Monday, September 27, 2010

18 - Beralah

Sepuluh campur lapan


Aku tahu liza mungkin membenci aku. Tapi, mungkin juga salah aku. Mungkin Liza tidak seperti perempuan lain. Dia.. istimewa buat diri aku. Gayanya, sudah cukup untuk hati salji aku cair seperti magma kepanasan.


Dan pada hari Khamis, malam Jumaat itu, aku membuat keputusan. Apa nak jadi, lantak pi!


"Liza, sy tahu awk mungkin teramat membenci sy. Dan sy tahu, sy yg bersalah dalam hal ini. Cuma sy pinta kepada awk, sy nak jumpe awk untuk kali terakhir. Mungkin kali terakhir dalam hidup sy"

Seminit kemudian, deringan telefon berbunyi. Liza! Alah, reply mesej sudah la...

"Hai Im"

"Assalamualaikum"

"Waalaikumsalam. Dari dlu, awk mmg suke perli sy kan"

"Haha terbiasa. Dah sy mmg macamni, tak boleh nak ubah"

"Erm, kenapa hantar msg mcmtu td? Im sakit ke?"

"Eh taklah, nak kasi dramatik sket je"

"Eeiii die ni, ske wat org risau tau!"


Dan siapa tahu, hanya satu sms, hanya 4 baris ayat, di mana satu ayat jiwang, mampu menjernihkan hubungan antara kami.


Hati perempuan. Cukup mudah terusik. Dan hati Liza, akan aku jaga seperti berlian terakhir di dunia!

No comments:

Post a Comment