Sunday, September 26, 2010

Suatu petang di hari Jumaat

Selesai menunaikan fardhu kifayah hatta solat jumaat, aku melepak sebentar. Malas nak berebut dengan orang ramai untuk keluar masjid. Mana taknya, dengan kereta, moto, jalan kaki. Memang sesak!

Selang lima minit, aku mula bangun dan menapakkan langkah ke tempat aku letak selipar aku. Keluar dari masjid, ada sekumpulan manusia sedang membuat bulatan. Hati aku terdetik..

"Aik, dalam masjid pun ada orang wat magic show ke"

Seperti naluri biasa seorang manusia biasa, aku cuba menjengah apa yang ada.

Ya Allah, darah! 

Darah pekat merah membasahi lantai simen. Dalam tiga gelas juga aku kira2. Di situ terbaring seorang lelaki sambil kepalanya dipangku oleh seorang jemaah. Seorang lagi bertanya kepada mangsa untuk memastikan mangsa itu masih sedar. Seorang lagi sedang bercakap melalui telefon, mungkin telefon ambulans. Dan seorang lagi baru berlalu dan datang semula membawa kain pelikat.


------------------------------------------------------------------------

Aku hanya sekadar penonton. Tidak ada apa yang aku mampu tolong. Aku belajar kursus jurusan kejuruteraan, ilmu kedoktoran aku terlalu sedikit. Ketika itu aku berasa terlalu lemah, sebab tidak dapat menolong saudara seagama aku. Dan baru aku sedar, sistem yang kita hidup ini salah! Semuanya salah!

Dahulu, para cendekiawan Islam bukan seperti kita! Yang hanya mendapat phd dalam satu jurusan tertentu, tapi mereka jauh lebih hebat! Mereka ada tiga 'phd' dalam jurusan yang berlainan. Biologi, kimia dan fizik. Dan kerana itu mereka berupaya menemui banyak teknologi baru, mengembangkan ilmu sehingga ada pihak yang cemburu buta dengan kemajuan tamadun Islam dan cuba memusnahkan tamadun Islam.

Dan kita? Kita hanyalah satu peratus dari cendekiawan Islam terdahulu. Mungkin kurang lagi.

Mungkin.

---------------------------------------------

Kepala itu dibalut kemas untuk memastikan pendarahan tidak berlaku. Ya itulah perkara pertama yang wajib dilakukan sekiranya berlaku pendarahan - menghentikan pendarahan. Dan merujuk kepada abang ipar aku hatta seorang doktor, oleh kerana lelaki itu darah di belakang kepala, se-eloknya dibaringkan mengiring bagi mengelakkan pendarahan. Kepada mereka yang mempunyai ilmu dalam kedoktoran, boleh confirmkan dengan aku? 

Dan aku berlalu pergi. Kerana aku ada urusan yang perlu dilaksanakan. Sesampai di rumah, aku menceritkan kepada ibuku. Dan aku bersiap2. Dan aku keluar kembali dengan 'mencilok' kereta kakak aku. Siapa suruh block kereta aku.

Dan dalam perjalanan aku ke rumah kawan aku, sekali lagi aku melewati masjid itu. Dan tiba2 di belakang ada sebuah ambulans. Aku lantas memberi laluan kepada ambulans untuk melintasi aku. Dan...

Eh ambulans! Ekau terlajak! Gate kat sebelah kanan ni ha. Asal gi depan lagi. Dan aku terus memecut mengikuti ambulans itu. Dan ambulans itu berhenti di hadapan sekumpulan pelajar smk. Dan pelajar smk tu tidak mengerti apa2. Macam ditanya soalan matematik tambahan lak ye..


Aku pun membuka tingkap. Dan abg co-driver tu turut membuka tingkap. Dan aku beritahu,


"Bang, masuk kot sana"


Aku harap lelaki itu tidak ada apa-apa yang serius.


No comments:

Post a Comment