Destinasi : Colmar, Bukit Tinggi, Pahang.
Tarikh : 22 Januari 2011
Oleh kerana aku terlalu pero [pro], maka untuk bersiap, mandi, bancuh air milo, makan dua keping roti, mencari dompet yang terlupa campak kat mana dan memandu kereta ke MFI dalam masa kurang 30 minit adalah tidak mustahil sama sekali.
Oh ya, kalau pagi tadi anda nampak sebuah kereta satria warna putih memecut di jalan raya antara jam 7.50 pagi dan 8.00 pagi di Seksyen 15 Bandar Baru Bangi, itu kemungkinan adalah aku. Tapi tak pernah-pernah aku nak insaf bangun lewat ni...
Sampai je depan MFI, aku park kereta. Dan berlari ke arah bas. Siot. Seorang pun tak naik bas lagi. Memang hati aku membara. Semalam kata pukul 7.30 kumpul dan 8.00 bertolak. Ah memang hampeh. Dan aku meredakan bara hati aku ni dengan meminum air kosong sebanyak 2-3 cawan. Penat sia drift pagi tadi...
Dan setelah semua naik atas bas, semua rilek2. Aku baru je nak sambung mimpi yang tak berapa indah pagi tadi. Lepastu boleh 'band' dekat belakang bas bantai karaoke. Sepanjang perjalanan kot karaoke. Tapi takpelah, hilang sikit kesunyian perjalanan. 2 jam ke Bukit Tinggi.
Dan sesampai di Bukit Tinggi, kami terpaku. Maklumlah, baru kali pertama jejak kaki kat situ.
Well, let these pictures tells you the story of today.
Ni pintu masuk bagi Colmar Tropical. Masa tu semua macam "wuuuu". Cuaca nyaman macam duduk dalam aircond.
Ni dekat dalam 'kota' Colmar Tropical. Ada mirip-mirip macam L'est de la France [east of France]
kata lecturer kami lah
Ni pemandangan dari view deck. 4 tingkat je pun. Tapi tak sangka ada kawan aku gayat. Patut la sepanjang masa control macho pegang dinding.
Antara restoran dekat situ. Setin 100 plus berharga Rm4. Cornetto Rm5. Dan satu meal japanese Rm39.
Jam menunjukkan 10.30 pagi ketika kami baru je sampai. Plan balik pukul 5 petang. Ada lagi 6 jam 30 minit!
Paintball. Rm1 per bullet. Total accuracy : 4/10 shots. Serius main counter-strike lagi senang headshot. Mengaplikasi pengiraan particule trajectory bagi menembak sasaran.
Ini lah remaja Pre France. Perempuan pun join. Tak lupa ada game antara Hisyamuddin mecha dengan Mr. Kolia.
Result : The prof always win.
RM12 aku habis kerana game ni. Kene pancing itik. Kat bawah itik, ada tertulis nombor. Kalau dapat nombor 0, tak dapat hadiah. Dan tiga kali aku dapat kosong.. Jackpot!
Rasa macam main judi pula. Serius ketagih tapi terpaksa tahan nafsu ingat isi dompet.
RM3 per person.
Memories : Priceless.
Ini adalah rusa. Aku masih tak dapat bezakan rusa, kijang, pelanduk dan spesies yang sama waktu dengannya.
Eh, ni bukan kuda. Ini keldai.. Pendek kemetot je.. Aku datang je, terus hulur kepala.
Serius aku tak tahu apa nama saintifik untuk pokok-pokok.
Ni err ni. Em takpe, tak penting. Haha.
Mungkinkah ini bunga yang diberi nama ungu karmila? Ye ke cik ungu?
Jarang aku jumpa bunga warna biru. Rasa nak petik, tapi takut ada penunggu marah....
Ya, kami berada 3500 kaki atas paras laut, dan ada lagi yang kami belum daki. Mula-mula ingat nak ronda naik basikal tapi kena bayar deposit RM500. Syukur juga sebab gila la jauh nak naik basikal....
Mini waterfall. Siap ada ikan koi bawah jambatan. Makanan ikan, RM1. Ingat nak tangkap pastu goreng, tapi tak dapat-dapat.
Dan ini adalah seekor kuda. Ya, kuda.
Dan sesi lead guide. Mahal tapi berbaloi.
Kiri tu Midnight. Kanan tu tak ingat.
Yang kelakar, time balik, semua pelajar, lecturer dan driver bas terpaksa ambil dua mangkok atas ni dekat tempat lain. Sebab dua ni je yang berani gi sesatkan diri, main suka hati naik shuttle.
No comments:
Post a Comment