenapa kita putus dahulu. Kenapa perlu buka cerita lama?
Tapi Ima masih sayangkan Im!
Apa lagi Ima minta?
Ima tipu yang Ima hanya ada beberapa hari je lagi untuk hidup. Yang Ima sudah kritikal.
Tipu? - Im sedikit terkejut.
Em Ima sudah beransur pulih. Sebab tu Ima boleh discharge dari ward. Dapatkan treatment dekat rumah je.
Im terpaku. Mati-mati Im ingat Ima akan mati. Rupanya, Ima menipu dia..
Tapi haritu Zati cakap dekat saya awak kritikal.. - nada Im masih tak percaya
Saya yang minta Zati cakap dekat awak macamtu.
Tapi kenapa Ima. Kenapa harus sampai menipu melibatkan nyawa. Kenapa sampai macamni.
Im, saya cintakan awak.
Ini bukan cinta Ima. Bukan cinta yang aku pinta. Bukan yang aku cari. Dan bukan yang aku mahu.
43 - Kau khianat!
Kau khianat!
Ap..
Dush. Satu tumbukan dilepaskan di muka Bard.
Kawan jenis apa kau ni?
Bard terkedu. Im?
Satu tumbukan lagi dilepaskan di perut Bard. Bard terduduk di tanah. Kedengaran Bard mengerang sakit.
Im, kenapa kau ni?
Dan Im memegang kepala Bard dengan tangan kirinya. Dan Im mengangkat genggaman tangan kanannya tinggi-tinggi.
Ini balasan untuk orang yang khianat macam kau!
Dan tatkala Im menghayunkan penumbukanya, kedengaran satu jeritan.
IMMMMMMMMMMMMM! STOPPPPP!
Im menoleh. Liza?
Im, kenapa pukul Bard? Bard tak salah apa pun. Bard hanya cuma bantu saya.
Tolong? Awak tak payah tipu saya lah. Saya dah tahu. Tapi kenapa Bard?
Im, awak tak faham...
FAHAM AWAK KATA? PERNAH KE AWAK CUBA FAHAM PERASAAN SAYA KAT AWAK?
Im..
Ketika itu mata Liza bergenang dengan air mata
PLEASE LAH LIZA. KAU JANGAN INGAT AKU AKAN LEMBUT HATI SEBAB AIR MATA KAU!
Dan Bard bangun. Memegang dua2 bahu Im dan melepaskan satu tendang padu di perut Im. Im jatuh tersungkur di atas tanah. Matanya berpinar. Sakit. Dan Bard bersuara.
Bodoh. Kau tak tahu satu apa pun yang berlaku. Liza ni terpaksa lepaskan kau.
Bard, stop. Tak payah cakap. - pinta Liza
Diam Liza. Mangkuk ni tak tahu hargai pengorbanan kau. Mangkuk ni tak tahu kau terpaksa lepaskan dia. Mangkuk ni tak tahu semua tu sebab Ima ugut kau!
Ima. Ugut? Kesakitan itu seakan hilang. Im memandang ke arah Liza, meminta kepastian. Tapi Bard masih menyambung 'ceramah'nya.
Kau tak tahu kan Im? Malam sebelum korang dua putus, Ima telefon Liza. Kau tak tahu kan? Yang Ima ugut Liza. Ima kata sekiranya Liza tak lepaskan kau untuk dia, dia akan bunuh diri. Mesti kau tak tahu kan?
Dan Im tergelak.
Haha. Semudah tu kau percaya Bard? Mana kau tahu Liza tak mereka cerita untuk dapatkan simpati kau?
Sebab aku tanya Zati, her bestfriend. Dan Zati terkejut sebab Ima pernah cakap cuma Zati ingat Ima main-main.
Dan riak muka Im terus berubah 360 darjah. Im memandang tepat ke mata Liza dan cuba menggerakkan mulutnya untuk bersuara. Tapi, satu patah tidak keluar. Liza mengerti.
Im, maafkan saya sebab tidak beritahu awak semua ni. Saya cuma taknak sesiapa terluka sebab saya. Dan haritu ketika awak bercerita tentang Ima, saya sedar siapalah saya di hati awak berbanding Ima. Maafkan saya.
Dan Liza berlari sambil mengalirkan air mata. Bard memegang bahu Im, dan melepaskan satu lagi tumbukan ke perut Im.
Kau bodoh. Kau yang khianat.
Tapi Im pelik, kenapa Im merasakan sakit di hatinya, bukan di perut...
42 - Truth hurts. Really.
Im terduduk. Kecewa. Im mengepal penumbuk, lalu dilepaskan di atas lantai simen bilik tidurnya. Tak sakit. Sebab hatinya lebih sakit!
Im tidak menyangka sahabat rapatnya akan membuat Im sebegini rupa. Menikamnya dari belakang, mengkhianatinya. Lebih-lebih lagi manusia yang dianggap sahabat sejatinya itu, Bard. Kawan? Ah, kau yang minta Bard, kini kita menjadi lawan.
Siang tadi Im terlihat Liza di pekan. Setengah jam Im mengekori Liza. Sehinggalah ke kedai 7-eleven. Dan kemudian, lelaki itu, lelaki yang pernah Im anggap kawan sejati, duduk berdua dengan Liza. Mesra. Sungguh Im tak sangka! Celaka punya kawan!
Patutlah Liza rela meninggalkannya dulu. Patutlah Bard seperti langsung tidak ambil kisah tentang Liza pindah, sebab sememangnya Bard sudah mengetahui dari awal lagi. Ah nanti kau Bard. Gelora hati Im semakin membuak. Dendam, harus dibalas.
Liza, Ima dan Bard. 3 manusia yang pernah memberi erti dalam hidupnya. Seorang demi seorang meninggalkannya. Im sudah pasrah dengan hidupnya, mungkin sesetengah orang ditakdirkan untuk tidak merasai apa itu bahgia. Hanya untuk merasai derita.
Tapi Im tidak tahu bagaimana harus membalas dendam.
41 - Antara dia dan dia
Bard melangkah ke kedai 7-eleven. Mahu membeli topup. Dan sesudah membayar, Bard menoleh ke belakang. Dan siapa sangka, Bard terlihat seorang gadis, ayu, berbaju kurung. Tidak semena Bard terasa seakan cam perempuan itu. Hmm junior mungkin?
Dan Bard menolak pintu kedai dan mencuri pandang ke perempuan itu.
Kau.
Perempuan itu menoleh, sedikit terkejut. Dan wajah itu berubah pucat.
Kau bukan ke gf Im.
Senyap. Mulutnya tertutup rapat.
Maafkan aku. Tapi, aku tak ada niat apa-apa. Cuma aku mahu berborak sebentar. Boleh?
Perempuan itu masih membatukan diri.
Nama aku Bard. Kawan Im. Tentu kau ingat lagi kan?
Aah. - ringkas jawapannya
Boleh kita minum sebentar, kat kedai depan tu?
Setelah beberapa kali didesak, perempuan itu mengalah. Dan mereka mengatur langkah menuju ke kedai makan. Bard duduk memandang perempuan itu. Riaknya tampak sedih, matanya sedikit sembab. Menangis barangkali?
Dan petang itu, Bard mengetahui segalanya antara Im, Liza dan Ima. Sesuatu yang Im tak tahu. Sesuatu yang Liza cuba sorokkan dari Im. Sesuatu yang Liza sudah pendam sejak setahun lalu. Sesuatu yang mungkin membuatkan Im membenci Ima, seumur hidup.
Dan Bard masih ragu. Sebagai sahabat Im, patutkah dia memberitahu Im perkara sebenar, yang mungkin meretakkan hati Im, atau membantu Im menyelesaikan masalahnya. Dan Liza pula bagaimana nanti?
40 - Keliru celaru
Im merapati Bard. Bekas rakan kelas tapi masih sahabat sejati Im. Ditepuknya bahu Bard.
Waktu itu baru sahaja selesai menunaikan solat isya' berjemaah di surau.
Ha? Kau Im. Pesal muke monyok je ni?
Tolong aku Bard.
Eh ko kenapa ni?
Ima. Liza.
Ape kene dengan diorang? Bertumbuk ke?
Heish ko ni. Kalau cakap tarik rambut realistik la skit.
Abestu?
Ima sakit tenat. Aku baru telefon mak dia semalam?
What?! Maksud kau? Kritikal sangat ke?
Quite. Yes. Dia.. Dia ada beberapa hari je lg.
Tapi bukan ke patutnya doc bagitau beberapa bulan.
That's the thing. Dia tak cakap pun aku dulu dia kritikal.
Oh. Then ape kene mengena dengan Liza?
Well, ko xtau lagi ke?
Ape ko ingat aku suke bace paper ke?
Liza dah hilang.
Hilang? - kening Bard sedikit terangkat
Dia dah beberapa hari tak datang sekolah.
Jadi kau nak aku buat apa?
Entah. Aku pun tak pasti apa aku harus buat sekarang.
Im, aku kenal ko sejak ko dalam perut mak ko lagi. Tabah. Aku tahu kau tetap akan jumpa jalan penyelesaian.
Thanks bro.
Dan ketika Im melangkah keluar dari surau, Im mencari cahaya bulan di langit. Suram. Tidak nampak kehadiran bulan atau bintang. Dan malam seakan turut bersedih seperti Im. Kehilangan dua benda berharga, bulan dan bintang, Ima dan Liza. Im menapak perlahan-lahan menuju ke rumah.
39 - Hanya dikau yang ku pinta
Malam itu, Im tersedar, dia bodoh. Bodoh untuk menceritakan segalanya pada Liza. Sepatutnya Im tahu, sesetengah perkara terpaksa menjadi rahsia gelap. Tapi entah kenapa, petang tadi, Im meluahkan perasaannya tentang Ima, perempuan yang pernah mencuri hatinya dulu dan memilikinya. Pernah. Kenapa dia masih tidak boleh melepaskan Ima demi Liza?
Im tahu, sebab Im melepaskan Ima adalah faktor kesihatan Ima. Im tidak dapat menjaga Ima dulu, mana mungkin sekarang. Im sudah pun berfikir secukupnya sewaktu meminta Ima melepaskanya dahulu. Dan Im tidak akan berganjak dari keputusannya. Biarlah dia pernah melukakan hati Ima, dia taknak melukakan hati Liza, not for a second time.
Malam itu, Im telefon Ima. Kedengaran lemah suara Ima. Ima sudah pun berada di rumah. Baru beberapa hari lepas Ima discharge dari wad. Keadaanya sudah pun tenat. Dia tidak mungkin hidup lama. Ima sedar hakikat itu dan Ima hanya mahu mati dalam kenangan yang manis. Dia tidak mahu mati bersama wayar-wayar dan bunyi mesin, biarlah dia mati di katilnya, yang selalu menemaninya, seperti Im dahulu...
Ima tahu Im serba salah sewaktu menelefon Ima. Dia tahu di mana letaknya hati Im. Seorang yang jujur tapi pada masa yang sama, perasaan bersalah menghantui Im. Ima sebolehnya tidak mahu mereka kekok antara satu sama lain, bukan pada saat ini, saat akhir-akhir Ima. Ima hanya mahu bersama dengan seorang lelaki yang pernah membuatnya bahgia, walau pun sekejap. Tapi sedarkah Im permintaannya itu?
Im, boleh Ima cakap sesuatu?
Bukan ke kte tgh bercakap ni?
Im. You would never how I feel about what I felt.
Maksud Ima? You know right I'm not good with words.
Maafkan Ima, Im. Tapi Ima.. Ima masih sayangkan Im.
Ima tahu kan...tut..tut..
Ima?
Talian dimatikan.
Sunday, November 21, 2010
Another short post
Ehem. Aku nak buat pengumuman sikit, tapi bukan dR rambut belah tengah tu ok. Tak syiok tiru orang lain.
Exam finals lagi 2 weeks kot. So aku tidak akan meng-online-kan diri (insyaAllah) untuk beberapa ketika. Jarang lah. Mungkin hujung minggu je kot. Anyway anyhow, take care and hope to see you guys (kalau ada yang bace, especially ckyn wan haha) in december.
Chao! Eh assalamualaikum (",)
P/s : ckyn, lambat lagi lah story tu nak habis gamaknye. hahaha
38 - Yang pertama tapi bukan terakhir
Liza memerhatikan Im. Dia tahu Im sedang bersedih. Im sudah menceritakan segalanya kepada Liza. Lagi pun mereka sudah berjanji tiada rahsia antara mereka. Ketika Im meluahkan isi hatinya, Liza hanya terdiam sahaja. Im tahu, sepatutnya Im tidak menceritakan pada Liza tentang Ima. Perkara silam tidak patut diungkit lagi.
Suasana senyap untuk beberapa ketika. Mereka sedang duduk bersandarkan sebuah pokok di kawasan padang sekolah. Memerhatikan rakan-rakan Im bermain bola. Selalu juga Liza duduk bersama rakannya untuk memerhatikan Im. Tapi hari ini suasana berubah. Drastik.
Lalu Liza menoleh ke arah Im. Dilihatnya mata Im bergenang dengan air mata. Hati kecil wanitanya tersentuh. Baginya, jarang sekali lelaki mengalirkan air mata! Dan sekiranya lelaki mengalirkan air mata, sudah tentu ego nya akan hilang. Dan itu bermakna.. Im sangat sayang akan Ima. Liza patut mengerti dari dahulu. Patut lah Im seperti jual mahal. Hati Im terlalu istimewa untuk dimiliki orang lain.
Liza memandang ke tanah. Hujung kasutnya menguis-nguis tanah. Tangan nya mencabut rumput di sekitar. Liza tengah bersedih. Dia hanya ada dua pilihan, melepaskan Im untuk bersama Ima kembali atau mengecewakan Ima yang sedang tenat. Dan Liza buntu. Tidak pernah dalam hidupnya, terpaksa membuat keputusan yang berat.
Im menyeka air mata yang kini keluar dari mata. Dia silap. Sepatutnya dia tidak menceritakan kepada Liza. Sepatutnya semua itu hanya perlu kekal rahsia. Dia tidak patut menyakiti hati Liza. Dan Ima, Ima tentu faham tindakan Im. Lagi pun sudah hampir dua tahun mereka berpisah. Sudah tentu perasaan sayang itu terhakis oleh masa. Masa yang menjarakkan mereka.
Dan tiba2 Liza bingkas bangun. Im sedikit tersentak dengan perlakuan Liza. Im memandang ke wajah Liza. Im sedikit terpaku. Tidak bersuara. Tidak bergerak. Dan Liza terus berkata-kata sambil memandang ke depan.
"Awak tahu. Cinta itu memerlukan pengorbanan. Dan saya amat menyintai awak. Kalau awak rasa bahgia dengan Ima, dan itu mampu buat awak tersenyum, saya faham. Im, saya nak resign dari jadi girlfriend awak sepenuh masa. Cuma saya harap, jangan lupakan saya. Dan. Dan. Dan jangan cari saya lagi. Terima kasih. Untuk segalanya. Awak lelaki pertama yang mencuri hati saya tapi bukan juga yang terakhir. Saya pasti"
Dan ayat terakhir kedua terakhir itu seperti dikeraskan suara. Seolah seperti berbunyi dendam. Dan Liza berlari pergi meninggalkan Im terpaku.
37 - Kenangan yang takkan hilang
There's a reason it's called a memory, because it's meant to be just a memory.
Hari ini hujung minggu, hari sabtu. Meskipun mentari telah lama meninggi, Im baru sahaja bangkir dari tidur. Lelah semalam masih hilang. Im menyandarkan badan ke dinding. Fikirannya menerawang ke hari semalam.
Im sedikit sedikit terkejut dengan perbualan antara Im dengan Zati semalam. Keadaan Ima makin teruk. Perlukah Im melawat Ima. Tapi bukan-kah kalau melawat Ima akan menimbulkan lagi bermacam masalah. Tapi mengikut kata Zati, Ima hendak sangat berjumpa Im. Liza pula bagaimana? Hati Liza perlu juga dijaga. Hati Ima juga. Habis tu, hati Im, siapa yang nak jaga?
Im bangun perlahan-lahan. Menuju ke meja yang diletakkan di sudut bilik. Menarik kerusi dan membuka laci ketiga. Dia memerhatikan satu kotak hitam, sudah usang. Lalu tangannya mencapai kotak itu. Im membersihkan habuk di atas kotak itu. Nampak lama sangat kotak ini tidak terusik.
Di dasar kotak itu, terlihat satu helai kertas. Sudah kekuningan. Masih berlipat kemas. Perlahan Im capai helaian kertas usang itu. Im membuka dengan cermat. Dan Im teringat waktu dulu, ketika hari jadi Im, dua tahun lalu.
Imbas kembali
Im! Happy birthday sayang!
Thanks. U orang first wish I.
Esok kite jumpe k? Tempat biasa.
Okay =)
Dan petang itu, Im dan Ima jumpa di tempat biasa, kantin sekolah. Tanpa teragak, Ima menghulurkan satu bungkusan kecil kepada Im. Dan Im menerima dengan senyuman yang melebar.
Thanks. Buat susah u je.
Dan Im mencapai beg sekolah nya, lalu ditarik keluar satu kotak kecil dan diberi kepada Ima. Ima sedikit terkejut. Dan tanpa disuruh, Im berkata,
Lah, kan birthday u esok. Jadi saje kasi awal2.
Pelajar-pelajar yang lalu lalang di situ hanya menjeling ke arah mereka. Mungkin meluat dengan aksi terlebih romantik atau pun mungkin cemburu. Tapi buat Im dan Ima, mereka tidak kisah. Janji happy.
Tanpa meminta izin, Im membuka bungkusan itu. Bungkusan itu kecil sahaja. Dan terlihat sebuah kad happy birthday disertai satu helai kertas berlipat kemas.
Dan kertas itu kini telah berubah warna, menjadi kekuningan. Namun memori kertas itu masih segar dalam ingatan. Seperti baru sahaja semalam.
----
Dedicated To The One I love..
Sweet angelic darling, my heart has already composed a melody. A melody that's calling your name and begging you not to go. You are the only strength that keeps me fighting the many obstacles in the path of life determine day. If I lose you now, darling, I'll sure die. Please say that you will always be mine and say that you'll stay until tomorrow and forever to come...
-----
Dan Im mengeluh sendirian.
36 - Hakikat yang pahit
Dan anak mata yang memerhatikan Im terus mendekati Im. Setapak demi setapak. Dan bibirnya memulai bicara..
Assalamulaikum
Im tersentak. Sedikit terkejut kerana pembacaannya terganggu. Im menoleh dan tersenyum melihat gadis itu. Zati. Rakan baik Ima. Dan Im membalas salam itu sambil mempelawa Zati duduk. Zati akur.
Lama tak tegur Im.
Ya, lama juga lah.
Dengar kata Im dah ada girlfriend baru?
Im sedikit terkejut. Cepat benar angin menyebarkan khabar.
Em, ye.
Jadi.. Ima macamana?
Im merenung ke luar tingkap. Pandangannya sengaja dilontarkan jauh-jauh.
Kau tak sayang Ima lagi ke Im?
Sayang? Mestilah aku sayang. Tapi untuk apa? - suara dalam hati
Zati, kenapa kau harus ungkit cerita lama?
Cerita lama? Setahun baru Im. Kau tak tegur pun khabar Ima pun kan?
Bukan aku taknak tegur dia. Cuma.. aku taknak dia ingat dekat aku lagi.
Kenapa kau seksa diri kau? Kenapa harus seksa Ima sekali?
Suara Zati sedikit meninggi
Ima terseksa?
Ye Im. Kau tak tahu. Penyakit Ima semakin serius. Dia dah masuk wad. Kimoterapi lah, itu lah. Kau tak jenguk pun dia.
Bukan dia dah ada pakwe ke?
Memang dia dah ada. Tapi dia masih teringatkan kau.
Antara aku dengan Ima, dah takde ape. Setahun lebih dah. Aku.. aku tak boleh jaga Ima.
Alasan!
Dan Zati meninggalkan perpustakaan itu dengan dengusan marah.
Im meraup muka dengan tapak tangannya berulang kali.
Ya Allah.. Apa aku dah buat ni..
Saturday, November 20, 2010
Tragedi 20 Nov
Aku mengerling ke meter kelajuan. 80kmph. Sekali sekala aku menoleh ke side mirror. Cuaca tenang, tidak berangin, cuma panas suam-suam kuku kaki.
Jalan itu mempunyai tiga lane. Aku memilih yang tengah. Di hadapan ada traffic light, lalu aku berhenti. Dan tiba - tiba aku teringat, baik aku ambil simpang kiri ni, mesti lagi dekat. Jadi aku memberikan signal untuk ke kiri. Aku memerhatikan side mirror sebelah kiri untuk memastikan segalanya selamat.
Dan ketika itulah kali pertama dalam hidup aku, 3 saat terasa lambat berjalan.
Setelah menunggu ketika, aku pasti seyakin yang pasti, tiada kereta di lane kiri. Lalu aku menekan pedal minyak, gear dalam keadaan satu. Aku memegang stereng dan memulas stereng ke kiri. Dan ketika itu aku tidak mengerling side mirror tapi aku menoleh ke kiri. Sebab aku tahu, ada kawasan blindspot. Blindspot bukan blogspot ye.
Lalu aku menekan pedal minyak lagi. Dan ketika itu juga, saat itu, ada sebuah kereta bewarna putih meluncur deras. Aku terkejut gila babi dan menekan brek sehabis deras. Tapi apakan daya, aku sudah belajar dalam kelas fizik dahulu, masa yang diambil oleh seseorang untuk memberikan respon adalah 2 saat, at least.
Ketika itu aku lihat kereta itu terus meluncur laju melepasi aku. Tapi apakan daya, 'tercium' juga dengan bumper belakang kereta tu. Ah tensennya! Dan aku menuruti belakang kereta itu. Dan dia berhenti tidak jauh dari simpang itu. Dan aku berhenti di sebelahnya.
Dua lelaki keluar dari kereta. Tak hensem langsung. Lepastu muka memang tak bersalah. Aku lihat kereta dia, camry. Tak boleh ke aku langgar porsche. Tau lar kereta mahal, patut la bawak kereta macam haram.
Aku meneliti 'kerosakan' camry tu. Kemik sket, calar sket. Bumper je kene. Selamat aku sempat brek tadi, kalau-lah impulse dari otak turun ke kaki dulu baru pergi ke tangan, alamat-nye, terlanggar dengan pintu sekali kot. Kemik sure lagi berganda teruk. Tapi tough jugak lah camry, aku langgar agak kuat pun kemik sket. Lampu signal kiri aku pecah dah.
Dan owner camry tu menghampiri aku sambil menggelengkan kepala. Ceh taktik lama, nak buat aku bersalah. Dan aku mencongak dalam kepala, agak-agak berapa lah aku kene bayar ni. Ye, saat itu aku tahu aku yang kene bayar. Kenapa?
Aku rosak bahagian depan. Dia rosak bahagian belakang. Jadi, kalau ikut logik akal, memang lah aku bersalah kan? Bawak gi mahkamah, konferm 100% aku bersalah. Sebab mestilah yang melanggar tu mestilah bahagian depan yang melanggar, takkan bahagian belakang pulak kan? Kecuali-lah kes reverse oleh orang tidak siuman. Nak kira insuran? Lagi la tak berbaloi. Calar sikit je pun.
Dan aku pun cakap lah dengan brader tu, okay saya bayar. Tapi duit ada seratus je dalam dompet. Nak cucuk mana? Dan dia pun suruh member dia naik dengan aku. Dan kitorang pun menuju lah ke stesen shell berhampiran. Sepanjang perjalanan aku diam je. Buat-buat innocent, mana tahu dapat kurang.
Sampai kat shell, kitorang pun discuss lagi. Kata sepakat RM***. Yelah, mengada gile nak cat kereta ngan colour mahal2. Aku hampir dah nak pergi cucuk duit, bila aku terlihat kawan owner ni berbisik kat owner pasal something. Hmph! Mesti nak nganjing aku. Muke pun dah tak hensem. Oleh kerana aku tak tahu lah sangat bab ketuk ngan cat ni, aku pun tipu lah brader2 tu. Ni first time aku accident. Aku pemandu berhemah.
"Jap saya kol abg sy. Nnt die dtg bawak duit, sy xbawak kad plak"
Dan sementara abg aku sampai, brader tu sempat lagi nak basuh aku, bawak hati2 etc. Tapi aku diam je, tiba2 penyakit pekak aku datang. Wei, nasihat orang, tengok cermin lah. Tahu lah kereta mewah, bawak kat simpang pun tak agak. Dan di sini saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan kepada para pembaca sekali, bukan ucapan hari raya tapi peringatan..
Tolong-lah, jangan bawak laju2 kat simpang. Kasihan orang macam aku..
Dan setelah abg aku sampai, discuss kejap, tiba2 kawan brader tu memandai up harga +RM150. Aku pun cakap lah,
"Aik tadi RM***. sekarang dah RM***+RM150?"
Perh panas beb. Serius panas. Dan brader tu senyap je. Discuss punya discuss, abg aku boleh plak setuju. Ya Allah, terasa menyesal gile babi kot call abg aku. Harapkan akauntan, ingatkan reti la pasal duit. Tapi.. Tapi.. Adei, duit dah terbang pun, so no point nak recall balik memori pahit tu. Kalau aku tahu macamni, baik aku setel sendiri tadi........
Dan itu baru kereta camry tu. Belum kira lampu signal aku, kemik bumper, nak cat lagi. Terasa membara juga lah, orang lain bawa laju, aku yang kene bayar.
Mungkin betul juga kata-kata seorang hamba Allah tu,
"Benda dah tertulis nak jadi, kalau tak jadi harini, mungkin esok. Takde sape tau"
Mungkin ada pengajaran di sebalik tragedi 20 Nov ni. Pertama, jangan memandu laju di simpang, kasihani orang macam aku. Dan kedua,
Fikir empat belas kali dahulu sebelum nak call family korang.
Dan hati aku masih membara meskipun suhu air-cond dah diset ke tahap paling minimum dengan fan kelajuan paling maksima.
Sekian.
p/s : haritu abam lupi gi calar kereta orang. pastu abam subi lak. sekarang aku. pasni, sape nak pulak?
Thursday, November 18, 2010
Sekadar kawan [ii]
Dan aku tersenyum sendirian melihat kawan aku buntu.
Wei, penampar nak? Aku tengah susah hati, kau gelakkan aku.
Aku bukan gelakkan kau, aku gelakkan diri sendiri
Apsal pulak?
tanya member aku umpama baru lepas bangkit dari koma berbulan-bulan
Sebab aku pun pernah macam kau.
Hmm?
Macamni, kau tahukan sejarah aku.
Yep.
Dahulu, lepas clash, aku beriya taknak lagi dah. Serik beb! Tapi akhirnya aku tewas.
Maknanya.. kau da ada pegganti?
Err ko taktahu?
Cilake nye member. Bukan nak beritahu.
Aku sayang dia. Cukup lah aku dengan dia je yang tahu. Buat apa kecoh satu dunia.
You got a point there my friend. Yelah, budak sekarang, sakan kalau bercinta, post kat blog, post kat facebook lah, siap panggil sayang-sayang lagi. Kalau dulu kat myspace pulak, ada yang meter tunjuk dah berapa lama couple. Tah pehapa.
Perh, sedap mengutuk orang, kau macam tak buat dulu?
Ala weh, aku buat kejap je pun.
Ha yolah, suka hati kau. Tapi aku tak pernah sangka akan berpasang lagi.
Yea, aku pun. Kalau aku ada heart attack, sekarang ni otw dah pergi hospital kot. Aku ingat kan kau ni hati titanium, dia baca ayat apa jadi cair ni?
Tak perlu ayat.
Habis tu?
Keikhlasan. Itu yang aku rasa dari dia.
Dan kami terus menghirup saki baki minuman kami sambil menikmati dingin malam. Dan tiba-tiba dia menepuk dahi. Cis taktik lama!
Alamak..wey..
Takpe aku tahu, kau tak bawak dompet kan?
Aah, camne kau dapat baca fikiran aku ni..
Ah macam aku tak kenal kau. Takpe, malam ni aku bayar.
Thanks bro, ko sahabat aku paling aku sayang.
Sejak bila kau jadi gay..
Dan kami berlalu mengikuti haluan masing-masing. Perjalanan masih jauh. Dan sepanjang itu, jalan tidak akan selalunya lurus. Mungkin ada traffic light, mungkin ada bumper. Malah, mungkin juga ada roadblock di hadapan.
Dan kawan aku telefon, dia kene saman. Haha kasihan.
Buat awak yang terasa, merci de voler mon coeur (",)
Sekadar kawan [i]
We need to move on in our life, future awaits us. But we can't also simply forget the past, no matter how painful it is....
Aku sedang leka menghirup kopi panas sambil menikmati keindahan malam. Malam ini tiada bintang lagi, dan bulan sepi keseorangan.
Hoi!
Perh. Gugur jantung aku. Dah lar tak reti bagi salam, pastu tepuk bahu aku sambil jerit macam aku orang pekak. Memang nak kena kawan seorang ni!
Dan aku memandang ke belakang. Mata aku terpaku tepat ke wajah itu. Aku terkesima. Dia terkejut. Sungguh, kami tidak sangka akan berjumpa sebegini rupa. Dan dia terus berkata sambil riak muka yang terkejut..
Err sorry, salah orang.
Ha kurang ajar. Serius kurang ajar.
Dan lima minit kemudian, rakan aku pun tiba. Seperti biasa, aku membuka kaunter kaunseling lagi. Dan dia meng-order kopi o beng (kopi o ais). Dan seraya memandang mata aku dengan pandangan mata yang tidak bersalah itu,
Wei, ko kene tolong aku
Dan aku tahu sangat-sangat itu tujuan dia ajak keluar. Dan aku mendengar cerita nya dengan penuh minat.
Ringkasan cerita.
Rupanya siang tadi kawan aku ini bertemu kekasih lama, dan tanpa dia sedar dia telah ajak kekasih lama tu pekena air secawan. Dan kemudian menghantarnya pulang. Tapi kekasih lama dia ni asyik dengan handphone dan kurang bercakap. Mulanya kawan aku hanya mahu berbual kosong, up-to-date lah kata orang, tapi melihatkan respon yang agak dingin, dia semacam terasa menyesal mengajak kekasih lama itu pekena air secawan. Dan kini, kawan aku terasa bersalah dengan kekasih sekarang kerana dia telah berjanji takkan jumpa kekasih lama lagi dan cuba melupakan kisah silam. Dan persoalan yang diutarakan pada aku..
Kau kenal tak mana-mana bomoh ke doktor yang boleh buat aku hilang memori pasal antara aku dengan kekasih lama?
Ha mesti korang terkejut sebab line di atas memang aku tipu. Saje kasi suspen. Persoalan dia adalah bagaimana nak lupakan seseorang yang pernah mencuri hati kita dan meninggalkan kesan berkilometer dalamnya.
Susah. Lagi susah dari soalan lecturer aku. Skema jawapan lagi lah payah. Tapi atas kewarasan akal aku yang melihat member aku ni, aku cuba menteteramkan dia, bukan menggunakan dadah tapi cukup sekadar ayat-ayat yang aku reka.
Nak lupakan seseorang tu terus dalam hidup kau tu payah. Ye aku tahu, aku pernah rasa. Tapi kau tak boleh bergantung terus pada masa silam kau. Mungkin dia tu istimewa sangat bagi kau tapi kau takkan tahu, mungkin ada lagi yang akan jadi istimewa buat diri kau. Mungkin kau ada kenangan pahit manis dengan dia, tapi kenangan kau boleh buat. Cuma dengan siapa je beza kenangan tu. Sekarang aku tanya kau, kau sayang kekasih kau sekarang? Dan kekasih lama kau?
Aku sayang kekasih aku, dia baik sangat dengan aku. Aku suka tengok dia bahgia..
Dan aku terus mencelah,
Kekasih lama?
Erm sayang sikit.
Ha itu yang kau silap. Sayang ni, kau tak boleh main-main. Dari sayang jadi cinta. Tapi ko tak boleh bercinta lebih dari satu, tu khianat namanya. Apa kurangnye kekasih kau sekarang. Aku tengok dia full package je. Kalau kau taknak, boleh pass kat aku.
Kau kene faham, dia tu kekasih pertama aku. Banyak kenangan, banyak memori. Terlalu banyak.. Lima tahun pun belum tentu aku gerenti aku dapat lupa.
Kekasih pertama memang susah dilupa. Tapi tak bermakna kau perlu terus hidup dalam bayangan dia. Cuma kau kena ingat, kau ada seseorang yang menaruh harapan yang tinggi kat kau. Jangan kau kecewakan si dia yang sekarang. Belajar dari pengalaman kau dan si dia yang dulu, dan cuba jaga si dia yang sekarang baik-baik.
Tak tahulah der
Sambil dilepaskan sebuah keluhan. Matanya memandang ke arah jalan. Kereta masih lagi lalu lalang meskipun sudah kira lewat pagi. Kota yang tak pernah lena.
...but past itself is not meant to be forgotten. We need to learn from our past to make a better future, better memories :)
35 - Mencari kesempurnaan
Im sedang membaca sebuah majalah. Tajuk di hadapan benar - benar menarik perhatian Im.
Beza cinta dan sayang.
Sekilas pandangan, Im ingat cinta dan sayang adalah duaperkara yang sama cuma berlainan ejaan. Lalu Im mencapai majalah itu dan menyelak mukasurat 24.
"Cinta adalah satu perkataan subjektif. Begitu juga sayang. Namun antara sedar dan tidak, sebenarnya terdapat banyak beza antara cinta atau sayang. Jujur diakui, cinta bermula dari sayang, tapi sayang juga bermula dari cinta. Jadi yang mana satu sepatutnya didahului?..."
Im asyik membaca majalah itu tanpa menyedari ada sepasang anak mata memerhatikannya. Ketika itu Im sedang duduk di sofa di kawasan rehat perpustakaan sekolah. Sejuk dan nyaman, itulah mengapa Im suka menghabiskan masa luang di sini. Dan guru di situ juga amat baik dengan Im.
Im terus membaca baris demi baris. Namun apabila Im terbaca satu ayat dari petikan itu, Im terdiam dan berfikir sejenak. Dan dalam benak fikiran Im, terngiang-ngiang ayat itu..
"Menjadi pasangan yang sesuai bukanlah menjadi seseorang yang sempurna dari setiap aspek tetapi menjadi seseorang yang mampu melengkapi pasangan itu. Bukankah itu tujuan perkahwinan - melengkapi antara satu sama lain?
nukilan rahman
Dan Im terus berfikir. Benarkah di menyintai Liza seikhlas yang mungkin. Atau dia hanya sepi dan ingin menggantikan bayangan Ima? Atau mungkin dia tertarik dengan rupa Liza semata - mata? Atau...
Ah seribu satu soalan!
Tuesday, November 16, 2010
34 - If I said I love you...
...would you trust me? Cause I really do :)
17 Mei
Dalam diam, hampir semua warga sekolah mengenali siapa Im dan siapa Liza. Im seorang ketua tingkatan dan Liza pula seorang penolong ketua tingkatan. Dan cikgu disiplin amat mengenali Im dan Liza.
Malah, hubungan antara Im dan Liza sudah pun sampai ke pengetahuan kumpulan guru bergosip di bilik guru. Pernah sekali Im masuk ke bilik guru atas urusan tingkatan, dan seorang guru menyapa Im,
"Lah, nape kurus lagi ni. Gf tak bagi makan ke?"
Dan Im hanya tersengih tidak bersuara. Sungguh Im tidak mengerti kenapa ramai benar yang tahu tentang mereka padahal Im tidak pernah pula mencanangkan tentang hubungan mereka baik di myspace, atau facebook atau apa-apa. Semua itu, Im rasakan tidak perlu. Buat apa menghebahkan sayang kepada dunia, biarlah dia seorang sahaja yang memahami perasaan itu.
Sungguh Im tidak faham!
If I said I love you, I hope you don't believe me. Cause I love you more than I can say it in words.
33 - Hari Sukan
Hari sukan sekolah menjelma tiba.
Im hanya mewakili satu acara, 4 x 400 meter lelaki L1. Dan acara Im akan bermula sebentar lagi. Im duduk di khemah peserta sementara menunggu giliran. Dan seketika kemudian, laungan panggilan peserta 4 x 400 L1 bergema di pembesar suara.
Im menanti di padang sebelah sana. Debaran jantung kian terasa. Im sudah lama tidak mewakili acara. Alih - alih, kawannya memetik namanya pula. Sudah lah berlari sedikit pun sekarang ni semput, ni kan 400 meter. Gila!
Pom!
Laungan suara penonton semakin rancak. Lamunan Im terhenti. Im menarik nafas sementara menanti giliran. Dilihat pelari pertama semakin deras melintasi. Dan kini tiba pula giliran kedua Rakan sepasukannya masih cuba mempertahankan posisi kedua. Mata Im semakin ligat mengekori gerak rakan dan lawan. Dan mereka semakin kabur dari pandangan. Dan kini tiba pula giliran ketiga. Dan selepas ini Im..
Im menanti di garisan. Im melihat rakannya semakin hampir. Im mula berlari - lari anak ke hadapan. Rentaknya dipadankan dengan hayunan baton di tangan rakan. Im mula melajukan rentak. Dan ketika itu juga baton bertukar tangan. Mata Im terus bertukar 360 darjah dan memandang ke hadapan. Dan Im terus berlari - berlari mengejar angin.
100 meter.
Im masih bertenaga untuk melakukan pecutan terakhir. Di kiri dan kanannya masih ada dua lawan. Seorang lagi sudah jauh tertinggal barangkali. Tapi Im tiada masa untuk menoleh.
50 meter.
Jarak dengan garisan penamat sudah semakin hampir. Im sudah dapat melihat bayangan pengadil di hadapan. Im cuba melajukan lariannya.
25 meter.
Im sudah memecut dan meninggalkan lawannya. Tapi.. kaki Im terasa lemah.. Im kehilangan rentak dan irama larian.
10 meter.
Im masih mencuba untuk meneruskan larian, meskipun Im terhuyung hayang.
5 meter.
Im memejamkan mata dan mengerahkan segala kudrat yang masih ada.
1 meter.
Zaaasss! Dua2 lawannya memintas Im.
0 meter.
Cis. Kongajo. Nombor 3. Hmph!
p/s : panas tak? yelah, sebab post ni takde kaitan ngan cerita pun hua3
31 - Lembaran pertama, jilid baru
Im cuba membuang perasaan pada Ima. Im tahu, Ima adalah first love Im, memang teramat sukar untuk memadamkan memori yang telah lama menapak dalam hati Im. Tapi kini, Liza telah mengetuk kembali pintu hati Im. Im sedikit tersentuh dengan gadis itu.
Lemah lembut. Sopan. Periang. Cerdik. Full package!
Tapi bolehkah Liza menggantikan tempat Ima? Tempat yang dirasakan terlalu istimewa buat Im. Im pernah juga bertanya kepada Bard, sahabat baik yang boleh dikatakan sahabat dunia akhirat tapi Bard hanya menggelengkan kepala. Bard sendiri tahu, hati Im begitu sukar diduga oleh sesiapa!
Pagi beransur petang dan senja melabuhkan tirai. Dan tanpa disedari masa telah menganjak ke bulan mei. Sudah dua bulan Liza menjadi steady buat Im. Dan tanpa Im sedar juga, hatinya mula mengenal erti sayang, buat kali kedua. Liza bukan sahaja full package, tapi pandai memikat hati Im. Dan segalanya terasa bahgia buat diri Im.
Malah, Im amat rapat dengan rakan Liza begitu juga sebaliknya. Seringkali mereka makan bersama di waktu rehat, ataupun lepas sekolah. Mereka tidak segan untuk mengaku yang mereka ada sesuatu istimewa antara mereka. Malah guru pun sudah sedia maklum, itu belum kira pak jaga, mak cik kantin, abang pejabat...
Ketika itu, baru Im menyedari ada wujud satu perkataan dalam Kamus Dewan Bahasa.
Bahagia.
Saturday, November 13, 2010
31 - Mana pergi kenangan yang lalu
Sepi.Ketika itu cuti akhir tahun. Sudah 3 minggu berlalu. Im berasa bosan duduk di rumah. Ada juga kawan-kawannya mengajak pergi jalan-jalan, menonton movie. Tapi.. Balik-balik midvalley, ah bosan!
Dan hari itu hari sabtu. Cuti akhir tahun masih lagi berbaki 2-3 minggu. Entahlah, Im sendiri tidak kisah. Cuti kali ini dirasakan kosong. Tidak ada langsung aktiviti berfaedah yang dia lakukan. Asyik dengan facebook, sudah dirasakan bosan. Mata Im melilau ke dalam folder dalam laptop.
Im & Ima
Mata Im terpaku ke folder itu.
"Im & Ima? Folder apa pula ni. Tak pernah aku ingat folder ni.."
Im berkira-kira untuk membuka folder itu. Dan selang beberapa saat, Im double click dan terlihatlah koleksi kenangan antara Im dan Ima. Ada masa mereka membuat Kajian Geografi Tempatan bersama.. Ada ketika mereka sambut hari jadi bersama di kantin sekolah.. Ada ketika hari sukan.. Hari - hari indah.
Kenangan itu. Segala kenangan itu. Dan Im telah menghancurkan segala kenangan itu. Dalam sekelip mata sahaja. Dalam beberapa SMS sahaja. Semuanya telah hilang.. Im mencapai handphonenya. Dia masih simpan lagi mesej antara dia dan Ima. Hampir sebulan lalu, ketika dia menghantar mesej itu..
Ima membalas mesej itu dua hari kemudian. Ringkas. Tapi penuh erti.
Tapi Im. Kenapa?
Minta maaf, saya ada sebab saya tersendiri.
Im, do you have someone else? You can be honest with me, I can accept it.
Nop. Sy sayang awk seorang je. Tlg, don't make it hard for me.
Im, betul ke Im nak lepaskan Ima?
Yes and I'm sorry.
It's okay. I hope that you have many good reasons in doing so. Assalamualaikum.
Ima, I'm sorry. Wslm.
Dan itulah akhir sebuah hubungan, antara Im dan Ima. Yang kini hanya tinggal memori dan sejarah silam.
----
Ada insan bertanya kepada aku, kenapa harus melihat sejarah silam dan bukan memandang ke hadapan?
Dan aku menjawab, bagaimana untuk melihat ke hadapan sedangkan apa yang aku impikan semuanya telah menjadi kenangan.
-----
Monday, November 8, 2010
30 - Maaf. Aku terpaksa
How do you know how to love when you don't really understand what love is.
Senja akhirnya tiba. Im menyandarkan diri ke pokok besar di padang itu. Lelah. Penat sungguh bermain bola. Kakinya terasa lenguh, umpama merentas desa. Im menoleh ke langit, cuaca seakan mendung. Akan hujan sebentar lagi, barangkali..
Malam itu, Im sudah nekad. Im terpaksa. Im terpaksa memutuskan hubungan dengan Ima. Tapi mampu-kah Im menyusun kata untuk tidak melukakan hati Ima. Dan paling penting, adakah Ima tetap mahu berkawan dengan Im, berkongsi suka dan duka.. atau.. sebaliknya.
Im segera mencapai handphone-nya. Sekejap-sekejap Im memandang ke luar tingkap, menyusun kata yang sesuai. Sekejap-sekejap juga Im mengeluh, sedih. Hubungan yang selama ini dipertahankan akhirnya akan musnah jua akhirnya, di tangannya sendiri. Bukan dia tidak menyayangi Ima, cuma.. Im tahu Ima memerlukan seseorang, yang mampu menjaga dia lebih dari Im. Dan Im nekad.
Salam. Saya harap awak makin sihat. Saya ada nak beritahu awak sesuatu, mungkin akan melukakan hati awak, tapi saya harap awak faham. Awak tahu kan, saya sayang dekat awak tapi saya tak boleh lagi bersama awak. Minta maaf. Salam.
Dan Im menanti handphone nya untuk berbunyi. Tapi malam itu, handphone-nya sepi tanpa deringan....
Ima.. maaf. Aku terpaksa.
Saturday, November 6, 2010
We are not friends, but brothers. In the name of Allah
6 Nov 2010.
Apa perasan anda bila orang bercakap pasal Islam kepada anda? Tentang Allah? Adakah anda akan memalingkan muka dan berlalu atau anda akan memberikan perhatian sepenuhnya? Apa perasaan anda tentang orang itu sendiri? Baik atau hanya sekadar berpura? Sekadar satu persoalan.
Kinokuniya KLCC. Aku memerhati rak buku electric dan electronic. Berpinar-pinar mata aku mencari buku rujukan yang sesuai. Dan semua buku itu berbalut kemas. Payah! Jadi aku memerhati jenama buku McGraw Hill sebab jenama itu selalu aku beli. The contents and it's representation is not bad.
Tangan aku mencapai 3 buah buku. Tebal belaka. 1058 pages, 950 pages dan satu lagi entah. Aku berjalan menuju ke kaunter untuk meminta akak comel itu buka cover plastic. Aku menyapa dia tapi entah kenapa aku ter-speaking.
"Erm, could you open this"
"Okay. But this one, you have to read it at the counter"
"Oh okay, I'll read this two first then. Thanks"
"No problem"
Dan aku pun berjalan la mencari tempat untuk duduk. Tiba-tiba... Jeng jeng jeng...
"Hello"
"Err hello"
"Are you a muslim?"
"Yes"
"Assamualaikum"
"Waalaikumsalam"
"Well actually, I'm searching for surau"
"Oh well, surau is outside of the shop"
"Yes but could you show me the way?"
"Erm actually I just arrive here and I want to read the books first"
"Never mind then, I'll wait for you to finish the books"
"Well, could you wait a few minutes. I'll ask my sister to hold these and after that I'll show you the surau"
Entah dari mana, seorang mamat afrika menyapa aku. Aku cam agak terkejut lah. Lepastu aku pun tunjukkan dia directory KLCC tu. Tengah nak cari surau kat mana, dia ajak aku pergi dari situ. Lepastu aku follow dia tapi dalam hati aku dah start baca surah2 yang sepatutnya. Otak aku tengah memikirkan langkah2 silat yang aku belajar. Kaki aku dah ready nak lari patah balik. Tangan aku dah lama pegang poket takut dia ni pencopet. Takut beb!
It's not about being a pessimistic person, just preparing for the worst
Lepastu dia pun berborak-lah dengan aku. Tapi ada perkara aku pelik gila lah. Pukul 12.30 tengahari, pesal nak cari surau? Zuhur pun sah2 belum masuk. Lepastu tadi aku nak tunjuk kat directory, dia nak gak gi kat counter information kat first floor. Macam tak boleh gi sendiri..?
Tapi die nampak macam orang baik. So aku pun layan speaking dengan dia walau pun aku tau terabur gila. Ayat intro dia memang terbaik.
We are not friends, but brothers. In the name of Allah.
Dan dia asyik ulang ayat tu beberapa kali. Okay, so I get it. Tapi kenapa perlu ulang? Mungkin dia ingat aku pekak? And lepastu dia pun cerita lah dia ni sorang2 kat KL sebab kawan die dah gi Kuantan. Dia nak balik Johor. Lepastu dia mintak jasa baik aku tolong belikan tiket kapal terbang kat KLCC.
"Huh? How could I buy the ticket for you?" - pelik
"Well there is a place upstairs.?"
"There are?" - ape punye anak selangor la aku ni -.-
"Yes, I know the place, just I need you to help me out"
"Eh how? Do you want me to speak for your behalf?"
"Well you see, I don't have the money to buy the ticket actually"
Perh hampeh! Dah ku sangka, mesti ada udang galah di sebalik mee hailam. Patut la tadi iye2 cakap,
We are brothers in Islam right? So we must help each others
Yea right. Cis. Tapi time tu aku dah tergelak. Heh, nak duit dari aku? Tinggi betul harapan dia..... Kah kah kah.
Lepastu aku pun mengeluarkan henset aku dan menaip mesej kat kakak aku.
"Kol num satu lagi. ASAP!"
Dan aku pun mengeluarkan henfon satu lagi. Saje pamer depan dia. Henfon murah. Sekali model sama dengan dia. Riak muka dia kecewa time tu....priceless. Dan seketika kemudian, kakak aku kol..
"Hello. nape ni?"
"Ha ok2 jap datang"
Dan aku mematikan henset dan berkata kepada lelaki itu.
"Em sorry. My sister called me. I need to go. Nice to meet you"
Dan mamat itu terkial-kial melihat tindakan aku.
Yes, we are not friends, but brothers in the name of Allah. But the difference between you and me is that I don't play with my god's name for the temporary world.
P/s : Gila munya olang. Mintak duit dengan aku, memang harapan la nak dapat.
P/s 1 : Cerita di cut-short, yang part lain tak penting. Janji mesej dalam cerita dapat disampaikan.
P/s 2 : Pelik, selalu yang minta sedekah ni orang muslim. Jarang aku tengok minta sedekah ni bangsa lain. Apa dah jadi?
Friday, November 5, 2010
Tips Exam.
1. Pastikan anda ada pen.
Alasan : Tulis pakai pensel, lecturer cakap pakai dakwat invisible, so beliau tak tanda. @$%#^!!!!
2. Bawa kertas secukupnya.
Alasan : Sebab kadang2 korang merapu atas kertas. Takkan nak liquid semua kot. Baik keromok je kertas campak kat lecturer.
3. Pastikan ada alat geometri.
Alasan : Walaupun korang tau bulatan boleh dilukis dengan menggunakan duit syiling dan bahawa duit syiling 50 sen berdiameter 0.6 cm, anda tetap tidak boleh menggunakan duit syiling tersebut.
4. Pastikan jenama pembaris sama dengan yang diguna pakai oleh lecturer.
Alasan : Sebab skala kadang-kadang lain sikit. Dan skala lecturer is always 100% right.
5. Jangan guna pen berdakwat basah.
Alasan : Sebab bila peluh menitik-nitik atas kertas, jadi comot.
6. Jangan meniru.
Alasan : Walaupun takde orang nampak, tapi Tuhan nampak :)
P/s : Mesti mereka yang ukur diameter syling 50 sen sekarang tengah sengeh2 sebab tau baru je kene kelentong tadi. Hua3
Monday, November 1, 2010
Selamat Datang November
1-11-10! That's the spirit!
Bismilahir Rahmanir Rahim...
Terasa lama tidak update blog ini. Bukan sibuk, bukan tiada idea. Cuma kemalasan melanda dan juga faktor kesihatan yang tidak membolehkan aku update. Ceh, cakap macam teruk je sakit. Well honestly, yes.
Apa perasaan anda jika anda bangkit dari tidur dan masih menyedari anda bernafas? Apakah anda meneruskan rutin harian anda - menguap, mengeluh dan mengantuk? - atau anda memandang ke luar tingkap sambil terasa dingin angin subuh dan mengucapkan,
Terima Kasih Allah!
Hari itu, aku tahu harga nilai sebuah kehidupan. Benar orang kata, bila kita hampir mati, baru kita terasa nikmat hidup ini. Dan ya, memang hari itu aku terasa dekat dengan ajal. Aku tahu aku boleh mati, tapi berpantang maut sebelum ajal. Ceh, peribahasa. Sejak bila aku pandai bermadah ni ==!
Walau pun aku 'hilang' seketika, bukan bermakna aku pergi begitu sahaja. Aku masih bernafas, masih lagi boleh menyelesaikan soalan calculus. Okey, exam math haritu aku terlepas, sekarang entah bile nak repeat exam tu. Sorang2 lak tu, sungguh tak best. Dan telah ada beberapa orang yang 'merindui' blog aku. Okay perasan. Haha.
Dan ya, selamat kembali kepada ber-blogging :)
Tuesday, October 19, 2010
Balik kampung~
Pulang ke kampung menjanjikan kebahgiaan. Dan juga demam...
Ketika itu aku dan abang berada di Rantau Panjang. Saja jalan2 shoping kat sana. Dan tah macamana demam aku kian melarat. Dah telan panadol un xkebah2 lagi. Jadi aku pun cakap lah kat abang nak pergi klinik terdekat. Maka berjalanlah kami dalam jarak kira2 sepelaung untuk sampai ke destinasi. Dan klinik itu tutup.
Perh. Pukul 5 petang ni, dan klinik tu bukan tutup, tapi tak bukak lagi! Aku mula sedikit tidak faham. Tapi kerana kepala aku terlalu pening seperti pening menyelesaikan homework matematik, maka aku meminta abang menghantar aku ke klinik di Kota Bharu, alang-alang dalam perjalanan ke airport.
Maka bermulalah perjalanan kami hampir 40 minit. Pusing-pusing KB, adalah terjumpa 5 buah klinik. Tapi semua tutup. Ya Allah, masa tu, aku rasa macam nak pitam dah. Nasib terjumpa dengan sebuah klinik, dekat pukul 7 juga tu. Ketika melangkahkan kaki ke dalam klinik, tinggal seorang je lagi pesakit. Fuh bagus2. Aku pun daftar dekat kaunter dan menunggu giliran dengan separuh iman aku, err maksud aku dengan sabar.
Setelah giliran aku, aku pun masuk ke bilik doktor. Dan aku duduk di kerusi di sebelah meja. Dan soalan pertama diajukan kepada aku.
"Adik tahu adik allergic apa?"
"Err septrin"
"Oh okay. Adik tahu kebanyakan doktor takkan bertanya tentang adik allergic apa, tapi adalah lebih baik kalau adik sendiri memberitahu doktor itu"
sumpah dia cakap baku
"Okay"
"Adik tahu apa akan jadi kalau adik makan baktrum (kot?)"
"Err tah.."
Ya Allah, baktrum ni menatang ape plak. Dah lar bio dlu aku tido je..
"Adik tahu septrin dan baktrum berasal dari keluarga yang sama bla..bla..bla"
Selama hampir 2 minit
"Err okay.....Doktor, boleh cepat skit tak. Saya ada flight malam ni"
Doc, tahu tak aku tengah pening gle skarang...
"Tapi kenapa baru sekarang nak jumpa doktor?"
"Err?"
"Kenapa tak tunggu kat tangga ketujuh kat airport baru nak cari doktor?"
"Ha?"
Eh apesal pulak tangga ketujuh baru nak cari.. soal aku dalam hati..
"Jadi sy akan kasi ubat antibiotik dan panadol. Makan dua kali sehari, jangan biar perut kosong, nanti takut pedih perut"
"Ye2.."
Dan begitulah susahnya aku untuk mendapatkan antibiotik dan ubat panadol.