Sunday, October 3, 2010

27 -One-Four-Three. Seven.

Aku memerhati soalan matematik tambahan di hadapan aku.



Ah. Kusut. Hmm dah sepuluh minit aku merenung. Tapi pen tetap melekat di tangan aku. Enggan untuk menulis. Fikiran ku menerawang jauh peristiwa siang tadi. Di hospital.


Lantas aku tolak tepi semua buku dan aku membuka laci meja. Aku capai diari itu, yang berwarna hitam. Kelihatan agak lusuh, mungkin juga kerana aku telah lama tidak menulis diari. Ku selak ke helaian yang suci. Dan mata pena bergerak seolah ia hidup sendiri.



Sy.. sy.. sakit sy kronik.

Terngiang lagi kata-katanya. Ima, kenapa kau tak mahu beritahu aku awal2. Aku tahu kau cuba jaga hati aku, tapi untuk apa. Tidak mengertikah kau hati aku yang sebenarnya? Aku mahukan yang terbaik untuk kau!




Sy.. mungkin mati tak lama lagi.


Aduh. Ima. Ajal maut itu di tangan tuhan. Aku juga mungkin akan mati, mungkin esok, mungkin sekarang. Aku tahu kau sedang merana, cuma tabahkan hati kau. Aku hanya mampu membantu setakat yang terdaya..


 

Ima. Whatever happen between us, I just want you to know that you'll be the princess no matter what.


Just so you know..


Dan aku meletakkan pen dan aku baca kembali apa yang aku tulis. Dan tanpa aku sedari, ada tompokan basah di atas helaian itu.


Menangiskah aku? Tapi kenapa? Menangis tidak akan membantu apa-apa. Tapi kenapa ada air jernih mengalir perlahan dari mata aku.


Ima. One-Four-Three. Seven.


Catatan Im berakhir

---------------------




 

2 comments: