Specifier data type diikuti variable identifier.
Specifier data type terdapat beberapa jenis seperti int,bool,char,float etc2.Manakala variable identifier adalah seperti yang telah diterangkan dalam 05 - Identifier.
Sebagai contoh : int nombor_pertama, float nombor_kedua, char jawapan
Nota ringkas.
Int a,b,c; adalah sama dengan int a; int b; int c;
Jenis int terbahagi kepada dua, signed atau unsigned. Signed mewakili nilai positif,negatif dan kosong manakala unsigned hanya mewakili kosong dan nilai positif. Ianya bergantung kepada range digit yang perlu digunakan. Ini boleh diubah dengan menggunakan specifier signed atau specifier unsigned sebelum jenis variable itu.
Sebagai contoh : unsigned int umur; signed int baki_akaun_bank.
Harus diingat umur adalah nilai yang positif, tiada satu manusia pun mempunyai nilai umur yang negatif, jadi unsigned int digunakan. Begitu juga sebaliknya bagi baki_akaun_bank kerana baki boleh menjadi negatif (hutang).
Nota ringkas
Int apa2 adalah sama dengan signed int apa2.
No comments:
Post a Comment