Katakan anda perlu mengingati 2 nombor pada masa yang sama. 10 dan 4. Anda baru sahaja menyimpan dua nilai berbeza dalam memori anda. Sekarang, katakan anda diminta untuk menambah 4 dan 10, dan seterusnya menolak 4 dari 10. Maka anda akan mendapat 2 jawapan (14 dan 6) tapi anda hanya menggunakan dua nilai sahaja.
Seluruh proses di atas yang anda lakukan secara congak, adalah hampir serupa dengan apa yang komputer lakukan dengan dua variable. Proses itu boleh dibuat semula menggunakan arahan C++ yang berikut.
a = 10;
b = 4;
result = a + b;
RESULT = a - b;
Setiap variable digunakan untuk menyimpan sesuatu nilai samada predetermined atau pun di-input oleh pengguna itu sendiri. Contoh variable yang telah digunakan di atas adalah a,b,result dan RESULT. Anda boleh menggunakan simbol abjad, nombor atau satu simbol _ sahaja untuk membuat variable.
No comments:
Post a Comment