Tiga bulan berlalu. Tempoh yang dirasakan terlalu singkat. Dan selama tiga bulan Liza cuba menyesuaikan diri dengan kehidupan di uni. Lemas. Assignment melimpah2. Itu belum dikira lecturer yang mengajar syok sendiri. Ergh!
Petang itu, Liza sudah tidak tahan melihat kerja yang sebegitu rupa. Dia melihat ke luar tingkap. Suasana nyaman, awan yang mendung. Kelihatan di padang ada semacam satu pesta. Hatinya tertarik. Eh, pesta jom heboh kah? Dan Liza terus menyarung tudung dan bergegas menuju ke padang. Rupanya perlawanan bola antara blok kediaman.
Liza menyandarkan badan di sepohon kayu, jauh dari orang ramai. Hajat di hati hanya mahu bersendirian, menghilangkan pening di kepala sambil menonton perlawanan itu. Player2 di padang itu cukup lincah, menggelecek dan menanduk. Tapi keputusan masih terikat 1-1.
Masa kian suntuk. Hanya tinggal beberapa minit sahaja lagi. Dan pemain bernombor 11 membuat hantaran kepada rakannya namun dipintas oleh seorang pemain lawan. Bola itu disepak jauh mencari rakan di sebelah kanan padang. Bola itu ditampan dengan kemas dan digelecek melepasi 2 pemain pertahanan. Striker itu mengacah keeper tapi keeper itu nampak konfiden. Pemain itu menggelecek ke kiri tapi bola itu hilang! Dia telah pass kepada seorang lagi striker yang memecut laju. Striker itu menahan bola di luar kotak penalti dan membuat hayunan. Gol itu sekarang kosong. Hanya jarak beberapa meter sahaja antara tiang gol dan striker itu. Striker itu menyepak bola itu. Bola itu berpusing dan akhirnya terkena palang gol.
Kedengaran riuhan penonton. Ada yang suka, ada yang sedih. Dan Liza tidak ada antara dua emosi itu. Hatinya masih kosong, menanti untuk sesuatu. Dan memandangkan masa permainan telah tamat dan menanti untuk masa tambahan, Liza bingkas bangun, untuk pulang kembali ke dunia realiti.
No comments:
Post a Comment