Monday, October 4, 2010

28 - Diari Ima

Catatan Ima


5 Mei. 


Kelmarin aku pengsan lagi. Cuma kali ini mungkin agak teruk berbanding dulu. Dahulu, aku hanya perlu berehat di bilik sakit sekolah, tapi kali ini aku terpaksa tinggal di wad beberapa hari. Hidup dengan ubat. Aku dah biasa. 


Kelmarin juga Im datang berjumpa dengan aku. Aku tahu dia marah dengan aku kerana menipu dia selama ini. Tapi aku terpaksa. Terpaksa! Aku tidak mahu hidup disayangi hanya kerana kasihan semata-mata. Aku mahukan kejujuran. Mungkin cara aku salah, tapi itu hanya caranya untuk mengetahui isi hati Im yang sebenar. 


Badan aku terasa lemah sekarang. Hendak bergerak sendiri masih tiada daya, perlu ada orang papah aku. Terasa hidup ini sangat azab. Ya Allah, bukan aku menangisi kehidupan ini, aku tahu bahawa penyakit dapat menghapuskan dosa. Tapi kenapa aku? Aku hanya insan yang lemah, dan aku.. aku juga mahu hidup normal.


Dan semalam Im mengingatkan aku. Yang Allah takkan bebankan seseorang melainkan dia mampu menanganinya. Tapi mampukah aku untuk bertahan. Aku sudah di tahap kritikal. Bila-bila saja malaikat Izrail boleh menjemputku. Bila-bila masa saja aku boleh pergi...


Dan apa terjadi sekiranya aku pergi? Akan ditangisikah pemergian aku? Atau aku hanya hidup sebagai watak sampingan dunia ini. Watak yang beruntung kerana dapat mengenali Im. Dan Im. Apa akan terjadi kepada Im nanti. Uhm, aku tidak mahu menyusahkan Im lagi. Mungkin aku patut....


Ya, aku patut berbuat begitu. Tapi aku mahu menunggu masa yang sesuai dahulu. 


Im, maafkan Ima. Ima terpaksa. Untuk Im, Ima terpaksa buat macamni.


Maafkan Ima.


Catatan berakhir

--------

No comments:

Post a Comment