Friday, April 1, 2011

62 - Awak, terima kasih =)

Liza terharu. Meskipun hanya satu slice, tapi cukup bermakna. Familynya langsung melupakan birthdaynya pada hari itu. Liza sedikit terasa. Rakan-rakannya pula seperti tidak mengendahkan hari itu. Iyelah, university life, semuanya sibuk. Teringat dulu masa dia di asrama, siap ada pesta simbah megi lah, air sirap lah, itu lah, inilah..





Dan kini, di hadapannya ada seorang lelaki. Yang mungkin tidak mengenali dirinya begitu banyak. Tapi sudah cukup untuk menyentuh hatinya itu. Ya, dia memang tidak dapat berkata apa-apa kerana sudah sekian lama dia merasakan dirinya istimewa buat seseorang. Selama ini, dia lebih suka menyediri, melayan perasaan kerana baginya tiada siapa-siapa pun akan faham tentang penderitaan dirinya itu. 






"Em terima kasih"
Bicara Liza memecahkan keheningan suasana.






Amsyar senyum lega. Sangkanya wanita itu marah dengan dirinya. Dan perlahan Amsyar mengundur ke belakang memberi ruang untuk Liza. Liza hanya tersenyum melihat perlakuan Amsyar. Takut juga mamat ni ye dengan aku. Haa tengok la nanti...






"Hm nak pegang je kek tu? Taknak kasi kat birthday girl ni ke?"






Amsyar hanya mengangkat kening. Eish, tak sabar juga minah ni ye. Perlahan Amsyar hulurkan kotak merah itu kepada Liza. Dan Amsyar duduk setentang Liza tanpa dipinta. Liza pula sudah sedia hendak menyuap kek ke dalam mulut. Dan tiba-tiba Liza menekup mulut. Anak matanya menjadi besar.






"Eh Liza? Are you okay? "
tanya Amyar sedikit cuak.






Liza terus menekup mulut dengan kuat. Tangannya satu lagi menekan perut. 






"Eh Liza. Nak air ke? "
Amsyar bingkas bangun hendak menuju ke kaunter.








Dan tiba-tiba juga, Liza menjadi normal. Dan Liza berkata..








"Acah je. Takut jugak awak ye. Lain kali, jangan buat suprise kat saya. Tak gemar tau"








Dan Amsyar hanya mampu terdiam.

No comments:

Post a Comment