Sunday, September 19, 2010

01 - Pengenalan

1st post.

Aku masih ingat lagi hari itu. Hari khamis. Seperti biasa, aku dan rakan-rakan bergerak menuju ke rumah kawan aku yang berdekatan. Dan seperti biasa juga, pertarungan bola di PS2 menjadi agenda utama kami. Biasalah, budak-budak sekolah, apa lagi yang nak dibuat kalau tidak enjoy sakan.


Tapi hari itu, hari istimewa buat diriku. Kenapa?

Kami berjalan seperti biasa, terlalu banyak kami bualkan. Dan kawanku terlihat seorang budak sekolah perempuan, mungkin junior kami.

"Imran, ape lagi, kalo ko macho, gi ar introduce"
"Heh, ape reward?"
"Esok lunch, aku support"
"Takdehal"

Dan aku berjalan mendekati 'mangsa' aku.

"Hai, seorang je?"
Tiada jawapan diberikan. Tidak langsung menoleh muke. Aku masih tenang dan cuba meneruskan perbualan.

"Rumah kat mana nie?"

"Kat belakang situ je". Dia menjawab sambil menoleh diiringi ketawa. Dan dia terus berlalu pergi.

Nama dia.. Entahlah, tidak sempat ku bertanya.

Gadis misteri, siapalah engkau.

No comments:

Post a Comment