Showing posts with label # Ceritera Member. Show all posts
Showing posts with label # Ceritera Member. Show all posts

Thursday, November 18, 2010

Sekadar kawan [ii]

Dan aku tersenyum sendirian melihat kawan aku buntu. 



Wei, penampar nak? Aku tengah susah hati, kau gelakkan aku.


Aku bukan gelakkan kau, aku gelakkan diri sendiri


Apsal pulak?

tanya member aku umpama baru lepas bangkit dari koma berbulan-bulan


Sebab aku pun pernah macam kau.


Hmm?


Macamni, kau tahukan sejarah aku. 


Yep.


Dahulu, lepas clash, aku beriya taknak lagi dah. Serik beb! Tapi akhirnya aku tewas.


Maknanya.. kau da ada pegganti?


Err ko taktahu?


Cilake nye member. Bukan nak beritahu. 


Aku sayang dia. Cukup lah aku dengan dia je yang tahu. Buat apa kecoh satu dunia.


You got a point there my friend. Yelah, budak sekarang, sakan kalau bercinta, post kat blog, post kat facebook lah, siap panggil sayang-sayang lagi. Kalau dulu kat myspace pulak, ada yang meter tunjuk dah berapa lama couple. Tah pehapa.


Perh, sedap mengutuk orang, kau macam tak buat dulu?


Ala weh, aku buat kejap je pun.


Ha yolah, suka hati kau. Tapi aku tak pernah sangka akan berpasang lagi. 


Yea, aku pun. Kalau aku ada heart attack, sekarang ni otw dah pergi hospital kot. Aku ingat kan kau ni hati titanium, dia baca ayat apa jadi cair ni?


Tak perlu ayat. 


Habis tu?


Keikhlasan. Itu yang aku rasa dari dia.


Dan kami terus menghirup saki baki minuman kami sambil menikmati dingin malam. Dan tiba-tiba dia menepuk dahi. Cis taktik lama!


Alamak..wey..


Takpe aku tahu, kau tak bawak dompet kan?


Aah, camne kau dapat baca fikiran aku ni..


Ah macam aku tak kenal kau. Takpe, malam ni aku bayar.


Thanks bro, ko sahabat aku paling aku sayang.


Sejak bila kau jadi gay..


Dan kami berlalu mengikuti haluan masing-masing. Perjalanan masih jauh. Dan sepanjang itu, jalan tidak akan selalunya lurus. Mungkin ada traffic light, mungkin ada bumper. Malah, mungkin juga ada roadblock di hadapan.


Dan kawan aku telefon, dia kene saman. Haha kasihan.




Buat awak yang terasa, merci de voler mon coeur (",)

Sekadar kawan [i]

We need to move on in our life, future awaits us. But we can't also simply forget the past, no matter how painful it is....


Aku sedang leka menghirup kopi panas sambil menikmati keindahan malam. Malam ini tiada bintang lagi, dan bulan sepi keseorangan. 



Hoi!



Perh. Gugur jantung aku. Dah lar tak reti bagi salam, pastu tepuk bahu aku sambil jerit macam aku orang pekak. Memang nak kena kawan seorang ni!


Dan aku memandang ke belakang. Mata aku terpaku tepat ke wajah itu. Aku terkesima. Dia terkejut. Sungguh, kami tidak sangka akan berjumpa sebegini rupa. Dan dia terus berkata sambil riak muka yang terkejut..



Err sorry, salah orang.



Ha kurang ajar. Serius kurang ajar.


Dan lima minit kemudian, rakan aku pun tiba. Seperti biasa, aku membuka kaunter kaunseling lagi. Dan dia meng-order kopi o beng (kopi o ais). Dan seraya memandang mata aku dengan pandangan mata yang tidak bersalah itu,


Wei, ko kene tolong aku


Dan aku tahu sangat-sangat itu tujuan dia ajak keluar. Dan aku mendengar cerita nya dengan penuh minat.


Ringkasan cerita.

Rupanya siang tadi kawan aku ini bertemu kekasih lama, dan tanpa dia sedar dia telah ajak kekasih lama tu pekena air secawan. Dan kemudian menghantarnya pulang. Tapi kekasih lama dia ni asyik dengan handphone dan kurang bercakap. Mulanya kawan aku hanya mahu berbual kosong, up-to-date lah kata orang, tapi melihatkan respon yang agak dingin, dia semacam terasa menyesal mengajak kekasih lama itu pekena air secawan. Dan kini, kawan aku terasa bersalah dengan kekasih sekarang kerana dia telah berjanji takkan jumpa kekasih lama lagi dan cuba melupakan kisah silam. Dan persoalan yang diutarakan pada aku..



Kau kenal tak mana-mana bomoh ke doktor yang boleh buat aku hilang memori pasal antara aku dengan kekasih lama?



Ha mesti korang terkejut sebab line di atas memang aku tipu. Saje kasi suspen. Persoalan dia adalah bagaimana nak lupakan seseorang yang pernah mencuri hati kita dan meninggalkan kesan berkilometer dalamnya.


Susah. Lagi susah dari soalan lecturer aku. Skema jawapan lagi lah payah. Tapi atas kewarasan akal aku yang melihat member aku ni, aku cuba menteteramkan dia, bukan menggunakan dadah tapi cukup sekadar ayat-ayat yang aku reka.



Nak lupakan seseorang tu terus dalam hidup kau tu payah. Ye aku tahu, aku pernah rasa. Tapi kau tak boleh bergantung terus pada masa silam kau. Mungkin dia tu istimewa sangat bagi kau tapi kau takkan tahu, mungkin ada lagi yang akan jadi istimewa buat diri kau. Mungkin kau ada kenangan pahit manis dengan dia, tapi kenangan kau boleh buat. Cuma dengan siapa je beza kenangan tu. Sekarang aku tanya kau, kau sayang kekasih kau sekarang? Dan kekasih lama kau?



Aku sayang kekasih aku, dia baik sangat dengan aku. Aku suka tengok dia bahgia..



Dan aku terus mencelah,

Kekasih lama?



Erm sayang sikit.



Ha itu yang kau silap. Sayang ni, kau tak boleh main-main. Dari sayang jadi cinta. Tapi ko tak boleh bercinta lebih dari satu, tu khianat namanya. Apa kurangnye kekasih kau sekarang. Aku tengok dia full package je. Kalau kau taknak, boleh pass kat aku.



Kau kene faham, dia tu kekasih pertama aku. Banyak kenangan, banyak memori. Terlalu banyak.. Lima tahun pun belum tentu aku gerenti aku dapat lupa.



Kekasih pertama memang susah dilupa. Tapi tak bermakna kau perlu terus hidup dalam bayangan dia. Cuma kau kena ingat, kau ada seseorang yang menaruh harapan yang tinggi kat kau. Jangan kau kecewakan si dia yang sekarang. Belajar dari pengalaman kau dan si dia yang dulu, dan cuba jaga si dia yang sekarang baik-baik.



Tak tahulah der

Sambil dilepaskan sebuah keluhan. Matanya memandang ke arah jalan. Kereta masih lagi lalu lalang meskipun sudah kira lewat pagi. Kota yang tak pernah lena. 



...but past itself is not meant to be forgotten. We need to learn from our past to make a better future, better memories :)

Friday, October 1, 2010

Awk, sy suke kat awk.

Luahan hati seorang member. 


Pernah tak korang dengar ayat yang lebih kurang sinonim dengan petikan kat bawah,


"Der, aku suka la kat sorang minah ni. Tapi aku takut la. Dia cam baik sangat. Aku pulak der? Dah lar kaki botol, kaki pukul. Yang paling teruk kaki penipu lak tu! Camne nie? Patut ke tak aku cakap kat die yang aku suke kat die?"



"Kejapppp. Dalam berjuta2 rakyat mesia, apsal aku yg ko tnye?"



"Ala ko kn byk experience. Sure pandai bab2 ni. Takkan kemut nak share"





Pandai dalam bercinta? Kalau aku terer, takkan aku jadi macam sekarang. Experience. Yep, experience is the best teacher. Takboleh dinafikan. Takboleh dinafikan lagi. 


Suke - sayang - cinta. 3 different but same words.

Semua di atas mempunyai maksud yang hampir sama. Dari crush, terbit perasaan suke. Dari suke, timbul perasaan sayang. Dan dari sayang, lahirlah perasaan cinta. Tapi ingat, perasaan itu sume perlu pada batasnya, silap2 muke masuk paper, dan kelak masuk neraka. Sendiri faham fenomena budak sekarang. Bila dah cinta, aih malas nk ckp.

Sayang tak semestinya couple. Cinta tak semestinya memiliki. Dan suke tak semestinya beritahu. Semua itu hanya perasaan. Mungkin hari ni rasa sayang. Esok lusa dekat orang lain pula. Jadi macamane tu? Takkan ko nak gitau setiap orang yang ko suke? 

Dan der, tak perlu beritahu seseorang yang ko suke kat die. Cukuplah ko suke die dari jauh. Bantu die bile die dalam kesusahan. Bimbing die. Sebab bila kau cakap ko suke kat seseorang, hanya ada tiga jawapan - ye,entah,tidak.

Bile dah cakap kat s'sorg yg kite suke kat dia, it's hard to be friends again. Dan andaikata die reject anda? Adakah anda rela untuk kehilangan seseorang yang anda anggap istimewa dalam hidup? Aku tidak. 


It was a mistake. 


Wednesday, September 29, 2010

# Kedai kopi [ii]

"Org skrg dah silap!"

sambil dia hentak2 kaki. ceit. Emo lebih.


"Weh rilek la"


"Aku kat uni, aku dok perhati kawan2 aku"


"Ah ko meng-usha memang hebat"


"Bukan tu, tp cara kwn aku belajar"


"Asl dgn derang lak?"


"Derang dtg kelas 8 pg. Pastu balik 6 petang. Isnin smpai Jumaat. Isnin depan akan ulang dan berulang dan berulang sampai tamat semester. Untuk apa?"


"Lah kene ikut jadual kan?"


"Der, untuk apa belajar kalau ko tak praktikkan?"


"Eh kita praktik apa ilmu kat kelas tu. Yg reka mesin, buat bangunan, sume pakai ilmu sains!"


"Haha. Yea, ilmu sains. Tapi ilmu sains lawan ilmu quran, mana lagi hebat?"


"Sudah tentu ilmu quran"


"Ko tahu kenapa?"


"Konferm la tak.. ha pe lagi, citer la"


"Ok. Satu perkaatan. Bom. Ilmu mana reka, sains ke quran?"


"Ilmu sains lah"


"Good student. Sapa yg reke bom, saintis atau para ulama'?"


"Saintis"


"Kenapa derang reke bom?"


"Err tujuan peperangan?"


"Dalam dunia ni, sentiasa ada dua jenis orang. Ye mmg saintis yg kaya dengan ilmu sains akan reke bom. Tapi untuk apa? Untuk bunuh orang? Untuk menghuru-harakan dunia? Saintis yg ada dua2 ilmu, ilmu sains dan quran, takkan reke bom. Aku jamin."


"Asl ko ckp camtu?"


"Sebab bila seseorang yg d'didik dengan ilmu quran yg ckup sempurna, akan mempunyai akhlak yg terpuji. Setuju?"


"Stuju"


"Dan bila die nak reke bom, mesti dia akan terfikir, apakah tujuan ciptaan aku ini? Untuk kebaikan atau keburukan? Siapa yang akan menggunakan? Kesan ciptaan? Sekian sekian. Dan aku jamin, dia takkan reke bom yang dia tahu boleh membuatkan kehidupan bertambah sengsara. Tapi takat bom nak pecah bangunan tu, ok la"


"Tapi tu dah kira salah org yg guna ciptaan, bukan saintis"


"Yea, kata kau ada kebenaran. Sebab tu jangan terlalu sibuk kejar ilmu dunia sehingga kau sisihkan ilmu akhirat"


"Ye aku tahu"


"Newton second law, Hooke's Law, Theory of itu ini, sume tak jamin masa depan ko der"


"Tapi kalau aku tak belajar ilmu dunia, macamana aku nak survive kat dunia ni? Terlalu byk persaingan"


"Kau nak bersaing dari segi apa? Bukan sume manusia sama ke di sisi Allah SWT melainkan iman dan takwa?"


"Ko xnk merasa ke pakai kereta bmw, merc ke.."


"Nak tu mmg ada, cume aku kesian"


"Kesian?"


"Duit yg aku gunakan bermewahan2 tu, patut aku bantu saudara aku yg kat palestin sana tu"


"Em.."


"Ok lah der, aku pun malas nak ganggu ko lama2. Cume iyelah, nak jumpe sahabat je kan. Sorry kalau aku curi masa ko"


"Eh takdehal lah. Aku pun bukan ada mood sgt stdy tadi pun"


"Der, ko kene blaja btul2. Jgn jadi dak cerdik pandai macam skrg. Beri duit biasiswa pun xnk belajar. Jadik macam org dlu2. Belajar sebab nak amalkan ilmu tu. Igt aku ckp td. Ijazah tu der, satu helai kertas je. Kalau ko taruk api, hangus terbakar kejap je der. Lepastu apa? Tapi ilmu dalam hati ko tu der, takkan hilang. Lebih2 lagi ilmu agama, siap boleh elak diri ko dari terbakar kat akhirat nanti. Igt pesan aku der!"


Dan malam itu menyaksikan perdebatan antara dua sahabat. Dari dunia yang sama cume cara kehidupan yang berbeza.


It makes me wonder,

Who are we in this planet.

Seekers of a piece of paper?

Or creators of a better future.

Tuesday, September 28, 2010

# Kedai kopi [i]

Suasana, di sebuah kedai kopi. Cahaya agak suram. Hanya kelihatan beberapa orang sedang duduk lepak2.


Pada asalnya aku malas hendak keluar, iyelah, peperiksaan semakin hampir. Tapi apa salahnya keluar sebentar sambil menghirup kopi pekat di malam yang pekat. Sambil release tension, kata budak2 zaman sekarang. Sesampai di kedai kopi, member aku yang sorang tu dah tercangak menanti aku.


"Der, ko ni kenapa macam malas je nak kuar bile aku tepon tadi?"

"Alah, ko macam taktau. Buat ke-enam kali aku kata, aku kan exam tiap2 minggu"

"Exam je, bukan apa sangat"

"Hidup aku bergantung kat biasiswa der"

"Ha tu yg ko salah. Hidup kene bergantung kat Allah SWT"


Alaa da start da kene basuh. Ni yg malas gile..


"Meh aku nak habaq kat ang sket. Rezeki itu kerana Allah bukan kerana SPM. Orang ada SPM pun berlambak tak ada kerja. Ada ijazah UM pun tak ada kerja. Ada Master USM pun tak kerja. Kita kena ingat rezeki itu dari Allah"


"Ye tu aku tau, tapi rezeki dari Allah kepada aku berbentuk dalam biasiswa der. Tu yg aku kene belajar rajin2"

jawab aku walaupun aku tahu perang mulut ini bakal berpanjangan.


"Haa yang tu satu lagi ko silap. Tak semestinya hidup ko terjamin dengan biasiswa. Walau un ko belajar macam esok nak kiamat, tup tap, ko kerja nnt, pastu tak mampu gak. Haa camne tu bro?"


"Ish ko ni, tu masa depan. Jauh lagi, buat masa ni, kene la study dlu"


"Ko rajin pergi kelas? Tak pernah ponteng?"


"Rajin. Stakat ni alhamdulillah tak lagi. Asl tbe2 tanye?"

jwbku sedikit bangga.


"Cerita kat aku, apa yg ko belajar sem lepas."


"Err ada la pasal sekian sekian. Um tak brape igt la"


"Tengok. Apa tujuan ko belajar?"


"For the sake of exam. I think?"


"Haaa tu yg ko amat salah tu. Orang dlu2, mane ade nak exam sgt ni. Memang exam tu penting tapi untuk ape ko belajar kalau setakat nak pass exam? Untuk dapat ijazah?"


"Der, ko jgn main2. Ijazah tu penting. Kalau dapat phD lagi power"


"Ijazah tu, bagi aku, hanya sekeping kertas. Ko mintak kat makcik dalam dapur tu, pinjam lighter dia. Pastu ko bakar ijazah ko. Ape perasaan?"


"Jgn ajar aku wat kerja gile..."


"Jawab soalan aku tadi"


"Entah, rasa macam apa aku usaha selama ni sia2 kot"


"Kertas tu takde nilai. Itu hanya sekeping kertas yang diperbuat daripada pokok, pastu ditulis atasnya oleh badan atau organisasi yang kononnya prestij gle"


"Tapi bukan ke itu apa yang orang cari?"


"Yes. Sebab itu orang sekarang takde self value. Bile bakar kertas tu, tak semestinya ko bakar segala ilmu yang ko telah pelajari"


"Em.."


Err tunggu next post. Nak solat jap =)