4th post.
Dan sewaktu dia melintasi aku buat kali kedua, mulut aku tergerak sendiri.
"Err, nama awak siapa?"
"Em sapa? Saya?"
"Yes"
"Hasliza. Kenapa?"
"Oh. Em boleh kita berborak sebentar?"
"Boleh tapi sekejap lagi saya kene pergi latihan netball"
Dan kami terus berborak. Entah mengapa, baru seminit lalu dia merupakan stranger kepadaku. Dan kini, kami berborak seolah-olah lama kenal. Pelik kan?
Dalam sepuluh minit kemudian, rakannya memanggil.
"Liza! Game nak start dah! Cepat!"
"Em liza, baik awak pergi dulu. Nanti kita boleh borak lagi"
"Ok. Saya pergi dlu."
Liza bangun tapi entah mengapa mulut aku tergerak buat kali kedua.
"Eh kejap. Awak pakai maxis ke celcom?"
"Maxis, kenapa?"
"Ha tulis nombor kat atas buku nie boleh?"
Liza kelihatan sedikit serba salah. Tapi dia mencapai jua pena yang aku hulurkan, lalu menulis 10 nombor keramat itu.
Dan nombor ini, masih tertera di halaman 13, buku sains aku. Sehingga kini.
"Thanks"
"Tapi saya jarang msg tau, jadi jangan berharap sangat saya akan balas"
Heh, gadis ni saja nak jual mahal. Tapi tidak mengapa, aku cuma ingin berkawan sahaja. Lebih2? Aku tidak mengharapkan apa2. Ckuplah cinta aku yg dlu.
No comments:
Post a Comment