Kosong.
Aku perhati kipas di siling. Berpusing-pusing. Anak mata aku mengekori halaju kipas itu. Semakin lama, semakin ku rasakan laju. Dan kepala aku juga berpusing. Ah pening!
Di hadapan, aku terdengar suara lecturer mengajar. Lantas aku tolehkan muka aku kehadapan. Dan..
Kosong.
Entah kenapa, aku rasakan jiwa aku kosong. Bukan tidak berminat belajar, cuma aku tidak faham kenapa harus belajar semua ini. Belajar dan belajar. Kemudian menghadapi peperiksaan. Lulus atau gagal. Kalau rajin, dapat title pelajar cemerlang. Kemudian?
Lupa. Kenapa?
Sebab ilmu itu kita tidak gunakan dalam seharian. Jadi, untuk apa menimba ilmu kalau begitu? Pelik sungguh manusia zaman sekarang. Pernah aku juga bertanya kawan,
"Weh, kan kita belajar tajuk exponential ni kan. Cerita skit kat aku apa ko leh wat ngan graf die sume mende nie?"
"Entah ler , belaja je"
Belajar tiada tujuan. Kaedah hafalan digunakan. Kita dijadikan boneka. Mana dia umat yang belajar kerana ingin membantu saudara mereka? Mana dia umat yang belajar kerana dahagakan ilmu? Biasiswa dapat pun malas belajar. Siap beli ps3, hp baru. Cam haram! Kata kawan aku lah.
Bukan aku mahu bersikap pesimis. Aku akui, belajar itu penting. Amat penting. Kalau tidak pandai ilmu kira-kira, boleh jadi ditipu sewaktu membeli barang. Jika tiada ilmu berbahas, segala hujah kita dalam menegakkan Islam akan terbatas.
An idea is just an idea until it is expressed to the others
Belajar mestilah menggunakan hati. Hanya dengan hati, baru kita boleh menghayati ilmu itu sendiri. Kalau setakat belajar dengan hafal tanpa kefahaman dan praktikal, lebih baik anda tidur. Lagi syiok dari memeningkan kepala dan buang masa.
Dan aku? Masih mencari erti kenapa aku ambil engineering. Em...
p/s : Jadi belajar sebab anda mahu belajar. Bukan sebab ikut kawan, dipaksa family, atau mengejar segulung ijazah yang belum tentu ilmu dalam diri anda diiktiraf.