Friday, August 20, 2010

Pagi yang normal

Uhh. Asal terang sangat ni. Lupe nak tutup lampu ke malam tadi. Kacau tul lah..

Zasss.

Haaaa? Dah pukul 8.50? Kelas hari nie.. Bukan pukul 8.60 ke? Adus...

Rutin harian

Mandi - 2 minit
Bersiap - 1 minit
Turun tangga & buka pintu - 2 minit
Hidup enjin kereta - 2 minit
Sampai destinasi - 6 minit 15 saat
Berjalan ke kelas - 2 minit 45 saat

Jumlah masa diperlukan : 16 minit


Tu dari segi teori. Dari segi praktikal, aku sampai pukul 9.08 pagi kat kelas. Itu pun berlari juga lah. Tapi yang paling tak best bila nak lalu depan guard, dia tanya aku..

kalau guard ni, memang tak berani..

"Pergi kelas pakai selipar je ke?"

"Err aah. Kasut basah, lupa nak angkat. Semalam kan hujan lebat.."

"Ohh okey2. Next time pakai"


Padahal aku malas nak pakai. Stokin entah campak kat mana. Jumlah dosa terkumpul, taktahu.
Sampai-sampai depan kelas, buka pintu..

Omaibeeloveddgodd....


Kenapa kelas kosong. Komputer mana pergi? Takkan ada orang curi kot? Aku pantas mendail telefon rakan aku. Tak berjaya. Try seorang lagi.

"Wei, ko kat ner?" - takleh bagi salam, sebab non muslim
"Aku kat blok baru"
"Laa, kelas kat situ ke?"
"Tah, kan kelas kat blok lama tu dah kosong"
"K...."

Dan aku mula melangkah longlai ke blok baru. Takde lah jauh mana, cuma 10 minit perjalanan je pun..... Sedang aku melangkah, tiba-tiba instict aku suruh patah balik. Disebabkan ianya suatu fakta aku lambat ke kelas, tak salahkan aku lambat sikit lagi. Alah, baru tahu guna kelas baru. Ada alasan kukuh :)

Dari jauh, aku nampak lecturer programming aku. Keh keh keh. Kejap lagi mesti beliau terkejut. Dan memang sah, beliau terkejut gila. Muka macam baru kena pukau je walaupun aku taktahu macamana expression muka orang kene pukau.

Dan aku pun ikut lah beliau. Pergi tanya technician, admin bla bla bla. Dan kami pergi ke blok baru. Tapi yang best, aku naik kereta lecturer. Kawan-kawan aku semua jeles. Sorry lah ye rakan-rakan, korang jenis datang awal, memang tak merasa la :p

Sampai blok baru, computer lab baru nak setup. Ahh macam-macam. Dan kami merana sebab teori selama 3 jam.

Okeh. 3 jam.

Dan aku tak tahu samada aku bernafas ke tidak dalam kelas tadi.

7 comments:

  1. hahahahaha
    ko tidoq ka?

    tapi, mandi 2 minit? aku gosok gigi cuci muka pun dah 5 minit kot haha

    ReplyDelete
  2. mandi ekspresssss punya haha

    ReplyDelete
  3. HAHAHAHA len kali bangun awal . buad alarm la mi :)

    ReplyDelete
  4. dah buat, tapi tak bangun gak. ha cane tu haha

    ReplyDelete
  5. hahaha xpe sok i kejut u la :) senang cite hehehe !

    ReplyDelete
  6. haha boleh ke kejut i nie? musykil2 haha

    eh tu kire lame da :D

    ReplyDelete