Sunday, November 21, 2010

38 - Yang pertama tapi bukan terakhir

Liza memerhatikan Im. Dia tahu Im sedang bersedih. Im sudah menceritakan segalanya kepada Liza. Lagi pun mereka sudah berjanji tiada rahsia antara mereka. Ketika Im meluahkan isi hatinya, Liza hanya terdiam sahaja. Im tahu, sepatutnya Im tidak menceritakan pada Liza tentang Ima. Perkara silam tidak patut diungkit lagi.


Suasana senyap untuk beberapa ketika. Mereka sedang duduk bersandarkan sebuah pokok di kawasan padang sekolah. Memerhatikan rakan-rakan Im bermain bola. Selalu juga Liza duduk bersama rakannya untuk memerhatikan Im. Tapi hari ini suasana berubah. Drastik.


Lalu Liza menoleh ke arah Im. Dilihatnya mata Im bergenang dengan air mata. Hati kecil wanitanya tersentuh. Baginya, jarang sekali lelaki mengalirkan air mata! Dan sekiranya lelaki mengalirkan air mata, sudah tentu ego nya akan hilang. Dan itu bermakna.. Im sangat sayang akan Ima. Liza patut mengerti dari dahulu. Patut lah Im seperti jual mahal. Hati Im terlalu istimewa untuk dimiliki orang lain.


Liza memandang ke tanah. Hujung kasutnya menguis-nguis tanah. Tangan nya mencabut rumput di sekitar. Liza tengah bersedih. Dia hanya ada dua pilihan, melepaskan Im untuk bersama Ima kembali atau mengecewakan Ima yang sedang tenat. Dan Liza buntu. Tidak pernah dalam hidupnya, terpaksa membuat keputusan yang berat.


Im menyeka air mata yang kini keluar dari mata. Dia silap. Sepatutnya dia tidak menceritakan kepada Liza. Sepatutnya semua itu hanya perlu kekal rahsia. Dia tidak patut menyakiti hati Liza. Dan Ima, Ima tentu faham tindakan Im. Lagi pun sudah hampir dua tahun mereka berpisah. Sudah tentu perasaan sayang itu terhakis oleh masa. Masa yang menjarakkan mereka.


Dan tiba2 Liza bingkas bangun. Im sedikit tersentak dengan perlakuan Liza. Im memandang ke wajah Liza. Im sedikit terpaku. Tidak bersuara. Tidak bergerak. Dan Liza terus berkata-kata sambil memandang ke depan.



"Awak tahu. Cinta itu memerlukan pengorbanan. Dan saya amat menyintai awak. Kalau awak rasa bahgia dengan Ima, dan itu mampu buat awak tersenyum, saya faham. Im, saya nak resign dari jadi girlfriend awak sepenuh masa. Cuma saya harap, jangan lupakan saya. Dan. Dan. Dan jangan cari saya lagi. Terima kasih. Untuk segalanya. Awak lelaki pertama yang mencuri hati saya tapi bukan juga yang terakhir. Saya pasti"



Dan ayat terakhir kedua terakhir itu seperti dikeraskan suara. Seolah seperti berbunyi dendam. Dan Liza berlari pergi meninggalkan Im terpaku. 

No comments:

Post a Comment