Thursday, November 18, 2010

35 - Mencari kesempurnaan

Im sedang membaca sebuah majalah. Tajuk di hadapan benar - benar menarik perhatian Im. 


Beza cinta dan sayang.


Sekilas pandangan, Im ingat cinta dan sayang adalah duaperkara yang sama cuma berlainan ejaan. Lalu Im mencapai majalah itu dan menyelak mukasurat 24.




"Cinta adalah satu perkataan subjektif. Begitu juga sayang. Namun antara sedar dan tidak, sebenarnya terdapat banyak beza antara cinta atau sayang. Jujur diakui, cinta bermula dari sayang, tapi sayang juga bermula dari cinta. Jadi yang mana satu sepatutnya didahului?..."




Im asyik membaca majalah itu tanpa menyedari ada sepasang anak mata memerhatikannya. Ketika itu Im sedang duduk di sofa di kawasan rehat perpustakaan sekolah. Sejuk dan nyaman, itulah mengapa Im suka menghabiskan masa luang di sini. Dan guru di situ juga amat baik dengan Im.


Im terus membaca baris demi baris. Namun apabila Im terbaca satu ayat dari petikan itu, Im terdiam dan berfikir sejenak. Dan dalam benak fikiran Im, terngiang-ngiang ayat itu..




"Menjadi pasangan yang sesuai bukanlah menjadi seseorang yang sempurna dari setiap aspek tetapi menjadi seseorang yang mampu melengkapi pasangan itu. Bukankah itu tujuan perkahwinan - melengkapi antara satu sama lain?  

                                                                                                                         nukilan rahman





Dan Im terus berfikir. Benarkah di menyintai Liza seikhlas yang mungkin. Atau dia hanya sepi dan ingin menggantikan bayangan Ima? Atau mungkin dia tertarik dengan rupa Liza semata - mata? Atau...


Ah seribu satu soalan!

Tuesday, November 16, 2010

34 - If I said I love you...

...would you trust me? Cause I really do :)


17 Mei


Dalam diam, hampir semua warga sekolah mengenali siapa Im dan siapa Liza. Im seorang ketua tingkatan dan Liza pula seorang penolong ketua tingkatan. Dan cikgu disiplin amat mengenali Im dan Liza.


Malah, hubungan antara Im dan Liza sudah pun sampai ke pengetahuan kumpulan guru bergosip di bilik guru. Pernah sekali Im masuk ke bilik guru atas urusan tingkatan, dan seorang guru menyapa Im,


"Lah, nape kurus lagi ni. Gf tak bagi makan ke?"


Dan Im hanya tersengih tidak bersuara. Sungguh Im tidak mengerti kenapa ramai benar yang tahu tentang mereka padahal Im tidak pernah pula mencanangkan tentang hubungan mereka baik di myspace, atau facebook atau apa-apa. Semua itu, Im rasakan tidak perlu. Buat apa menghebahkan sayang kepada dunia, biarlah dia seorang sahaja yang memahami perasaan itu. 

Sungguh Im tidak faham!



If I said I love you, I hope you don't believe me. Cause I love you more than I can say it in words.




33 - Hari Sukan

Hari sukan sekolah menjelma tiba.


Im hanya mewakili satu acara, 4 x 400 meter lelaki L1. Dan acara Im akan bermula sebentar lagi. Im duduk di khemah peserta sementara menunggu giliran. Dan seketika kemudian, laungan panggilan peserta 4 x 400 L1 bergema di pembesar suara.


Im menanti di padang sebelah sana. Debaran jantung kian terasa. Im sudah lama tidak mewakili acara. Alih - alih, kawannya memetik namanya pula. Sudah lah berlari sedikit pun sekarang ni semput, ni kan 400 meter. Gila! 


Pom!


Laungan suara penonton semakin rancak. Lamunan Im terhenti. Im menarik nafas sementara menanti giliran. Dilihat pelari pertama semakin deras melintasi.  Dan kini tiba pula giliran kedua Rakan sepasukannya masih cuba mempertahankan posisi kedua. Mata Im semakin ligat mengekori gerak rakan dan lawan. Dan mereka semakin kabur dari pandangan. Dan kini tiba pula giliran ketiga. Dan selepas ini Im..


Im menanti di garisan. Im melihat rakannya semakin hampir. Im mula berlari - lari anak ke hadapan. Rentaknya dipadankan dengan hayunan baton di tangan rakan. Im mula melajukan rentak. Dan ketika itu juga baton bertukar tangan. Mata Im terus bertukar 360 darjah dan memandang ke hadapan. Dan Im terus berlari - berlari mengejar angin.


100 meter.


Im masih bertenaga untuk melakukan pecutan terakhir. Di kiri dan kanannya masih ada dua lawan. Seorang lagi sudah jauh tertinggal barangkali. Tapi Im tiada masa untuk menoleh.


50 meter. 


Jarak dengan garisan penamat sudah semakin hampir. Im sudah dapat melihat bayangan pengadil di hadapan. Im cuba melajukan lariannya.


25 meter.


Im sudah memecut dan meninggalkan lawannya. Tapi.. kaki Im terasa lemah.. Im kehilangan rentak dan irama larian.


10 meter.


Im masih mencuba untuk meneruskan larian, meskipun Im terhuyung hayang.


5 meter.


Im memejamkan mata dan mengerahkan segala kudrat yang masih ada.


1 meter. 


Zaaasss! Dua2 lawannya memintas Im.


0 meter. 


Cis. Kongajo. Nombor 3. Hmph!


p/s : panas tak? yelah, sebab post ni takde kaitan ngan cerita pun hua3

31 - Lembaran pertama, jilid baru

Im cuba membuang perasaan pada Ima. Im tahu, Ima adalah first love Im, memang teramat sukar untuk memadamkan memori yang telah lama menapak dalam hati Im. Tapi kini, Liza telah mengetuk kembali pintu hati Im. Im sedikit tersentuh dengan gadis itu.


Lemah lembut. Sopan. Periang. Cerdik. Full package!


Tapi bolehkah Liza menggantikan tempat Ima? Tempat yang dirasakan terlalu istimewa buat Im. Im pernah juga bertanya kepada Bard, sahabat baik yang boleh dikatakan sahabat dunia akhirat tapi Bard hanya menggelengkan kepala. Bard sendiri tahu, hati Im begitu sukar diduga oleh sesiapa!


Pagi beransur petang dan senja melabuhkan tirai. Dan tanpa disedari masa telah menganjak ke bulan mei. Sudah dua bulan Liza menjadi steady buat Im. Dan tanpa Im sedar juga, hatinya mula mengenal erti sayang, buat kali kedua. Liza bukan sahaja full package, tapi pandai memikat hati Im. Dan segalanya terasa bahgia buat diri Im.


Malah, Im amat rapat dengan rakan Liza begitu juga sebaliknya. Seringkali mereka makan bersama di waktu rehat, ataupun lepas sekolah. Mereka tidak segan untuk mengaku yang mereka ada sesuatu istimewa antara mereka. Malah guru pun sudah sedia maklum, itu belum kira pak jaga, mak cik kantin, abang pejabat...


Ketika itu, baru Im menyedari ada wujud satu perkataan dalam Kamus Dewan Bahasa.


Bahagia.



Saturday, November 13, 2010

31 - Mana pergi kenangan yang lalu

Sepi.Ketika itu cuti akhir tahun. Sudah 3 minggu berlalu. Im berasa bosan duduk di rumah. Ada juga kawan-kawannya mengajak pergi jalan-jalan, menonton movie. Tapi.. Balik-balik midvalley, ah bosan!

Dan hari itu hari sabtu. Cuti akhir tahun masih lagi berbaki 2-3 minggu. Entahlah, Im sendiri tidak kisah. Cuti kali ini dirasakan kosong. Tidak ada langsung aktiviti berfaedah yang dia lakukan. Asyik dengan facebook, sudah dirasakan bosan. Mata Im melilau ke dalam folder dalam laptop. 


Im & Ima


Mata Im terpaku ke folder itu.


"Im & Ima? Folder apa pula ni. Tak pernah aku ingat folder ni.."


Im berkira-kira untuk membuka folder itu. Dan selang beberapa saat, Im double click dan terlihatlah koleksi kenangan antara Im dan Ima. Ada masa mereka membuat Kajian Geografi Tempatan bersama.. Ada ketika mereka sambut hari jadi bersama di kantin sekolah.. Ada ketika hari sukan.. Hari - hari indah.


Kenangan itu. Segala kenangan itu. Dan Im telah menghancurkan segala kenangan itu. Dalam sekelip mata sahaja. Dalam beberapa SMS sahaja. Semuanya telah hilang.. Im mencapai handphonenya. Dia masih simpan lagi mesej antara dia dan Ima. Hampir sebulan lalu, ketika dia menghantar mesej itu..



Ima membalas mesej itu dua hari kemudian. Ringkas. Tapi penuh erti.



Tapi Im. Kenapa?



Minta maaf, saya ada sebab saya tersendiri.



Im, do you have someone else? You can be honest with me, I can accept it.



Nop. Sy sayang awk seorang je. Tlg, don't make it hard for me.



Im, betul ke Im nak lepaskan Ima?



Yes and I'm sorry.



It's okay. I hope that you have many good reasons in doing so. Assalamualaikum.



Ima, I'm sorry. Wslm.




Dan itulah akhir sebuah hubungan, antara Im dan Ima. Yang kini hanya tinggal memori dan sejarah silam.


----

Ada insan bertanya kepada aku, kenapa harus melihat sejarah silam dan bukan memandang ke hadapan?

Dan aku menjawab, bagaimana untuk melihat ke hadapan sedangkan apa yang aku impikan semuanya telah menjadi kenangan.

-----