Tuesday, October 19, 2010

Balik kampung~

Pulang ke kampung menjanjikan kebahgiaan. Dan juga demam...


Ketika itu aku dan abang berada di Rantau Panjang. Saja jalan2 shoping kat sana. Dan tah macamana demam aku kian melarat. Dah telan panadol un xkebah2 lagi. Jadi aku pun cakap lah kat abang nak pergi klinik terdekat. Maka berjalanlah kami dalam jarak kira2 sepelaung untuk sampai ke destinasi. Dan klinik itu tutup.


Perh. Pukul 5 petang ni, dan klinik tu bukan tutup, tapi tak bukak lagi! Aku mula sedikit tidak faham. Tapi kerana kepala aku terlalu pening seperti pening menyelesaikan homework matematik, maka aku meminta abang menghantar aku ke klinik di Kota Bharu, alang-alang dalam perjalanan ke airport.


Maka bermulalah perjalanan kami hampir 40 minit. Pusing-pusing KB, adalah terjumpa 5 buah klinik. Tapi semua tutup. Ya Allah, masa tu, aku rasa macam nak pitam dah. Nasib terjumpa dengan sebuah klinik, dekat pukul 7 juga tu. Ketika melangkahkan kaki ke dalam klinik, tinggal seorang je lagi pesakit. Fuh bagus2. Aku pun daftar dekat kaunter dan menunggu giliran dengan separuh iman aku, err maksud aku dengan sabar.


Setelah giliran aku, aku pun masuk ke bilik doktor. Dan aku duduk di kerusi di sebelah meja. Dan soalan pertama diajukan kepada aku.


"Adik tahu adik allergic apa?"


"Err septrin"


"Oh okay. Adik tahu kebanyakan doktor takkan bertanya tentang adik allergic apa, tapi adalah lebih baik kalau adik sendiri memberitahu doktor itu"

sumpah dia cakap baku


"Okay"


"Adik tahu apa akan jadi kalau adik makan baktrum (kot?)"


"Err tah.."

 Ya Allah, baktrum ni menatang ape plak. Dah lar bio dlu aku tido je..


"Adik tahu septrin dan baktrum berasal dari keluarga yang sama bla..bla..bla" 

Selama hampir 2 minit


"Err okay.....Doktor, boleh cepat skit tak. Saya ada flight malam ni"

Doc, tahu tak aku tengah pening gle skarang...


"Tapi kenapa baru sekarang nak jumpa doktor?"


"Err?"


"Kenapa tak tunggu kat tangga ketujuh kat airport baru nak cari doktor?"


"Ha?"

Eh apesal pulak tangga ketujuh baru nak cari.. soal aku dalam hati..


"Jadi sy akan kasi ubat antibiotik dan panadol. Makan dua kali sehari, jangan biar perut kosong, nanti takut pedih perut"


"Ye2.."


Dan begitulah susahnya aku untuk mendapatkan antibiotik dan ubat panadol.

Monday, October 11, 2010

Lecturer Part One

Tak kisah la umur kira berapa, hidup ini satu perjuangan. Kita akan sentiasa menimba ilmu dari semasa ke semasa. Tapi dalam menimba ilmu, ada lah juga saat-saat indah walau pun aku tahu 80% dalam kelas akan menguap. Alah toksah tipu la weh.


Lecturer Math

Aite, he's a new guy in town. First impression aku, he's nice. Second, he's a true devil. Third, he's actually nice. Dia ni memang aku tabik spring betul lah. Very very punctual. And I mean it when i said very twice. Kalau dia cakap nak buat 5 soalan je dalam tuto, maka 5 soalan tu jelah, walau pun ada baki lagi setengah jam. Dah lar taknak wat extra question, bukan nak kasi kitorang belah awl. And after kelas, dia sendiri akan tutup lampu, kipas, aircond walau pun ada antara kitorang duk tengah menyalin lagi. Bengang gak lah tgh nak baca notes, die g tutup lampu. Oh, and he's the first person to get out from the class when it's finished. He's not that very funny prof but he did some of his jokes unawarely.


Scene 1

Dia terlupa marker. So he ask one of my friend to go to his office and fetch 'em. Pastu kawan aku ni pun masuklah kelas kembali dengan muka tak bersalah. He took the marker and immediately said to my friend 'Hurry up, do your work right now" and not realising he was blocking my friend's path to his table.


Scene 2

End of class. My friend was just finishing answering on the white board. And when he did, the prof said loudly, "You, please don't steal my marker, thank you". Okay, so maybe it was my friends fault not realising he still got the marker in his hand, but really... stealing a marker...


Scene 3

We entered a new class because some 'thing'. Anyway, there was one new whiteboard which is still covered in plastic. So he asked me to open it up and move the whiteboard up front. And it was my friend's turn to answer on the whiteboard. As soon as my friend started to write on the whiteboard, the prof said "Wait. Since this is a new whiteboard, you must use a new marker, well to make sure everything goes well". And he did gave a new marker, covered in plastic to my friend. And he asked again, "So it's comfortable?". Seriously.....


Scene 4

It was lecture time. Some of us were kinda late. I was late too but it was like 3 minutes late? Duh. Then after exactly 8 minutes, a few students entered the lecture hall. He raised his head, and said to the newly-entered student, "You know, I can tolerate 5 minutes late, but 8 minutes late? It's VERY late". Yea sir, VERY late indeed.


Scene 5

In my group, there's another student which is kinda tall, wears a specs, thin so-so, and which kinda resembles me. Seriously, one of the prof asked us whether we're twins. Yea twins, but different mother and father I guess... Anyway, the prof always err well most of the times, mistaken between us. There was one time where he called me by my friend's name and I was kinda blur and all the others students laughed. He rarely call me to come up front ever since! 


Scene 6

He didnt teach us only maths but also french. He taught us about fonction (function in english) being a feminine word, and when to use plurial, not to forget the true meaning between OR or AND and stuffs. He even kindly gave us zero in assignment just because our grammars sucks. Our french teachers must have been proud of us since we are better now thanks to him.


Scene 7

When you argue with him, don't expect to win. So far after an exam, just ONE student who AWESOMELY make him to take his red pen from his pencil case. Others simply fail to do that. In the end, he didnt gave any marks but simply noting more of the grammars errors.


Scene 8

He gave quite an easy exam but kinda risk taking. A yes-or-no type of answer. Simple aint it? However... If you answer one correctly, you get one mark. If you answer wrong, you lose one mark and there's no penalty in not answering. He sure knows how to add up the word 'very doubtful in the answer' in our dictionary. So then, why don't we sit next to an A student and copy all the answer? Simply you can't, he gave the same exact questions but in a 5 different orders. He greatly reduced the probabilty of succeeding in copying.


Well, that's all for now. Sorry if I used bahasa and english and then english all the way down. Wait till next post about another profesor :)


Oh, I didn't mean like insulting my prof, it's just I want to share some of his/her unique characters. Really!

Wednesday, October 6, 2010

29 - It's just a thought

Sudah dua minggu. Empat belas hari..


Im masih menghubungi Ima seperti biasa. Bertanyakan khabar tiap2 hari. Hampir setiap hari juga Im telefon Ima. Im tahu Ima perlukan seseorang untuk membantu dia meneruskan hidup ini. Tapi Im rasa tidak berdaya.


Rasa lemah.


Im tahu Im tak dapat membantu Ima. Sekadar bertanyakan khabar, boleh lah. Tapi untuk meringankan beban Ima, Im tidak mampu. Im terkilan, terkilan dengan dirinya. Dan haritu Im telefon Ima. Kedengaran Ima seperti teresak-esak. Rupanya Ima sedang menahan sakit, sakit yang amat! Im sedih, dan Im cuba menenangkan Ima. Tapi, apalah sangat yang Im mampu lakukan...


Dan hari ini, Im memandang ke langit. Waktu itu waktu malam, bulan mengambang penuh. Bintang sunyi dan sepi. Im suka keadaan langit di waktu malam, tenang, syahdu. Sambil membaringkan diri di atas rumput, Im memikirkan sesuatu..


Loving a person means to let her have her own happiness.


Im tahu Ima tidak bahgia dengan Im. Im banyak lukakan hati Ima. Dan lebih2 lagi dalam keadaan sekarang. Ima tengah sakit, dan, Im tidak mampu berbuat apa pun. Im terfikir.. 


Should he let Ima go? For her own good sake?


Dan Im terus berfikir sehingga malam yang dingin terasa di tubuhnya...

Monday, October 4, 2010

28 - Diari Ima

Catatan Ima


5 Mei. 


Kelmarin aku pengsan lagi. Cuma kali ini mungkin agak teruk berbanding dulu. Dahulu, aku hanya perlu berehat di bilik sakit sekolah, tapi kali ini aku terpaksa tinggal di wad beberapa hari. Hidup dengan ubat. Aku dah biasa. 


Kelmarin juga Im datang berjumpa dengan aku. Aku tahu dia marah dengan aku kerana menipu dia selama ini. Tapi aku terpaksa. Terpaksa! Aku tidak mahu hidup disayangi hanya kerana kasihan semata-mata. Aku mahukan kejujuran. Mungkin cara aku salah, tapi itu hanya caranya untuk mengetahui isi hati Im yang sebenar. 


Badan aku terasa lemah sekarang. Hendak bergerak sendiri masih tiada daya, perlu ada orang papah aku. Terasa hidup ini sangat azab. Ya Allah, bukan aku menangisi kehidupan ini, aku tahu bahawa penyakit dapat menghapuskan dosa. Tapi kenapa aku? Aku hanya insan yang lemah, dan aku.. aku juga mahu hidup normal.


Dan semalam Im mengingatkan aku. Yang Allah takkan bebankan seseorang melainkan dia mampu menanganinya. Tapi mampukah aku untuk bertahan. Aku sudah di tahap kritikal. Bila-bila saja malaikat Izrail boleh menjemputku. Bila-bila masa saja aku boleh pergi...


Dan apa terjadi sekiranya aku pergi? Akan ditangisikah pemergian aku? Atau aku hanya hidup sebagai watak sampingan dunia ini. Watak yang beruntung kerana dapat mengenali Im. Dan Im. Apa akan terjadi kepada Im nanti. Uhm, aku tidak mahu menyusahkan Im lagi. Mungkin aku patut....


Ya, aku patut berbuat begitu. Tapi aku mahu menunggu masa yang sesuai dahulu. 


Im, maafkan Ima. Ima terpaksa. Untuk Im, Ima terpaksa buat macamni.


Maafkan Ima.


Catatan berakhir

--------

Sunday, October 3, 2010

27 -One-Four-Three. Seven.

Aku memerhati soalan matematik tambahan di hadapan aku.



Ah. Kusut. Hmm dah sepuluh minit aku merenung. Tapi pen tetap melekat di tangan aku. Enggan untuk menulis. Fikiran ku menerawang jauh peristiwa siang tadi. Di hospital.


Lantas aku tolak tepi semua buku dan aku membuka laci meja. Aku capai diari itu, yang berwarna hitam. Kelihatan agak lusuh, mungkin juga kerana aku telah lama tidak menulis diari. Ku selak ke helaian yang suci. Dan mata pena bergerak seolah ia hidup sendiri.



Sy.. sy.. sakit sy kronik.

Terngiang lagi kata-katanya. Ima, kenapa kau tak mahu beritahu aku awal2. Aku tahu kau cuba jaga hati aku, tapi untuk apa. Tidak mengertikah kau hati aku yang sebenarnya? Aku mahukan yang terbaik untuk kau!




Sy.. mungkin mati tak lama lagi.


Aduh. Ima. Ajal maut itu di tangan tuhan. Aku juga mungkin akan mati, mungkin esok, mungkin sekarang. Aku tahu kau sedang merana, cuma tabahkan hati kau. Aku hanya mampu membantu setakat yang terdaya..


 

Ima. Whatever happen between us, I just want you to know that you'll be the princess no matter what.


Just so you know..


Dan aku meletakkan pen dan aku baca kembali apa yang aku tulis. Dan tanpa aku sedari, ada tompokan basah di atas helaian itu.


Menangiskah aku? Tapi kenapa? Menangis tidak akan membantu apa-apa. Tapi kenapa ada air jernih mengalir perlahan dari mata aku.


Ima. One-Four-Three. Seven.


Catatan Im berakhir

---------------------




 

26 - No title

Kenapa no title? Sebab no words can describe the things that passed.


Sy ada bende nk ckp dekat awk....


Em?


Sbenarnye...



Eh along. Dah bangun? Along rasa camna?

Umi bersuara


Adus. Kacau. Memang dalam mana2 cerita pun, mesti ada kekacauan!


Dan aku meminta diri untuk pergi ke cafe sebentar. 


----

After 20 minutes

----


Aku kembali ke ruang kecil itu. Hanya dua katil, satu saja yang berpenghuni, Ima. Dan aku duduk di birai katil. Umi sudah hilang entah ke mana. Ima memandang aku lesu.


Pandangan itu, takkan aku lupa sampai bila2.


Ima, tadi awk nk ckp sesuatu


Eh manede..


Haa jgn wat2 lupe plak


Hmm. Yelah. Sebenarnya sy sakit


Sakit? Sakit apa?


Im, tak ramai tahu sy sakit.


Ish awk ni. Jgn la ckp macamni. Awk sakit apa? Demam?


Awk ni, demam apa smpai pengsan


Abistu?


Sy.. sy.. sakit sy kronik.


Maksud awk?


Sy.. mungkin mati tak lama lagi.


Awk jgn main2.


Im, sy serius. 

mata Ima mula bergenang


Awk. Kenapa ni?


Sy kanser Im

Dan ketika itu juga, air mata mula mengalir perlahan


Kanser? 


Ye. Sy dah lama kanser


Tapi.. Kenapa awk tak pernah beritahu sy?


Sy xnk susahkan awk


Tapi kan kita pernah berjanji tiada rahsia antara kita

bentak aku


Im, awk xfhm. Sy sygkan awk. Sy xnk awk tahu sy macamni.


Awk..


Im, dengar sy ckp dlu. 


Hm..


Masa mula2 kenal awk, sy memang nak bagitau kat awk. Tapi awk baik sgt dekat sy. Awk slalu buat sy ketawa. Sy xnk sebab sakit sy ni, sume tu hilang


Tapi awk


Sy xhabis lagi. Sy cume nak  awk syg sy sbb awk benar2 syg kat sy. Bukan sebab kasihan atas sakit sy. Jadi sy terpaksa simpan rahsia ini. I'm sorry

dan Ima mula menangis. Air mata kian deras.


Ima, dah2 jgn nangis. Sy xmarah pun. 


Takk. Sy tahu awk mrh. I've been so stupid! I've should told you long ago!


Ima, dah. It's okay. Skrg sy dah tahu, ckup lah kan?


Im, I'm really really sorry.


It's okay.




Dan Ima memandang aku dengan wajah itu. Kesedihan. Kesakitan.


That face. I'll never forget it.


25 - Hari itu..

Aku berlari menaiki tangga. Lif terlalu lambat! Aku harus segera jumpa Ima. Pintu itu aku ke ketuk perlahan. Umi mempersilakan aku masuk sambil meletakkan jari telunjuk di bibir. 


Dan aku berjingkit seperti penyamun di waktu malam. Dan aku duduk menghampiri Ima. Lesu. Hanya itu aku lihat di wajah Ima. Kesakitan. Itu juga. Dan kesedihan. Yang jelas aku rasakan. 



Im, umi nak keluar kejap. solat.

bisik umi



Aku mengagguk perlahan2.



Aku cukup rapat dengan keluarga Ima, manakan tidak, aku selalu saja pergi ke rumahnya. Selalunya untuk belajar bersama2. Dan umi dan abah cukup mengerti apa yang berlaku di antara kami. Kadang2 aku akan datang di hujung minggu hanya untuk berbual dengan Ima di laman rumahnya. Selalu juga aku mengikut abah pergi ke pasar membeli barang seharian. Ibu pula selalu menjamu aku makanan.



Umi, nak air



Lamunan aku terhenti seketika. 



Umi, Ima nak air

rengek Ima



Laa manje betul time sakit ni. Dan aku pantas mencapai botol mineral lalu menuangkan ke gelas yang sedia ada. Dan aku menyuakan gelas ke mulut Ima. Ima meneguk perlahan2. Dan tiba2 Ima mencekup pergelangan tangan aku. 


Ooo amek kesempatan yee. Gitau umi nnt.


Erk. Ish wat gugur jantung aku je Ima ni.


Lah, kata dahaga?


Memang lah dahaga. Tapi ibu xde pulak nak suap air. 


Err takde eh. Alah nak romantik sket takleh?


Romantik? Ni tumpah2 ni


Ala tak sengaja. Awk tu gelojoh sangat


Eee org tgh sakit ni, die kenekan org pulak


Haha. Awk camne skrg? Dah ok?


Ok skit 

jawab Ima lemah.


Kenapa pengsan?


Em..


Awk, apa em2?


Takde ape


Jadi, kenapa pengsan?


Penat


Tipu


Tak percaya sudah.


Nur Syima. Bukan sehari dua sy kenal awk. Dah dekat 2 tahun tau tak?


Hmm yelah2


Jadi?


Sy ada bende nk ckp dekat awk....

24 - Mencari Ima

Petang itu, aku resah. Segala apa yang aku buat, semua serba tak kena. Ima. Namanya terngiang di kepala aku. Agak2nya, macamanalah dia sekarang. Hmm kenapa boleh pengsan pulak. Dia tak cakap pun dia sakit ke ape. Takkan sebab exam addmath siang tadi? 



Ish, ngarut!



Aku mengambil henfon di atas meja. Sepi tiada mesej, tiada misscall dari Ima. Uhh, umi! Lah macamana aku boleh lupa Umi! Lalu aku pantas mendail Umi.Tidak berangkat. Hmm sibuk agaknya. Dan aku cuba meletakkan kepala aku di atas bantal. Dan fikiran ku menerawang jauh ke masa lampau. Aku tertidur.




Allahuakbar Allahuakbar!!




Aku terbangun. Aduh peningnye kepala.. Lahhh dah pukul 7 suku ke ni. Lama betul aku tertidur. Ketika itu juga henfon aku berdering. Aku mengangkat tanpa aku memandang skrin.



Assalamualaikum


Im nape kol Umi tadi?


Eh Umi ke. Ingat siapa tadi


Im dah tau pasal Ima?




Zass. Ima!




Aah. Ima macamana Umi? 



Ima dah ok skit. Baru pukul 4 stgh tadi sedar. 



Oh baguslah. Umi kat hospital mana? Wad?



Umi kat....




Dan aku meletakkan gagang. Aku segera mandi dan bersolat maghrib. Kunci motor aku terus aku capai. Dan bermulalah perjalanan aku mencari Ima.



23 - Harap awk ok :'(

Zati, nape ni? Nape ngan Ima?


Taktau lah Im

esakan Zati kedengaran


Zati, nape ni?



Tadi.. Ima.. Ima baru je.. masuk kelas. Zati tgh.. tgh.. buat kerja. Tahu2 je Ima pegang meja ni pastu jatuh.


Aku hanya mampu melihat. Hanya Zati, Yana dan aku berada dekat sekitar Ima. Aku hanya mampu lihat. Eish takkan aku nak pangku Ima pulak....


Dan sjurus kemudian, Ustaz Am datang.




Ya Allah, ape dah jadi ni!



Tak tahu lah ustaz



Uhh kamu boleh angkat dia?



Takboleh




Dan tanpa berlengah, ustaz duduk berlutut menghadap Ima.




Bismilahir Rahmanir Rahimmmm!




Dan ustaz mengangkat Ima ke dalam pangkuan. Lantas berdiri. Dan segera berlari. Menuju ke kereta mungkin. 


Ima, sy harap awk ok :'(




22 - Kenangan yang silam


Im, boleh liza tanya satu soalan?


Em? Apa dia?


Knapa Im clash dgn ex dlu?




Ah sudah. Nie aku malas nie. Ima. Hmmm....




Im xske ckp sal die


Tp knpa Im?


Ntah


Awk masih tak prcya pd sy?


Bukan cam2, cume sy xnk. Please fhm ea?


Hmm yelah....






Im tahu Liza amat tak puas hati dengan jawapannya. Cuma Im benar2 mahu lupakan kenangan itu. Kenangan yang itu...


-------------------------

Catatan insan bernama Im.



"LAILAHAILLAH!! Imaaaaaaaaaaaaa"



Serentak bunyi kerusi bergeseran. Kerusi berlanggar meja, meja terbalik. 





"Imaaa!!! Bangunnn! Wei panggil cikgu cepat!!"



Ha? Ima? Aku salah dengar ke? 



"Imaaa!!"





Terdengar sekali lagi jeritan. 


Aku menoleh ke hadapan. Cikgu addmath kelihatan terkejut. Aku bingkas bangun. Dan aku berlari terus keluar tanpa sepatah kata. Ima, kelas sebelah. 




"Wei tepi skit, bagi ruang. Yang tak tolong tu, tepi la skit!!"

terdengar jeritan suara kecil



Aku segera mengasak. Bukan. Aku segera merempuh kumpulan manusia itu. Aku harus tahu Ima kat mana!


Ima. Itu dia. Terbaring lemah atas pangkuan rakannya. Aku segera duduk berlutut di sebelah Ima..


Ima.......





Saturday, October 2, 2010

~ Tentang akhir zaman

Nak share ngan korang link ni. 


Lagi lagi bunga api

Uhh. Karbaid. Cane tah eja. Habis berbau tangan aku...



"Ayah su! Cepat la bakar bunga api ni!"



"Ahh. Gi la bakar sorang2. Asal lah aku kene jadi babysitter pulak ni. Sekali sekala takpe la. Ni dah kali ketiga dah korang nak habiskan satu kotak bunga api dalam satu malam.. Banyak tahu tak.. Dah lar tukang bakar tu aku.... Penakut pun nak jugak main bunga api. Seb bek ko anak abg aku. Grr"

kataku dalam hati je lah



Maka bermula-lah sesi pembakaran terbuka di alamat, eh rahsia2. Hanya ckynwan je tau kan haha. Tengok anak sedara dan anak seteruna aku main, teringat zaman kanak2 riang. Hepi gile kot dapat main bunga api. Tapi paling hepi bile dengar


"Adik, jom main mercun" 

kata abg long aku


Maka aku pun beriya gile-lah. Memang hari tu aku antara kanak2 paling riang di dunia malah alam semesta! Tapi.. Story2 ni mesti tak lekang dari tapi.. Aku un naik bosan. 


Tapi.. abg aku kasi mercun pop2. Cis, aku diperbudakkan! walaupun pada masa itu aku masih seorang budak. Kongajo nyer abg! Takpe2, nanti aku dapat ank sdare, tau la aku balas dendam.


Tapi malam nie special skit. Sebab aku bermain dalam mood jiwang karat.



Taken by hp camera. Sry 4 the bad quality =(


Haa. Pakai tisu tu. Susah siot nak buat, tisu en cepat terbakar. Hanya orang yang betul2 jiwang je leh buat. Ada berani? Cubalah.


Agak2 korang, gambar ni ditujukan untuk siapa? Siapa betul, aku kasi topup Rm10. Serius aku tipu!

Kalau nak gi surau pun..

"Uhhh sipi je tu wehh"


Aku memandang ke kanan. Yea, agak sipi juga kereta aku nak melanggar kancil. Maksud aku kereta kancil yang diparking di tepi jalan. Bukan haiwan kancil. Kanan kiri banyak sungguh haiwan umpama rusa, kenari etc.


Sayup2 aku terdengar suara seseorang. Sedang berceramah. Aku dah agak daaaa. Malam ni mesti ada ceramah kat surau lagi. Aku bangga dengan mereka yang rajin pergi ke surau, untuk hal agama ni. Cuma aku cukup cukup mendidih darah aku dengan cara mereka.


Ye aku tahu niat murni korang tu baik sangat sangat nak gi masjid time maghrib ni. Aku tak rajin sangat gi surau. Tapi kalau ye pun, tolonglah parking kereta elok2. Nie dah sampai double space, pastu makan jalan lagi. Pahala ko gi surau tu dah jadi macam sama dengan dosa aku maki ko. Menyusahkan orang!


Sebenarnye nak post byk lagi, tapi main bunga api byk sgt tadi, rasa sakit tangan lak. Entri mungkin tidak akan disambung.

 

Friday, October 1, 2010

Happy Fathers & Mothers Day

3 o'clock in the morning, and i'm thinking of the past


Wah, masih awal untuk tidur. Yelah, awal pagi kan? Terkenang zaman kanak-kanak dulu.



Pukul 10 dah ni. Gi masuk tidur!

Ala, citer nie tak abes lagi.

Besok kan sekolah. 



Dan biasalah. Kuasa veto ayah. Takde siapa mampu melawannya. Dulu aku cukup tak suke. Tapi sekarang bila dah menginjak dewasa, baru aku sedar yang ayah aku sayang dekat anak-anak dia. Yelah, esok nak kelas, mestilah tidur awal. Nak menuntut ilmu mesti dalam keadaan yang cergas!


Selalunya bila balik dari sekolah, aku akan terus menghadap komputer. Wah games! Hobi aku zaman kecik. Dalam pukul lima, aku dah ready. Ready untuk dengar deruan enjin. Ayah dah balik bererti pantas aku save game dan off computer. Bijak kan?


Tapi ayah aku lagi bijak. Dia balik, dia tanya aku. 



Main game ye?


Eh manede. 

kecik2 dah pandai menipu. ish3



Lalu ayah meletakkan tangan di atas monitor. 



Kenapa rasa panas je? 



Dan malam itu terpaksalah aku siapkan double assignment yang diberi oleh ayah aku. Oh, dulu2 time kecik, ayah aku selalu beli buku latihan. Tiap2 malam kene wat tiga chapter. Paling kurang. Walau un kadang2 aku ter-tiru jawapan belakang. Kadang je! Dan sekiranya malam itu hari jumaat malam sabtu, maka bermakna, aku terlepas tengok mega movie... Lagi..


Kasih ayah dan kasih ibu, tiada bandingan. Kasih seorang kekasih tidak mungkin akan capai satu peratus pun kasih ayah atau ibu. Sebab kasih seorang kekasih akan sentiasa mempunyai makna terselindung, biarlah harta, paras, pangkat atau permainan. Tapi kasih seorang ayah atau ibu adalah kasih yang tulus dan ikhlas. Bukti?


Pernah tak ayah atau ibu korang hulur resit dan berkata



Nah perbelanjaan selama ayah/ibu tanggung kamu. Kamu dikehendaki membayar 'pinjaman' ini dalam tempoh 5 tahun selepas bekerja. Sekiranya kamu terlewat bayar, maka bunga akan berganda2




Pernah? Kasih seorang kekasih pula?



Awk ni, dlu sy yg slalu blanje tiket wayang. Awk tak pernah belanja sy pun! Awk xpnah pun nak beli hadiah tuk sy. Sy je slalu kene topupkan awk. Kita putus!




Hah. Contoh ekstrem lak. Sorry2.



Happy fathers/mothers day? Nah, aku jarang sambut. Sebab aku tahu, setiap hari merupakan happy fathers/mothers day =)


Have you kissed them at their cheeks and say how much you love them like you always said how much you love your bf/gf which we already know all of the bf/gf stuffs is plain bullshit? :)


Oh, and aku malas nak tulis panjang2 lagi. Sebab tadi baru menaip dua esei yg berjumlah 1000 patah perkataan. Tu belum kira chat kat ym, comment kat fb, search kat google, salah type, etc2. And ngantuk. Harini exam. Lagi :)

Awk, sy suke kat awk.

Luahan hati seorang member. 


Pernah tak korang dengar ayat yang lebih kurang sinonim dengan petikan kat bawah,


"Der, aku suka la kat sorang minah ni. Tapi aku takut la. Dia cam baik sangat. Aku pulak der? Dah lar kaki botol, kaki pukul. Yang paling teruk kaki penipu lak tu! Camne nie? Patut ke tak aku cakap kat die yang aku suke kat die?"



"Kejapppp. Dalam berjuta2 rakyat mesia, apsal aku yg ko tnye?"



"Ala ko kn byk experience. Sure pandai bab2 ni. Takkan kemut nak share"





Pandai dalam bercinta? Kalau aku terer, takkan aku jadi macam sekarang. Experience. Yep, experience is the best teacher. Takboleh dinafikan. Takboleh dinafikan lagi. 


Suke - sayang - cinta. 3 different but same words.

Semua di atas mempunyai maksud yang hampir sama. Dari crush, terbit perasaan suke. Dari suke, timbul perasaan sayang. Dan dari sayang, lahirlah perasaan cinta. Tapi ingat, perasaan itu sume perlu pada batasnya, silap2 muke masuk paper, dan kelak masuk neraka. Sendiri faham fenomena budak sekarang. Bila dah cinta, aih malas nk ckp.

Sayang tak semestinya couple. Cinta tak semestinya memiliki. Dan suke tak semestinya beritahu. Semua itu hanya perasaan. Mungkin hari ni rasa sayang. Esok lusa dekat orang lain pula. Jadi macamane tu? Takkan ko nak gitau setiap orang yang ko suke? 

Dan der, tak perlu beritahu seseorang yang ko suke kat die. Cukuplah ko suke die dari jauh. Bantu die bile die dalam kesusahan. Bimbing die. Sebab bila kau cakap ko suke kat seseorang, hanya ada tiga jawapan - ye,entah,tidak.

Bile dah cakap kat s'sorg yg kite suke kat dia, it's hard to be friends again. Dan andaikata die reject anda? Adakah anda rela untuk kehilangan seseorang yang anda anggap istimewa dalam hidup? Aku tidak. 


It was a mistake.