Indigo : Hai, busy ke?
Leeza : Em kejap lagi busy lah.
Indigo : Oh mahu keluar dengan pakwe kah?
Leeza : Eh tak. Kan ada pesta tanglung dekat dewan. Awak tak pergi?
Indigo : Ohh tak ajak. Too bad it's too late. Saya dah kat rumah dah. Homesick haha
Leeza : Hmm saya pun :(
Indigo : Pukul berapa kene pergi tanglung tu?
Leeza : Sekarang actually. Em pergi dulu ye. Salam!
Leeza has signed out.
Leeza is on mobile.
Indigo : awk kejap!
Indigo : ish cepat betul off ye. em cuma nak cakap, rindu awak sangat. take care. wslm :)
Dan Indigo terus menanti jawapan. Namun ym nya tidak berbalas. Hm sibuk barangkali. Bunyi seakan tergesa-gesa. Tidak mengapalah. Mungkin tengah malam nanti. Dan sementara itu Liza hanya tersenyum melihat karenah mamat ni. Hm entahlah, hatinya terasa gembira tapi dia tahu, dia cuma tidak mahu peristiwa dulu berulang lagi.
Perhubungan dia dengan Im dahulu. Cukup, cukup istimewa. Tapi apakan daya, kekasih lama Im menagih kembali cinta dari Im. Dan Liza hanya menjadi mangsa keadaan. Sejak itu Liza berusaha untuk menjauhkan diri dari insan bernama lelaki. Dan usahanya sudah terlaksa sehinggalah Amsyar Khalis ini muncul dalam hidupnya.
Ah, kalaulah aku tidak meminta pertolongan dari dia masa 1st day tu, mungkin aku tak perlu susah-susah fikir pasal ni.
No comments:
Post a Comment