Wednesday, January 12, 2011

02 - Program's structure

Dalam program tu, mestilah korang nak tunjukkan sesuatu, seperti "I Love You". Kan?
So command die teramat simple. Tapi kita kene tahu structure dan juga jenis2 command.




Contoh satu program simple.



#include<-iostream>
// <-iostream> tak jarak
using namespace std;

int main()
{
cout << "I love you" << endl;
system ("pause");
}



Okay, jom tengok line demi line.


#include <-iostream>
Iostream adalah singkatan bagi Inputoutputstream. Apabila menggunakan #, sebenarnya kita menggunakan satu program yang telah ditulis dan dimasukkan ke dalam libary dalam folder software C++. Fail ini mengandungi deklarasi basic standard input-output library dalam C++.



// <-iostream> tak jarak

penggunaan // adalah untuk menulis komen2 anda. Ianya sesuai bagi menulis info tambahan atau menulis peringatan. Dan di sini, aku tulis seperti kat atas untuk memberitahu korang bahawa sebenarnya <-iostream> di line pertama itu tidak jarak. Sebab apabila aku tulis <-iostream> secara dekat, nanti line itu hilang.


Nota ringkas.
// adalah untuk menulis komen bagi satu line SAHAJA. Sekiranya anda ingin menulis komen beberapa line, anda boleh menggunakan /* masukkan komen anda sepanjang anda suka */




using namespace std;

Semua elemen dalam standard C++ library telah pun di-deklarasi dalam namespace std, std adalah singkatan untuk standard. Jadi untuk menggunakan apa yang sudah ada, kita menggunakan line di atas. Line ini dan juga line pertama tadi boleh dikatakan wajib ada dalam setiap program C++.




int main ( )

Line ini berkait rapat dengan permulaan main function. Main function adalah core atau tempat utama di mana semua program C++ memulakan execution. Function lain boleh diletakkan sebelum atau selepas main function tapi mana-mana program C++ tetap bermula dari main function. Jadi, line di atas adalah amat-amat penting.

Perkataan int main di-ikuti dengan simbol ( ). Sesuatu function hendaklah di-declare jenis seperti int, void, atau float. Dan parameter akan diletakkan di dalam kurungan ( ) tersebut. Seterusnya, selepas kurungan, 'badan' main function adalah di antara simbol { }. Apa-apa yang terletak dalam { } adalah program yang akan di-execute.




cout << "I Love You" << endl;

Ini adalah ayat simple dalam C++. Penggunaan cout adalah untuk mempamerkan tulisan di antara simbol " ". Cout menggunakan << manakala cin pula adalah >> .
Penggunaan endl adalah merujuk kepada endline, di mana program ini akan meng-execute apa2 arahan selepas endl di line seterusnya.

Perhatikan line di atas diakhiri dengan simbol ; . Penggunaan simbol ini adalah untuk menandakan pengakhiran line dan ianya mestilah dimasukkan dalam setiap keterangan dalam C++. Kebiasaannya, apabila kita terlupa untuk meletakkan ; , kita akan menerima satu message error yang mengatakan syntax errors.


Nota ringkas.
Penggunaan << endl; boleh digantikan dengan "ayat-anda \n";




system ("pause");

Line di atas memberikan arahan kepada program untuk pause program untuk sementara waktu. Sewaktu ini, anda boleh melihat ayat
Press any key to continue . . .
terpapar di skrin.


Nota ringkas
return 0; juga boleh digunakan. Tapi program akan terus keluar tanpa pause.





Program di atas (dalam kotak oren) juga boleh ditulis dalam satu line sahaja, seperti berikut.




#include<-iostream>using namespace std; int main(){cout << "I love you" << endl; system("pause");}



Tapi perasan tak anda, betapa serabutnya program anda dan susah untuk membaca. Bayangkan program anda beratus-ratus line panjang.

No comments:

Post a Comment