Thursday, January 6, 2011

60 - Hari Selasa itu

Kini November telah menjelma. Antara sedar dan tidak, sudah hampir sebulan Liza menanti jawapan dari lelaki itu. Tapi sehingga sekarang message di facebook tidak berbalas. Liza sudah putus asa.

---------

Happy birthday!

Terkejut Liza. Matanya segera digosok2. Roomatenya yang seorang ni memang tak faham bahasa. Pukul 5 pagi dah. Tengah malam tadi tido awal, sekarang baru nak wish. Nasib baik roomate baik. Boleh lah dimaafkan.

Birthday tak birthday, Liza rasa kosong. Mungkin sebab agak lama juga die tidak meraikan sambutan harijadinya. Kalau ada pun hanya lah sepotong kek Secret Recipe dan jamuan kecil dalam family. Tapi sudah lama Liza tidak merasakan begitu.

Dan harini adalah hari Selasa. Kelas. Jadual yang memang packed. Hm lagi lah best sambut birthday macam ni. Ingin sahaja Liza memonteng kelas tapi apakan daya, hendak jadi pelajar cemerlang, terpaksalah bekorban sedikit. Lagipun setakat birthday, apalah sangat. Bukan siapa pun yang ingat.

Hari menjelang tengahari. Dan dia masih tidak dapat panggilan dari keluarganya. Ah, mungkin family terlalu sibuk untuk memikirkan hari apakah ini. Walau pun Liza sedikit sedih, tapi apalah yang boleh dilakukannya. Redha je lah..

Petang itu, kira-kira pukul 6, Liza menghembus nafas lega. Kelas sudah tamat untuk hari ni. Pening pening. Terlalu banyak input dimasukkan dalam otak. Sudah tepu dirasakan. Dan Liza beransur ke cafeteria untuk mengisi perutnya. Dia tunggu sahaja di meja sementara rakannya pergi ke kaunter untuk membuat pesanan.

Tapi hati Liza terasa semacam. Perlahan Liza mengangkat kepala. Dia terasa seperti gerak gerinya diperhatikan. Dia menoleh ke belakang. Tiada siapa. Ke kanan. Hanya sekumpulan pelajar sedang bergurau senda. Cafe petang itu agak lengang. Mungkin ramai yang sedang asyik di padang. Hmm..

No comments:

Post a Comment