Friday, October 1, 2010

Happy Fathers & Mothers Day

3 o'clock in the morning, and i'm thinking of the past


Wah, masih awal untuk tidur. Yelah, awal pagi kan? Terkenang zaman kanak-kanak dulu.



Pukul 10 dah ni. Gi masuk tidur!

Ala, citer nie tak abes lagi.

Besok kan sekolah. 



Dan biasalah. Kuasa veto ayah. Takde siapa mampu melawannya. Dulu aku cukup tak suke. Tapi sekarang bila dah menginjak dewasa, baru aku sedar yang ayah aku sayang dekat anak-anak dia. Yelah, esok nak kelas, mestilah tidur awal. Nak menuntut ilmu mesti dalam keadaan yang cergas!


Selalunya bila balik dari sekolah, aku akan terus menghadap komputer. Wah games! Hobi aku zaman kecik. Dalam pukul lima, aku dah ready. Ready untuk dengar deruan enjin. Ayah dah balik bererti pantas aku save game dan off computer. Bijak kan?


Tapi ayah aku lagi bijak. Dia balik, dia tanya aku. 



Main game ye?


Eh manede. 

kecik2 dah pandai menipu. ish3



Lalu ayah meletakkan tangan di atas monitor. 



Kenapa rasa panas je? 



Dan malam itu terpaksalah aku siapkan double assignment yang diberi oleh ayah aku. Oh, dulu2 time kecik, ayah aku selalu beli buku latihan. Tiap2 malam kene wat tiga chapter. Paling kurang. Walau un kadang2 aku ter-tiru jawapan belakang. Kadang je! Dan sekiranya malam itu hari jumaat malam sabtu, maka bermakna, aku terlepas tengok mega movie... Lagi..


Kasih ayah dan kasih ibu, tiada bandingan. Kasih seorang kekasih tidak mungkin akan capai satu peratus pun kasih ayah atau ibu. Sebab kasih seorang kekasih akan sentiasa mempunyai makna terselindung, biarlah harta, paras, pangkat atau permainan. Tapi kasih seorang ayah atau ibu adalah kasih yang tulus dan ikhlas. Bukti?


Pernah tak ayah atau ibu korang hulur resit dan berkata



Nah perbelanjaan selama ayah/ibu tanggung kamu. Kamu dikehendaki membayar 'pinjaman' ini dalam tempoh 5 tahun selepas bekerja. Sekiranya kamu terlewat bayar, maka bunga akan berganda2




Pernah? Kasih seorang kekasih pula?



Awk ni, dlu sy yg slalu blanje tiket wayang. Awk tak pernah belanja sy pun! Awk xpnah pun nak beli hadiah tuk sy. Sy je slalu kene topupkan awk. Kita putus!




Hah. Contoh ekstrem lak. Sorry2.



Happy fathers/mothers day? Nah, aku jarang sambut. Sebab aku tahu, setiap hari merupakan happy fathers/mothers day =)


Have you kissed them at their cheeks and say how much you love them like you always said how much you love your bf/gf which we already know all of the bf/gf stuffs is plain bullshit? :)


Oh, and aku malas nak tulis panjang2 lagi. Sebab tadi baru menaip dua esei yg berjumlah 1000 patah perkataan. Tu belum kira chat kat ym, comment kat fb, search kat google, salah type, etc2. And ngantuk. Harini exam. Lagi :)

5 comments: