Tuesday, September 28, 2010

# Kedai kopi [i]

Suasana, di sebuah kedai kopi. Cahaya agak suram. Hanya kelihatan beberapa orang sedang duduk lepak2.


Pada asalnya aku malas hendak keluar, iyelah, peperiksaan semakin hampir. Tapi apa salahnya keluar sebentar sambil menghirup kopi pekat di malam yang pekat. Sambil release tension, kata budak2 zaman sekarang. Sesampai di kedai kopi, member aku yang sorang tu dah tercangak menanti aku.


"Der, ko ni kenapa macam malas je nak kuar bile aku tepon tadi?"

"Alah, ko macam taktau. Buat ke-enam kali aku kata, aku kan exam tiap2 minggu"

"Exam je, bukan apa sangat"

"Hidup aku bergantung kat biasiswa der"

"Ha tu yg ko salah. Hidup kene bergantung kat Allah SWT"


Alaa da start da kene basuh. Ni yg malas gile..


"Meh aku nak habaq kat ang sket. Rezeki itu kerana Allah bukan kerana SPM. Orang ada SPM pun berlambak tak ada kerja. Ada ijazah UM pun tak ada kerja. Ada Master USM pun tak kerja. Kita kena ingat rezeki itu dari Allah"


"Ye tu aku tau, tapi rezeki dari Allah kepada aku berbentuk dalam biasiswa der. Tu yg aku kene belajar rajin2"

jawab aku walaupun aku tahu perang mulut ini bakal berpanjangan.


"Haa yang tu satu lagi ko silap. Tak semestinya hidup ko terjamin dengan biasiswa. Walau un ko belajar macam esok nak kiamat, tup tap, ko kerja nnt, pastu tak mampu gak. Haa camne tu bro?"


"Ish ko ni, tu masa depan. Jauh lagi, buat masa ni, kene la study dlu"


"Ko rajin pergi kelas? Tak pernah ponteng?"


"Rajin. Stakat ni alhamdulillah tak lagi. Asl tbe2 tanye?"

jwbku sedikit bangga.


"Cerita kat aku, apa yg ko belajar sem lepas."


"Err ada la pasal sekian sekian. Um tak brape igt la"


"Tengok. Apa tujuan ko belajar?"


"For the sake of exam. I think?"


"Haaa tu yg ko amat salah tu. Orang dlu2, mane ade nak exam sgt ni. Memang exam tu penting tapi untuk ape ko belajar kalau setakat nak pass exam? Untuk dapat ijazah?"


"Der, ko jgn main2. Ijazah tu penting. Kalau dapat phD lagi power"


"Ijazah tu, bagi aku, hanya sekeping kertas. Ko mintak kat makcik dalam dapur tu, pinjam lighter dia. Pastu ko bakar ijazah ko. Ape perasaan?"


"Jgn ajar aku wat kerja gile..."


"Jawab soalan aku tadi"


"Entah, rasa macam apa aku usaha selama ni sia2 kot"


"Kertas tu takde nilai. Itu hanya sekeping kertas yang diperbuat daripada pokok, pastu ditulis atasnya oleh badan atau organisasi yang kononnya prestij gle"


"Tapi bukan ke itu apa yang orang cari?"


"Yes. Sebab itu orang sekarang takde self value. Bile bakar kertas tu, tak semestinya ko bakar segala ilmu yang ko telah pelajari"


"Em.."


Err tunggu next post. Nak solat jap =)



3 comments: