Saturday, January 22, 2011

Rayau - rayau [Edisi Pertama]

Destinasi : Colmar, Bukit Tinggi, Pahang.
Tarikh : 22 Januari 2011



Hari ini aku tidur selepas subuh. Sebab menanti sms dari cik ungu kita. Dia dah reply sms pukul 5.42 pagi, boleh pula dia sambung tidur. Takpe, penat sangat kot. Aku pun tertidur terus lepas subuh tadi. Dan agak luar biasa, aku terbangun tepat jam 7.32 pagi. 7.32 pagi tu! Kenapa ada tanda seru? Sebab bas bertolak pukul 8 pagi!


Oleh kerana aku terlalu pero [pro], maka untuk bersiap, mandi, bancuh air milo, makan dua keping roti, mencari dompet yang terlupa campak kat mana dan memandu kereta ke MFI dalam masa kurang 30 minit adalah tidak mustahil sama sekali.

Oh ya, kalau pagi tadi anda nampak sebuah kereta satria warna putih memecut di jalan raya antara jam 7.50 pagi dan 8.00 pagi di Seksyen 15 Bandar Baru Bangi, itu kemungkinan adalah aku. Tapi tak pernah-pernah aku nak insaf bangun lewat ni...

Sampai je depan MFI, aku park kereta. Dan berlari ke arah bas. Siot. Seorang pun tak naik bas lagi. Memang hati aku membara. Semalam kata pukul 7.30 kumpul dan 8.00 bertolak. Ah memang hampeh. Dan aku meredakan bara hati aku ni dengan meminum air kosong sebanyak 2-3 cawan. Penat sia drift pagi tadi...

Dan setelah semua naik atas bas, semua rilek2. Aku baru je nak sambung mimpi yang tak berapa indah pagi tadi. Lepastu boleh 'band' dekat belakang bas bantai karaoke. Sepanjang perjalanan kot karaoke. Tapi takpelah, hilang sikit kesunyian perjalanan. 2 jam ke Bukit Tinggi.

Dan sesampai di Bukit Tinggi, kami terpaku. Maklumlah, baru kali pertama jejak kaki kat situ.


Well, let these pictures tells you the story of today.





Ni pintu masuk bagi Colmar Tropical. Masa tu semua macam "wuuuu". Cuaca nyaman macam duduk dalam aircond.


Ni dekat dalam 'kota' Colmar Tropical. Ada mirip-mirip macam L'est de la France [east of France]
kata lecturer kami lah


Ni pemandangan dari view deck. 4 tingkat je pun. Tapi tak sangka ada kawan aku gayat. Patut la sepanjang masa control macho pegang dinding.


Antara restoran dekat situ. Setin 100 plus berharga Rm4. Cornetto Rm5. Dan satu meal japanese Rm39.


Jam menunjukkan 10.30 pagi ketika kami baru je sampai. Plan balik pukul 5 petang. Ada lagi 6 jam 30 minit!


Err, ni kawan aku. Err, sedang buat aksi tidak berapa senonoh. Err, no komen. Next!


Paintball. Rm1 per bullet. Total accuracy : 4/10 shots. Serius main counter-strike lagi senang headshot. Mengaplikasi pengiraan particule trajectory bagi menembak sasaran.


Ini lah remaja Pre France. Perempuan pun join. Tak lupa ada game antara Hisyamuddin mecha dengan Mr. Kolia.
Result : The prof always win.


RM12 aku habis kerana game ni. Kene pancing itik. Kat bawah itik, ada tertulis nombor. Kalau dapat nombor 0, tak dapat hadiah. Dan tiga kali aku dapat kosong.. Jackpot!
Rasa macam main judi pula. Serius ketagih tapi terpaksa tahan nafsu ingat isi dompet.



Cygne atau angsa. Ada warna hitam tapi lupa nak tangkap gambar. Wuu...


Taman kecil di luar kota Colmar Tropical


Dan destinasi seterusnya : Rabbit Park
RM3 per person.
Memories : Priceless.


Dua ekor arnab sedang bercinta.



Inilah arnab paling sombong. Dekat sikit je, terus lompat lari-lari!


Cinta dua dunia.
Arnab pun reti untuk tidak membezakan manusia berdasarkan paras rupa.



Arnab kat sini jinak sangat - sangat.


Ini adalah rusa. Aku masih tak dapat bezakan rusa, kijang, pelanduk dan spesies yang sama waktu dengannya.


Eh, ni bukan kuda. Ini keldai.. Pendek kemetot je.. Aku datang je, terus hulur kepala.



Serius aku tak tahu apa nama saintifik untuk pokok-pokok.


Ni err ni. Em takpe, tak penting. Haha.


Mungkinkah ini bunga yang diberi nama ungu karmila? Ye ke cik ungu?



Atau yang ni? Konfius. Tapi dua-dua cantik.


Jarang aku jumpa bunga warna biru. Rasa nak petik, tapi takut ada penunggu marah....

Ya, kami berada 3500 kaki atas paras laut, dan ada lagi yang kami belum daki. Mula-mula ingat nak ronda naik basikal tapi kena bayar deposit RM500. Syukur juga sebab gila la jauh nak naik basikal....


Mini waterfall. Siap ada ikan koi bawah jambatan. Makanan ikan, RM1. Ingat nak tangkap pastu goreng, tapi tak dapat-dapat.



Dan ini adalah seekor kuda. Ya, kuda.


Dan sesi lead guide. Mahal tapi berbaloi.
Kiri tu Midnight. Kanan tu tak ingat.




Yang kelakar, time balik, semua pelajar, lecturer dan driver bas terpaksa ambil dua mangkok atas ni dekat tempat lain. Sebab dua ni je yang berani gi sesatkan diri, main suka hati naik shuttle.





Thursday, January 13, 2011

07 - Declaration of variable

Untuk menggunakan satu variable dalam C++, kita harus declare variable tersebut terlebih dahulu dengan specify jenis data yang kita akan gunakan. Syntax untuk declare satu variable yang baru adalah seperti berikut.


Specifier data type diikuti variable identifier.


Specifier data type terdapat beberapa jenis seperti int,bool,char,float etc2.Manakala variable identifier adalah seperti yang telah diterangkan dalam 05 - Identifier.

Sebagai contoh : int nombor_pertama, float nombor_kedua, char jawapan


Nota ringkas.
Int a,b,c; adalah sama dengan int a; int b; int c;


Jenis int terbahagi kepada dua, signed atau unsigned. Signed mewakili nilai positif,negatif dan kosong manakala unsigned hanya mewakili kosong dan nilai positif. Ianya bergantung kepada range digit yang perlu digunakan. Ini boleh diubah dengan menggunakan specifier signed atau specifier unsigned sebelum jenis variable itu.

Sebagai contoh : unsigned int umur; signed int baki_akaun_bank.
Harus diingat umur adalah nilai yang positif, tiada satu manusia pun mempunyai nilai umur yang negatif, jadi unsigned int digunakan. Begitu juga sebaliknya bagi baki_akaun_bank kerana baki boleh menjadi negatif (hutang).


Nota ringkas

Int apa2 adalah sama dengan signed int apa2.


06 - Fundamental data type


Bila programming, kita menyimpan variable dalam memori komputer. Tapi komputer haruslah tahu jenis data yang kita mahu simpan, disebabkan setiap jenis data akan menggunakan jumlah memori yang berbeza.

Memori dalam komputer disusun dalam bytes. Satu byte adalah jumlah minima dalam memori yang kita gunakan dalam C++. Satu byte boleh menyimpan data yang kecil : satu abjad atau satu digit (biasanya antara 0 dan 255). Kerana satu byte mempunyai 8 bit, dan bit adalah berdasarkan binary sistem di mana hanya nilai 0 atau 1 sahaja. Maka 2^8 adalah 256. Tetapi harus diingat digit kosong juga diambil kira. Jadi satu byte boleh menyimpan sebanyak 256 angka iaitu dari 0 sehingga 255.

Bagaimana pula dengan istilah octet? Istilah octet ditakrifkan secara jelas menunjukkan susunan 8 bit kerana kekaburan berkaitan dengan istilah bait.

Jadi sebenarnye 8 bit = 1byte/1octet.

Kemudian anda mempunyai ringkasan dari jenis data asas fundamental dalam C + +, serta range nilai :






Nota ringkas
* The values of the columns Size and Range depend on the system the program is compiled for. The values
shown above are those found on most 32-bit systems. But for other systems, the general specification is that int
has the natural size suggested by the system architecture (one "word") and the four integer types char, short,
int and long must each one be at least as large as the one preceding it, with char being always 1 byte in size.
The same applies to the floating point types float, double and long double, where each one must provide at
least as much precision as the preceding one.


05 - Identifier

Satu identifier yang sah adalah urutan oleh satu atau lebih abjad, nombor atau simbol _ . Space atau simbol tidak boleh menjadi sebahagian dari identifier. Satu variable identifier WAJIB dimulakan dengan satu abjad. Variable identifier juga boleh dimlakan dengan simbol _ , tapi dalam sesetengah kes, ada sesetengah keyword atau external idtentifiers yang mengandungi dua successive underscore abjad. Dalam apa-apa kes sekalipun, variable identifier tidak boleh dimulakan dengan digit.



Bila mencipta identifier, harus diingat bahawa identifier tersebut tidak boleh sama dengan keyword dalam C++ atau compiler. Keyword standard yang telah di-reserve adalah :


asm, auto, bool, break, case, catch, char, class, const, const_cast, continue, default, delete,
do, double, dynamic_cast, else, enum, explicit, export, extern, false, float, for, friend, goto,
if, inline, int, long, mutable, namespace, new, operator, private, protected, public, register,
reinterpret_cast, return, short, signed, sizeof, static, static_cast, struct, switch, template,
this, throw, true, try, typedef, typeid, typename, union, unsigned, using, virtual, void,
volatile, wchar_t, while



Selain itu, perwakilan alternatif untuk beberapa operator tidak boleh digunakan sebagai identifier kerana mereka adalah perkataan yang di-reservedi bawah beberapa keadaan:


and, and_eq, bitand, bitor, compl, not, not_eq, or, or_eq, xor, xor_eq


Nota ringkas
Bahasa C++ adalah "case-sensitive". Bermakna, identifer, RESULT, result dan Result adalah identifer yang berbeza.
Contoh, RESULT = 5, result = 3, Result = 2 dan reSUlt = 1.
Keempat identifier tersebut mempunyai nilai yang berbeza2.

Wednesday, January 12, 2011

04 - Variables

Katakan anda perlu mengingati 2 nombor pada masa yang sama. 10 dan 4. Anda baru sahaja menyimpan dua nilai berbeza dalam memori anda. Sekarang, katakan anda diminta untuk menambah 4 dan 10, dan seterusnya menolak 4 dari 10. Maka anda akan mendapat 2 jawapan (14 dan 6) tapi anda hanya menggunakan dua nilai sahaja.




Seluruh proses di atas yang anda lakukan secara congak, adalah hampir serupa dengan apa yang komputer lakukan dengan dua variable. Proses itu boleh dibuat semula menggunakan arahan C++ yang berikut.


a = 10;
b = 4;
result = a + b;
RESULT = a - b;


Setiap variable digunakan untuk menyimpan sesuatu nilai samada predetermined atau pun di-input oleh pengguna itu sendiri. Contoh variable yang telah digunakan di atas adalah a,b,result dan RESULT. Anda boleh menggunakan simbol abjad, nombor atau satu simbol _ sahaja untuk membuat variable.