Monday, August 16, 2010

Exam. Lagi.

Jumaat baru ni exam math. 4.30 petang sehingga 6.30 petang. Lama kan? Padahal satu exercise, yang ada 8 soalan je. Aku ulang. 8 soalan. Dan aku menjawab dengan tenang.

Alhamdulillah, dapat lah aku menibai 7 soalan dari 8. Itu pun 70% je aku rasa betul. Ditambah dengan stupid mistake, prof yang terlebih cermat menanda, penggunaan liquid paper yang menjanjikan penolakan markah.. erh, taknak cerita, makin down ada la -.-

really??

Habis exam, aku macam biasa. Rilek. Member aku yang semangat terlebih asyik tanya,

"Weh ko buat semua tak?"
"Soalan 2 dapat jawab?"
"Aku tak sempat doooo"
"Alaaa baru teringat formulaaaa
"

Heh. Macam-macam. Standard pelajar ipt lah kan. Tapi aku ingat aku antara pelajar yang tak berapa nak excel sebab yelah, jawab pun merapu. Tapi rupanya ramai lagi yang tak dapat jawab. Ada yang jawab 3 soalan je kot. Epic Failed.

Apo nak dikato.. Kesemua lapan soalan, semuanya pasal demontrer. Err in english word, proving. Melayu kata buktikan. Jadi anda memang dapat bayangkan betapa merana nya usus di otak kami ketika itu. Eh otak memang bentuk macam usus kan?


See, told ya

Dan esok, exam lagi.

3 comments:

  1. tension tol kalu ada org diskas pasal soalan exam yg baru je abes

    ReplyDelete
  2. lagi tensen biler derang diskas, jawapan kita salah haha

    ReplyDelete
  3. hey! good luck exam!! semoga Ramadhan membawa rahmat hehehe

    ReplyDelete