Thursday, August 26, 2010

Malam ke-15

Azan Isya' berkumandang hampir 8.30 mlm. 8.20 baru aku terkial-kial nak mandi dan bersiap etc2.

Sampai di masjid, aku menunaikan solat Isya' secara berjemaah. Dan macam biasa, selepas solat, akan ada tazkirah pendek. Dan seperti biasa, aku akan duduk dekat area-area belakang. Dan sewaktu aku bersandar di tiang, ada lah satu group budak-budak duduk berkerumun mengelilingi satu budak. Aku menjadi curious.

Fuyo....

Rupanya-rupanya bebudak tu semua tengah main handphone touchsreen. Err mungkin Iphone? Entah aku kurang pasti. Tapi yang pasti bebudak tu baru SRK mungkin? Pendek sangat. Tapi aku memang pasti sesangat bebudak tu belum baligh lagi. Suara pun masih comel-comel. Macam aku muda-muda dulu.

Perh. Dasar bebudak sungguh! Aku yang dah berumur hampir 2 dekad ni pun pakai handset yang touchbutton. Tak mampu lagi nak beli handphone touch2 ni, apetah lagi Iphone. Bebudak sekarang dah terlalu maju. Atau mungkin spoilt.

Teringat aku dulu masa 'innocent' pergi surau. Masa tu kalau kat kampung, toksah cerita. Aku memang rajin betul terawih kat surau datuk aku. Biasalah, orang dewasa dok khusyuk tarawih, kitorang turun kat halaman depan surau, kira depan imam lah juga tapi groundfloor, dan pasang mercun botol.

Pommm~!!

Dan terdengar lah suara pakcik sorang tu menjerit,

"Woiii budakk!!"

Dan kami lari bertempiaran.

Memori ramadhan yang indah.

1 comment:

  1. aku kurang yakin aa kat henpon yg touchscreen ni. tp nokia ada kluaran baru, nokia x3 touch & type, bleh touch & tekan2. tak tau la best ke tak

    ReplyDelete