6th post.
Dan siapa tahu, dalam sekelip mata, kami menjadi kawan rapat.
Kami menjadi lebih intim kerana waktu rehat kami sama. Aku selalu belanja dia. Niat aku? Hanya sekadar berkawan. Suka? Sayang? Cinta? Cukuplah pengalaman yang dah pernah aku rasa.
Entah mengapa hati aku tertarik pada dirinya. Mungkin kerana dia sering tertawa. Mungkin dia amat mengambil berat tentang aku. Dan mungkin juga dia lawa orangnya, pada paras dan pada sahsiah. Hati lelaki mana tidak terusik?
Di sekolah, kami sering juga bertegur sapa. Kawan-kawan aku sudah mula mengatakan aku mempunyai teman baru. Berkali-kali ku menidakkan. Hanya sekadar kawan.
"Im Im, nanti kau tengoklah sendiri. Satu hari, mesti kau akan cair punya"
"Cair? Dengan liza? Sebab dan alasan?"
"He eleh, buta hati betullah kawan aku nie. Awek sikit punya baik, kau tak nampak?"
"Kau nak, ko ambillah"
"Takkan kau teringat Ima lagi?
Aku terdiam.
Ahh, Ima. Nama yang sering ku ucapkan. Im dan Ima. Bagai dua tetapi satu. Kenapa kau harus pergi meninggalkan aku sendiri...
No comments:
Post a Comment