Monday, September 27, 2010

17 - Antara aku dan kau

Kosong-satu-tujuh.

Liza sudah lama menyepi dari hidupku. Hampir sebulan tidak bertegur. Aku kecewa dengan tindakannya. Tapi mungkin itu juga yang terbaik buat kami.

Antara aku dan kau, tidak mungkin ada apa-apa. Sebab aku yang menentukan haluan hidup aku sendiri. Ya, memang hidup ini berserah kepada takdir, tapi bukankah Allah SWT tidak akan mengubah nasib sesuatu umat itu sehingga mereka sendiri yang mengubahnya? Aku tidak terkecuali!

Kau terlalu istimewa buat diriku. Aku memang menyukai dirimu. Sikap mu. Lemah lembut mu. Kau memang pandai membuat diriku terpikat. Cuma aku..

Cuma aku tidak mahu melukai dan dilukai.

Cukuplah sekali. Dan itu pun meninggalkan parut yang begitu mendalam. Satu sejarah pahit dalam masa silamku.

Andai dapat ku putar waktu, aku tidak mahu berjumpa dengan kau, Liza. Kau membuat jiwaku separuh gila!


4 comments: