Hari itu hari Isnin. Seperti biasa, perhimpunan yang membosankan di awal pagi hari. Aku selaku pengawas yang tidak bertauliah
hanya ditugaskan menjaga barisan. Minggu lepas baru sahaja aku ditugaskan membaca doa. Mujur juga tidak gagap ketika itu.
Dan hari ini, aku duduk di barisan paling belakang. Aku menjaga kelas tingkatan 2 Mawar. Dan itu bermakna....
Liza wajib berada satu meter di belakangku! Kerana dia merupakan penolong tingkatan.
Dan aku menoleh ke belakang, mataku tetap memandang Liza. Liza sedang bergelak ketawa dengan rakannya. Dan Liza tahu bahawa gerak gerinya diekori
oleh anak mata seseorang, aku. Liza memandang ku kembali. Mata kami bertentangan. Dan riak wajah Liza terus bertukar. Tiada lagi gelak tawa.
Liza memandang ke bawah.
"Hoi!"
Omak kau. Alah makhluk mana pula tak reti2 nak bagi salam. Gugur jantung aku!
"Siot kau bard, kot ye pun, toksah la tampar belakang aku kuat sangat. Rosak pancreas aku tau tak!"
"Im, setahu aku pancreas kat perut"
"Ahh apa-apa je la"
"Ni dah lain macam ni"
"Macam apa?"
"Aha ko tengah usha dak blkg tu ye...."
"Eh manede"
"Alah Im, aku kenal ko sjak dari dalam perut bayi ibu ko lagi"
"Aha banyak la kau. Kite jumpe time form 1 kot"
Dan hari Isnin berlalu tanpa apa-apa istimewa yang berlaku...
No comments:
Post a Comment