Monday, November 8, 2010

30 - Maaf. Aku terpaksa

How do you know how to love when you don't really understand what love is.


Senja akhirnya tiba. Im menyandarkan diri ke pokok besar di padang itu. Lelah. Penat sungguh bermain bola. Kakinya terasa lenguh, umpama merentas desa. Im menoleh ke langit, cuaca seakan mendung. Akan hujan sebentar lagi, barangkali..


Malam itu, Im sudah nekad. Im terpaksa. Im terpaksa memutuskan hubungan dengan Ima. Tapi mampu-kah Im menyusun kata untuk tidak melukakan hati Ima. Dan paling penting, adakah Ima tetap mahu berkawan dengan Im, berkongsi suka dan duka.. atau.. sebaliknya.


Im segera mencapai handphone-nya. Sekejap-sekejap Im memandang ke luar tingkap, menyusun kata yang sesuai. Sekejap-sekejap juga Im mengeluh, sedih. Hubungan yang selama ini dipertahankan akhirnya akan musnah jua akhirnya, di tangannya sendiri. Bukan dia tidak menyayangi Ima, cuma.. Im tahu Ima memerlukan seseorang, yang mampu menjaga dia lebih dari Im. Dan Im nekad.



Salam. Saya harap awak makin sihat. Saya ada nak beritahu awak sesuatu, mungkin akan melukakan hati awak, tapi saya harap awak faham. Awak tahu kan, saya sayang dekat awak tapi saya tak boleh lagi bersama awak. Minta maaf. Salam.



Dan Im menanti handphone nya untuk berbunyi. Tapi malam itu, handphone-nya sepi tanpa deringan....


Ima.. maaf. Aku terpaksa.

3 comments:

  1. "bukan dia tidak menyayangi Ima, cuma.. Im tahu Ima memerlukan seseorang, yang mampu menjaga dia lebih dari Im. Dan Im nekad."

    aaa. ini tidak ptt. tah2 org yg ima perlukan adalah im. ish


    *saya harap untuk happy ending :D

    ReplyDelete
  2. "How do you know how to love when you don't really understand what love is."

    sedang alami perkara ini.

    haa...knp tak face to face saje? lainlah kalau ima dok beribu batu jauhnya..

    ReplyDelete
  3. cintajihad > sorry, xhappy ending :')

    fiq > der, bukan sng nak lukakan hati org ni.

    ReplyDelete