Saturday, November 13, 2010

31 - Mana pergi kenangan yang lalu

Sepi.Ketika itu cuti akhir tahun. Sudah 3 minggu berlalu. Im berasa bosan duduk di rumah. Ada juga kawan-kawannya mengajak pergi jalan-jalan, menonton movie. Tapi.. Balik-balik midvalley, ah bosan!

Dan hari itu hari sabtu. Cuti akhir tahun masih lagi berbaki 2-3 minggu. Entahlah, Im sendiri tidak kisah. Cuti kali ini dirasakan kosong. Tidak ada langsung aktiviti berfaedah yang dia lakukan. Asyik dengan facebook, sudah dirasakan bosan. Mata Im melilau ke dalam folder dalam laptop


Im & Ima


Mata Im terpaku ke folder itu.


"Im & Ima? Folder apa pula ni. Tak pernah aku ingat folder ni.."


Im berkira-kira untuk membuka folder itu. Dan selang beberapa saat, Im double click dan terlihatlah koleksi kenangan antara Im dan Ima. Ada masa mereka membuat Kajian Geografi Tempatan bersama.. Ada ketika mereka sambut hari jadi bersama di kantin sekolah.. Ada ketika hari sukan.. Hari - hari indah.


Kenangan itu. Segala kenangan itu. Dan Im telah menghancurkan segala kenangan itu. Dalam sekelip mata sahaja. Dalam beberapa SMS sahaja. Semuanya telah hilang.. Im mencapai handphonenya. Dia masih simpan lagi mesej antara dia dan Ima. Hampir sebulan lalu, ketika dia menghantar mesej itu..



Ima membalas mesej itu dua hari kemudian. Ringkas. Tapi penuh erti.



Tapi Im. Kenapa?



Minta maaf, saya ada sebab saya tersendiri.



Im, do you have someone else? You can be honest with me, I can accept it.



Nop. Sy sayang awk seorang je. Tlg, don't make it hard for me.



Im, betul ke Im nak lepaskan Ima?



Yes and I'm sorry.



It's okay. I hope that you have many good reasons in doing so. Assalamualaikum.



Ima, I'm sorry. Wslm.




Dan itulah akhir sebuah hubungan, antara Im dan Ima. Yang kini hanya tinggal memori dan sejarah silam.


----

Ada insan bertanya kepada aku, kenapa harus melihat sejarah silam dan bukan memandang ke hadapan?

Dan aku menjawab, bagaimana untuk melihat ke hadapan sedangkan apa yang aku impikan semuanya telah menjadi kenangan.

-----

2 comments:

  1. Kenangan itu dewasakan akal dan matangkan fikiran.

    Pandang ke hadapan kerana kehidupan bergerak ke hadapan bukan mengensot ke belakang.

    Sejarah itu untuk makhluk Tuhan yang masih hidup.
    Bukan untuk makhluk Tuhan yang telah mati.
    :)


    Ahh panjang pulak aku membebel pagi nie.
    Selamat malam.
    May Allah bless.

    ReplyDelete
  2. Aha good point of view from another angle.

    Selamat malam juga.
    May Allah bless too.

    ReplyDelete