Sunday, September 19, 2010

13 - Diperhatikan.

13th post.


Ahh benci sungguh aku dengan kelas matematik tambahan. Menambahkan serabut di kepala saja! Ditambah dengan guru yang tidak ku suka, walaupun hakikatnya dia begitu tekun mengajar anak murid. Entahlah, mungkin jiwa aku yang bermasalah.

"Im, kau tengah angau apa?"
"Ha? Apsal pula"
"Itu, liza"
"Ha?"
"Sana la mankok"

Dan baru ku menyedari bahawa tingkahlaku ku sebenarnya diperhatikan. Mata kami bertentang. Dan dia terus memalingkan muka lalu melangkah kembali ke kelas.

"Heish minah ni. Selalu sangat ke dia stalk aku Bard? Seram aku, dahlar kelas setentang je"
"Aik, awek punya cun, takkan kau cair lagi kot. Hari-hari dia usha kau"
"Ni la balasannye kot usha orang hari-hari. Hahaha" cakapku cuba menteteramkan jiwa.

No comments:

Post a Comment