Thursday, August 26, 2010

Malam ke-15

Azan Isya' berkumandang hampir 8.30 mlm. 8.20 baru aku terkial-kial nak mandi dan bersiap etc2.

Sampai di masjid, aku menunaikan solat Isya' secara berjemaah. Dan macam biasa, selepas solat, akan ada tazkirah pendek. Dan seperti biasa, aku akan duduk dekat area-area belakang. Dan sewaktu aku bersandar di tiang, ada lah satu group budak-budak duduk berkerumun mengelilingi satu budak. Aku menjadi curious.

Fuyo....

Rupanya-rupanya bebudak tu semua tengah main handphone touchsreen. Err mungkin Iphone? Entah aku kurang pasti. Tapi yang pasti bebudak tu baru SRK mungkin? Pendek sangat. Tapi aku memang pasti sesangat bebudak tu belum baligh lagi. Suara pun masih comel-comel. Macam aku muda-muda dulu.

Perh. Dasar bebudak sungguh! Aku yang dah berumur hampir 2 dekad ni pun pakai handset yang touchbutton. Tak mampu lagi nak beli handphone touch2 ni, apetah lagi Iphone. Bebudak sekarang dah terlalu maju. Atau mungkin spoilt.

Teringat aku dulu masa 'innocent' pergi surau. Masa tu kalau kat kampung, toksah cerita. Aku memang rajin betul terawih kat surau datuk aku. Biasalah, orang dewasa dok khusyuk tarawih, kitorang turun kat halaman depan surau, kira depan imam lah juga tapi groundfloor, dan pasang mercun botol.

Pommm~!!

Dan terdengar lah suara pakcik sorang tu menjerit,

"Woiii budakk!!"

Dan kami lari bertempiaran.

Memori ramadhan yang indah.

Lawak Ramadhan

“Mi! Bangun. Sahur ni.”

Kroh..

“Mi!!! Bangunn!!! Sahur la wei!!”

Krohh…..

“MIII!! WOI BANGUN LA WEI! SAHUR NI”
seraya menendang pintu.


“Ha ye ye org mai ni”

Krohh..

“WOI BANGUN LAAAAAAAAAAA!!!!”

“Pintu tak boleh bukak. Stuck”

Serius. Time aku nak bukak pintu dalam kedaaan mamai tu, baru perasan pintu takleh bukak. Ada internal error dengan organ tombol pintu. Terus aku masuk ke mode pelik.

“Pintu ni, jangan lak nak buat lawak ramadán dengan aku.”

Last – last, mak, abg ngan akak aku sume tercegat depan pintu. Nasib baik ada screwdriver dalam bilik aku, boleh aku bukak tombol tu. Tapi lock masih tersangkut. Tarik punya tarik…

Failed.

Boleh pulak natang haram ni rosak lagi. Pastu aku mintak satu lagi screwdriver. Nak try ejas lock tu. Tapi tak jadi. Selalu buat jadi, tapi yang memang dah rosak terus rasanya. Maka aku pun putus harapan di situ. Dan kakak aku boleh sekali lagi buat lawak ramadhan.

“Nak air vitagen tak? Leh hulur kot lubang tombol ni”

Aku tepuk dahi. Rasa nak hentak ada gak. Tapi tepuk je lah. Pastu dah tau takleh buat apa, aku pun redha lah tak bersahur hari ni walaupun semalam berbuka, aku tak sentuh pun sebutir beras. Maka aku sambunglah tidur aku yang tak berapa nak lena.

Terdengarlah dua ‘letupan’ kecil. Rupanya abang aku menggunakan jurus rahsia hikayat sepak menendang bulan. Terbuka-lah pintu bersama lock lakhnat itu. Dan nampaknya pintu itu semakin retak. Dulu pernah juga tersangkut, tapi aku kat luar rumah.

Sekian lawak ramadhan.

Tuesday, August 24, 2010

Syaitan turut berpuasa pada bulan Ramadhan

Dialog di bawah hanya rekaan semata-mata. Biru untuk guru, merah untuk murid.


Apa istimewa tentang Ramadhan?

Banyak!

Apa yang paling utama?

Syaitan kene rantai!

Jadi ada ke alasan kita untuk buat maksiat?

Takde langsung!

Tapi kenapa kita masih buat maksiat?

Sebab bangang sangat!

Ish tak elok cakap bangang. Kurang akhlak je.

Maaf cikgu!

Kalau macamtu, kenapa masih ada orang ditangkap berkhalwat lagi?

Sebab mereka bangang! Eh mereka kurang akhlak!

Pandai. Syaitan dah kene rantai, jadi siapa patut dipersalahkan?

Diri sendiri!

Kenapa nak juga berkhalwat? Orang pergi terawih, tapi dia pergi berkhalwat?

Sebab dia tu kawan syaitan!

- Habis -


Baru - baru ni, dalam 2 ke 3 hari lepas, adalah berlaku satu insiden kat universiti aku. Nama takpayah tahu lah, sebab yang buat pasal bukan uni tu, cuma uni tu je jadi mangsa bangsat2 ni.
Mana taknya, orang lain sibuk pi terawih, sibuk baca quran, boleh lak 2 malaun ni pergi berkhalwat. So far yang aku dengar lah, banyak kali jugak cuma kali ni baru kantoi.

Gile bangang!

Aku bagi rating -10 kat pasangan tu sebab pilihan tempat berkhalwat dalam uni, memang tak hot langsung. Nak kata bangang, mereka bergelar mahasiswa dan mahasiswi. Tapi mentaliti, adusss.

Nak kata digoda syaitan yang direjam, tak silap aku, Ramadhan ni syaitan pun berpuasa juga. Berpuasa dari goda2 ni lah, sebab syaitan kan kene rantai. Jadi terpaksa lah berpuasa secara rela dalam paksa.

2 mangkok ni?

Punah bangsa. Jahanam! Buat malu Islam je weh!


Homothétie or what?

Takde kene mengena langsung dengan homoseksual ok..

Okay aku tengah buat homework maths. Tu yang tak tidur lagi sebab esok kene submit. So alang-alang online, usha lak kat pakcik Google pasal tajuk homothétie. But since dah pagi buta, and mata aku berpinar bila baca perancis, aku decide untuk cari explaination dalam english.

Basically homothétie is enlargement.

Alah yang secondary school tu, pasal translation, rotation, reflection... Haa ingat dah kan? Enlargement ni kira adik bradik depa lah juga.

But then bila aku type e-n-l-a-r-g-e-m-e-n-t kat google, err serius aku rasa nak hentak laptop ni. Tapi memandangkan laptop ni masih berfungsi dengan elok, aku batalkan sahaja niat aku yang tak berapa nak murni tadi. Lain aku carik, lain gila aku dapat.

What the f*ck~!

Oh, and f*ck can't be spelled without the letter 'U' :)

Monday, August 23, 2010

Filem Melayu Kini

Bukan nak kondem filem melayu. Tapi mostly not worth watching at cinema. Aku memang nak support local tapi rasanya baik aku kasi duit tu kat member aku buat beli rokok ye dak. Nampak la sikit duit berasap. Kalau pergi panggung, duit bukan setakat berasap, terbakar, melebur terus ada la.

Gila lah. Nak buat lawak, please lah buat lawak yang martabat sikit. Tengok macam dah takde idea lain dah. Balik lawak kedai kopi. Pak Mail kat warung kopi sana lagi terer buat lawak. Silap-silap aku ajak cikaro pergi wayang, dikatanya aku..

"Ape la awk ni. Citer tah hapa tah! Kita break!"

Naya bro. Naya.

Get lost. Improve. Baru boleh ajak orang tengok kat pawagam. Baru boleh basmi cetak rompak. Takat movie haprak, bazir aku je. Bazir masa aku download je beb.

Hilang selera aku berbuka puasa. Perh.

11 ke 12 Ramadhan?

6.45 pagi. Mak suruh hantar akak ke stesen ktm.

7.00 pagi. Baru nak gerak. Dasar hawa. Mekap nak lama je. Kalau tak lawa, tapi mekap lama-lama un takde efek. Eh tapi akak aku lawa ye. Tengok adik lah :)

Sampai di stesen, sanggup tu aku matikan enjin kereta. Sanggup tu aku keluar kereta dengan rambut ala-ala Alleycat. Mengerbang abes sebab yelah, baru bangun tido. Takpa2, aku maintain macho walau un dalam hati..

"Jangan la jumpa bakal bini. Aminnn"

Ceh, padahal calon un takde lagi. Aku pun hantar ke tempat beli tiket. Jauh tu. Serius beruntung siapa-siapa yang buat aku jadi bakal husband. Romantik gile lah! Awek kat ktm tu pandang semacam je kat aku. Mungkin jeles ngan akak aku dapat 'pakwe' cam aku.. atau mungkin juga... rambut... em.....

Balik rumah, sambung tidur. Sebab kelas pukul 8.30. Tidur doploh minit pun doploh la. Janji tidur. Dan hari aku bermula seperti biasa. Macam nak lewat tapi disebabkan hari-hari aku dah latih diri, jadi takdehal lah bro. Arrive on time juga.

Kelas macam biasa. Belajar itu, lupa sikit yang tu. Belajar lagi. Terus lupa segalanya. Seriously, macamana lecturer boleh ingat every bit of detail? Gile masyuk. Mungkin sebab setiap hari hampir sepuluh tahun dok ule mendo hok tu lo? Err klate lak. Err ulang bende yang sama.

Dan hari ni kelas ada dua je. Satu kelas cancle. Bukan nak habaq awal2. Wat penat cek mai ja.

Oh, and lecturer aku sedikit emo hari ni. Tak best.

Sunday, August 22, 2010

Aku & Q.

"Bila nak join usrahnya?"

Adus. Terkesima aku baca msg seorang hawa ni. Apa nak reply ek?

Entah macamana aku boleh rapat dengan hawa ni. Err Q. Aku gelar dia Q. Simple.

Masa tu sesi orientasi. Tak, itu tak penting. Yang penting, masa tu aku masih single. Eh sekarang pun. Jadi saja je lah, naluri kaum adam, mengusha-usha aweks course aku. Tak ramai pun, 12 ke 13 je. Maklumlah, course engineering. What do you expect rite..

Al-kisah masa itu selesai sesi orientasi. Semua intake berpusu-pusu keluar dari dewan. Aku sengaja mencari peluang dan mengucapkan salam perkenalan. Err bukan exactly salam perkenalan, lebih kepada hai. Dialog ni, sampai mati aku ingat.

"Hai"
"Assalamualaikum"
"Err waalaikumsalam"
"Ada apa?"
"Err takda apa.. cuma"
"Ohh takde apa. Awk tahu x menegur seorang yang bukan muhrim tanpa sebab boleh mendatang zina?"
"Oh maaf"

Dan Q berlalu pergi.

Perh. Panas. Cukup panas.

Samad ke Samat?

Entry ni sebagai tambahan entry Brother love ~

Kalau tak tengok lagi, boleh la jenguk-jenguk sebab 90% korang xkan faham kalau tak tgk.

Nie pendapat aku lah ye. Kasi bold sket itu perkataan.

Minah tu agak lah tak sopan. Bile difikirkan balek. Tak comel langsung. Tapi die waras. Walaupun aku kesian gile kat mamat tu, tapi at the same time, aku agree gak lah ngan minah ni. Yelah, cinta moden. Xpernah dengar pepatah?

"Cinta tidak mengenal paras rupa. Yang penting duit."

Dunia sekarang beb. Ko nak masuk tandas awam pun koman2 kene bayar doposen. Pompuan, biasalah, nak carik yang kaya, dapat la tanggung die ngan anak2 dia nnt. Betul. Aku setuju. Lumrah makhluk lah kan. Nak secure. Tapi kok ye pun, tak patut betul bile mindset dah camtu, gatal2 gak gi tunang pastu mintak putus. Amat lah tidak logik kan?

Orang kata, bila kita rasa sakit sangat, kesakitan lain takkan terasa. Nak faham lagi, baca blog ni. Perh memandai taruk link blog org lain tanpa minta izin. Takpe, kira halal lah ye.

Okeh2, pasal pmpuan tadi. Secomel-comel pmpn, mesti lah ada yg xcomel kan? Zaman moden ni, susah jugak lah nak kawen senanye. Yelah, hantaran nak minang, rasanya2 boleh bukak ladang kat klante nuu. Boleh buat business. Kaya beb. Tak pun, boleh gi umrah. Hantaran nak memahal tapi kalau perangai macam perempuan melayu terakhir, takpelah gak. Ni.. Ehm uhuk uhuk.

Nak suruh laki kerja siang malam je, agak susah la sikit. Memang lah tanggungjawab lelaki sebagai ketua keluarga kene support family. Tapi bila difikirkan balik, handbag kene jenama vicci ((kot), kasut kena jenama yang takde kat Malaysia, rumah nak berganda mewah dari jiran. Err aku rasa baik tak payah kahwin kot? Tu belum masuk jumlah karat kat gelang, cincin etc.. Perh seksa seksa. Sapa kata a married man is a happy man?


"Marriage is when a man loses his Bachelor's status and a women earned her Master's status"

Tapi ingat ye, kaya tak semesti bahagia.

Saturday, August 21, 2010

Brother Love~

Layan~

Ohh, and ini bukan lagu. Cuma sesi kat radio.




Apa pandangan korang?

Bersahur

5.34 pagi. Mata ngantuk je, tapi aku gagahkan diri untuk menaip juga entry kali ni.


Aku suka makhluk kucing ni walapun rasa kadang-kadang nak
sepak sebab lalu kat kaki time aku tengah makan kat mamak


Aku ni memang jenis liat bangun. Kasi je aku satu bantal, dan satu ruang untuk aku baring, confirm aku tidur. Atas sofa, atas lantai, takdehal. Hobi aku memang suka tidur. Sebab bagi aku tidur lagi berganda baik dari merokok, takde stress langsung. Rokok kene fikir nak dapat modal, tempat cover etc2. Tidur, free of charge. Kecuali overdose tidur yang melampau-lampau, sampai kepala rasa macam baru ambil morfin bertong-tong.

Dari dulu sampai sekarang, aku tak pernah tidur seorang. Eh bukan penakut ye, tapi memang aku selalu ditemani. Malaikat Raqib dan Atid. Haa sekarang aku nak tanya balik, seram tak bila korang rasa nak tidur?

Tapi yang tak best bila kena bangun sahur. Aku boleh je berpuasa tanpa bersahur. Tapi bonda aku suka sangat kejutkan aku. Dah berbelas tahun dia kejutkan aku. Bengang lah juga kan bila dapat anak macam aku. Macam Snorlax pula. Snorlax? Oh, dulu aku suka main pokemon.


Bagi aku, tidur ini penting. Walau pun aku jarang bermimpi, tapi bila ada mimpi, mesti yang best-best. Aku pernah je mimpi seram, tapi c'mon lah, mimpi je pun. Aku nak describe mimpi guna satu ayat je.

"Andai kau hanya hadir dalam mimpi, aku rela tidur sepanjang hari"

Haaa amcam? And maaf kerana entry ini tiada kaitan dengan makanan

Friday, August 20, 2010

Pagi yang normal

Uhh. Asal terang sangat ni. Lupe nak tutup lampu ke malam tadi. Kacau tul lah..

Zasss.

Haaaa? Dah pukul 8.50? Kelas hari nie.. Bukan pukul 8.60 ke? Adus...

Rutin harian

Mandi - 2 minit
Bersiap - 1 minit
Turun tangga & buka pintu - 2 minit
Hidup enjin kereta - 2 minit
Sampai destinasi - 6 minit 15 saat
Berjalan ke kelas - 2 minit 45 saat

Jumlah masa diperlukan : 16 minit


Tu dari segi teori. Dari segi praktikal, aku sampai pukul 9.08 pagi kat kelas. Itu pun berlari juga lah. Tapi yang paling tak best bila nak lalu depan guard, dia tanya aku..

kalau guard ni, memang tak berani..

"Pergi kelas pakai selipar je ke?"

"Err aah. Kasut basah, lupa nak angkat. Semalam kan hujan lebat.."

"Ohh okey2. Next time pakai"


Padahal aku malas nak pakai. Stokin entah campak kat mana. Jumlah dosa terkumpul, taktahu.
Sampai-sampai depan kelas, buka pintu..

Omaibeeloveddgodd....


Kenapa kelas kosong. Komputer mana pergi? Takkan ada orang curi kot? Aku pantas mendail telefon rakan aku. Tak berjaya. Try seorang lagi.

"Wei, ko kat ner?" - takleh bagi salam, sebab non muslim
"Aku kat blok baru"
"Laa, kelas kat situ ke?"
"Tah, kan kelas kat blok lama tu dah kosong"
"K...."

Dan aku mula melangkah longlai ke blok baru. Takde lah jauh mana, cuma 10 minit perjalanan je pun..... Sedang aku melangkah, tiba-tiba instict aku suruh patah balik. Disebabkan ianya suatu fakta aku lambat ke kelas, tak salahkan aku lambat sikit lagi. Alah, baru tahu guna kelas baru. Ada alasan kukuh :)

Dari jauh, aku nampak lecturer programming aku. Keh keh keh. Kejap lagi mesti beliau terkejut. Dan memang sah, beliau terkejut gila. Muka macam baru kena pukau je walaupun aku taktahu macamana expression muka orang kene pukau.

Dan aku pun ikut lah beliau. Pergi tanya technician, admin bla bla bla. Dan kami pergi ke blok baru. Tapi yang best, aku naik kereta lecturer. Kawan-kawan aku semua jeles. Sorry lah ye rakan-rakan, korang jenis datang awal, memang tak merasa la :p

Sampai blok baru, computer lab baru nak setup. Ahh macam-macam. Dan kami merana sebab teori selama 3 jam.

Okeh. 3 jam.

Dan aku tak tahu samada aku bernafas ke tidak dalam kelas tadi.

Thursday, August 19, 2010

Math.


Waktu aku masih kanak-kanak riang, aku suka sangat math. Especially yang fast math ni. Perkataan melayu, congak. Aku banyak masuk quiz math. Ada yang menang, ada yang kalah. Standard - lah kan. Tapi..
Bila aku masuk uni ni, aku jadi pelik. Kenapa cinta pertama aku dulu math. Mengapa tidak bio atau fizik hadir lebih awal dalam hidupku? Aku jadi keliru. Cinta yang aku sangka sejati rupanya menjadi racun dalam pengajian aku. Racun berbisa.

Lecturer aku. Baru semester ni datang ke Malaysia. Teramat yang sangat cermat. Trust me. Well here goes the story, bukan nak mengutuk tapi cuma sekadar bercerita..

Err jap2, nama dirahsiakan. Walaupun beliau tak tahu sepatah haram cakap bahasa Melayu, tapi just in case.
Mengajar kami dengan style yang teramat berbeza dengan lecturer dulu. Bayangkan, punyalah susah kami nak adapt dengan lecturer lama, alih-alih dapat lecturer baru. Dua-dua ajaran yang berbeza. Takdelah beza mana cuma cara menjawab memang berbeza.

Strict. Tegas. Kalau tersalah satu tatabahasa pun, beliau akan betulkan. Sebetul-betulnya. Kadang-kadang aku rasa macam tengah belajar dalam kelas bahasa pulak. Notation dan symbol, takpayah cerita. Apa yang dia buat, confirm betul. Jadi, takpayah susah - susah nak argue lah ye. Oh, tu kami panggil 'Mathematics Grammar and Structure'. Kelas literature dalam maths. Sempoi kan?


Dan siang tadi aku dapat kertas math aku. Epic fail. Dalam kelas aku, satu orang per dua belas je dapat 50%. Satu je lulus. Ini fakta. So anda bayangkan betapa senyapnya kelas kami ketika itu. Oh, dan kami tak minta dia recheck pun sebab kami tahu dia takkan bagi markah. Kelas lain dah warn kami awal-awal. Tapi ada seorang student kelas lain terror jugaklah. Sebab lecturer dah keluar pen tapi last-last tak tambah markah juga. Terror r sebab buat lecturer sampai keluar pen merah dari pencil case dari beg. Student lain takda seorang pun succeed sebegitu rupa. Clap2.

Ada yang bertekak dengan lecturer. Ada yang bengang. Ada yang sedih. Ada yang nak gi enjoy. Aku?

C'mon. Baru 1st test math. Ujian masuk syurga berganda lagi susah. Kan?

P/S : Respect kat dak2 yang lulus.

Wednesday, August 18, 2010

Panik seketika

Dummmm. ceh nak gempak je intro.

Bunyi external terjatuh atas keyboard laptop aku. Adus, macam mana tarikan graviti kuat sangat ni.

1 saat kemudian..

2 saat kemudia..

Skip saat ketiga dan keempat..

5 saat kemudian..

What the fish?!

Ada sekeping papan hitam kecil atas keyboard aku. Empat segi. Ukuran 2 cm persegi. Mungkin 3 cm persegi. Malas nak ukur guna ruler. Dan di atas nya tertera simbol..


Ha yang sebelah kanan huruf M tu. Nampak tak? Kalau tak, takpelah... Penat aku upload gambar..

Eh macam aku kenal petak kecil comel ni. Masa tu aku mengucap panjang, huruf keyboard tercabut ke. Apehal nub sangat... Lalu aku cuba memasang berkali - kali. Tapi tak berjaya. Dan aku cuba lagi, tapi tak berjaya. Setelah hampir seminit aku fikir, baru aku perasan, aku terbuat rotation sebanyak 90 degree. Patut lah tak fit....

Sayangilah keyboard laptop anda.

Monday, August 16, 2010

Exam. Lagi.

Jumaat baru ni exam math. 4.30 petang sehingga 6.30 petang. Lama kan? Padahal satu exercise, yang ada 8 soalan je. Aku ulang. 8 soalan. Dan aku menjawab dengan tenang.

Alhamdulillah, dapat lah aku menibai 7 soalan dari 8. Itu pun 70% je aku rasa betul. Ditambah dengan stupid mistake, prof yang terlebih cermat menanda, penggunaan liquid paper yang menjanjikan penolakan markah.. erh, taknak cerita, makin down ada la -.-

really??

Habis exam, aku macam biasa. Rilek. Member aku yang semangat terlebih asyik tanya,

"Weh ko buat semua tak?"
"Soalan 2 dapat jawab?"
"Aku tak sempat doooo"
"Alaaa baru teringat formulaaaa
"

Heh. Macam-macam. Standard pelajar ipt lah kan. Tapi aku ingat aku antara pelajar yang tak berapa nak excel sebab yelah, jawab pun merapu. Tapi rupanya ramai lagi yang tak dapat jawab. Ada yang jawab 3 soalan je kot. Epic Failed.

Apo nak dikato.. Kesemua lapan soalan, semuanya pasal demontrer. Err in english word, proving. Melayu kata buktikan. Jadi anda memang dapat bayangkan betapa merana nya usus di otak kami ketika itu. Eh otak memang bentuk macam usus kan?


See, told ya

Dan esok, exam lagi.

Sunday, August 15, 2010

Aku, dia dan bulan.

Mungkin kebetulan.

Aku kenal dia secara tidak sengaja. Sungguh tidak sengaja. Dan entah bagaimana kami menjadi rapat, lagi-lah aku tak tahu. Tapi satu yang aku rasakan bila aku berborak dengan dia, rasa seperti aman, walau pun kadang-kadang suasana menjadi sepi beberapa ketika.

Ikhlas. Itu yang aku rasakan.

Tak pernah aku rasa dia cuba untuk menyembunyikan sesuatu. Nak berdolak dalik, berpura baik. Sedikit pun tidak. Bila dia tak puas hati, dia akan suarakan. Kan senang. Mudah sedikit untuk aku pujuk walaupun aku tahu aku memang loser gila dalam bab itu.

Dulu. Aku selalu melihat bulan. Lebih-lebih lagi bulan purnama. Indah. Bila aku berborak dengannya di malam hari, aku akan menyuruh dia melihat bulan. Walau pun jarak kami jauh, tapi tetap memandang benda yang sama.

Itu dulu. Sekarang aku tidak lagi melihat bulan.

Aku tidak mahu menaruh harapan. Bila aku melihat ke atas pada waktu malam, bukan cahaya bulan yang terang aku lihat. Tapi kelam.



Night without the stars.

Saturday, August 14, 2010

Gelagat Prof

Lepas habis kelas programming, more specifically, kelas yang membebankan otak lebih dari kelas pendidikan seni dahulu. Aku minat programming cuma lecturer cakap dan type gila laju. Walau pun setiap hari aku berlatih menaip samada di Yahoo Messenger ataupun Facebook, namun masih tidak mencukupi.

Seperti ditakdirkan, kawan aku tengah ambil invoice dekat pejabat. Aku pun ambil lah juga, takut tamat tempoh, kene denda pula. Walau pun invoice tu boleh dijadikan alas nasi lemak sebab sampai sekarang aku tak tau apa faedah ambil invoice tu. Selepas mengambil invoice, mata aku dan member-member terpaku kepada seorang lelaki berpatawakan Arab depan pintu.

Monsieur Mahmood! Lecturer electric kami sem lepas.

Kami pun borak lah dengan beliau. Bertegur sapa, tanya khabar.

"Sir, can we have back our final papers of semester two?"
"Huh? What final?"
"Final semester two sir.."
"Ohh that one. Well I think that I must have left them in Baghdad LOL"

Okay, aku faham lecturer aku seorang ni. Dari dulu sampai sekarang, sempoi gila. Tapi memang serius berubah kurus gila. Dia sendiri mengaku hilang 5 kg. And some while before, I heard him talking to one of his colleague.

"Wow Mahmood, u seemed slimmer!"
"Well, when u are in Baghdad, you have to be slim. There's always a chance that a bomb come in and kill you. Hahaha"

Okay, dia sempat buat lawak pasal tu walaupun aku tak berasa nak gelak di saat itu.

Thursday, August 12, 2010

Ramadhan,

Ramadhan menjelang tiba lagi. Macam-macam memori. Untuk bulan Ramdhan yang mulia ini, aku akan cerita mana-mana kisah yang tiba-tiba melintas di fikiran ku. Sebagai memori. Tapi untuk post pertama ini, aku ingin nak ucapkan.

Salam Menyambut Ramadhan walaupun dah dua hari berpuasa xD

Dan walaupun sebenarnya takde orang follow blog aku lagi.

Monday, August 2, 2010

Bukan yang pertama, bukan yang terakhir

Salam.

Yea, counter follower berubah menjadi kosong. Sebenarnya, aku dah ada blogspot. Tapi rasa semak sebab banyak post bercampur aduk. Uhh, kenapa aku skema? Well, kerana selepas ini aku banyak akan bercerita tentang pengalaman hidup aku. Untung-untung, dapat jadi novel :D

Aku? Nah, kamu tidak perlu kenal siapa aku. Rata rata pengguna laman maya akan menggunakan fake id. Jadi, dari aku menimbun dosa mengarang profile aku yang sudah ternyata akan berat sebelah, lebih baik aku menggunakan nama pena. Em. Panggil sahaja aku Mi. Ringkas.

Okay, setakat ini dahulu.

Salam perkenalan :)