Thursday, January 13, 2011

05 - Identifier

Satu identifier yang sah adalah urutan oleh satu atau lebih abjad, nombor atau simbol _ . Space atau simbol tidak boleh menjadi sebahagian dari identifier. Satu variable identifier WAJIB dimulakan dengan satu abjad. Variable identifier juga boleh dimlakan dengan simbol _ , tapi dalam sesetengah kes, ada sesetengah keyword atau external idtentifiers yang mengandungi dua successive underscore abjad. Dalam apa-apa kes sekalipun, variable identifier tidak boleh dimulakan dengan digit.



Bila mencipta identifier, harus diingat bahawa identifier tersebut tidak boleh sama dengan keyword dalam C++ atau compiler. Keyword standard yang telah di-reserve adalah :


asm, auto, bool, break, case, catch, char, class, const, const_cast, continue, default, delete,
do, double, dynamic_cast, else, enum, explicit, export, extern, false, float, for, friend, goto,
if, inline, int, long, mutable, namespace, new, operator, private, protected, public, register,
reinterpret_cast, return, short, signed, sizeof, static, static_cast, struct, switch, template,
this, throw, true, try, typedef, typeid, typename, union, unsigned, using, virtual, void,
volatile, wchar_t, while



Selain itu, perwakilan alternatif untuk beberapa operator tidak boleh digunakan sebagai identifier kerana mereka adalah perkataan yang di-reservedi bawah beberapa keadaan:


and, and_eq, bitand, bitor, compl, not, not_eq, or, or_eq, xor, xor_eq


Nota ringkas
Bahasa C++ adalah "case-sensitive". Bermakna, identifer, RESULT, result dan Result adalah identifer yang berbeza.
Contoh, RESULT = 5, result = 3, Result = 2 dan reSUlt = 1.
Keempat identifier tersebut mempunyai nilai yang berbeza2.

No comments:

Post a Comment